Makanan Thai Luar Biasa di Singapura !!

Di Singapura pun korang boleh jumpa makanan ala Thai tau!  Baru-baru ini, saya ada singgah ke restoran masakan Thai yang memang padu di Singapura ini! πŸ˜‹ πŸ“ 

Restoran yang saya singgah ini ialah Restoran Lemongrass. 

Kawasan restorannya menarik dan luas, geng! πŸ˜βœ… 

Saya sempat ke Singapura semata-mata mahu mencuba beberapa menu. Memang wajib jika singgah ke Restoran Lemongrass ini! βœ…

Lemongrass, Singapore

Saya tertarik dengan susunan di dalam restoran ni kerana susunannya sangat indah, selesa dan kreatif! Apabila saya sampai di sini, saya terasa seolah-olah saya berada di Thailand πŸ‘‘ Semua bahan masakan yang mereka gunakan dimasak dengan sempurna, geng! Memang puas hati bila makan di sini, geng. Saya jadi rambang mata mahu pilih mana satu makanan saya mahu makan sebab terlalu banyak jenis menu yang ada!  πŸ˜‹

Banyak jenis menu yang ada di Lemongrass ni geng! Korang pasti tidak lapar… hehe! Saya ada pesan TIGA jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lemongrass ini πŸ‘‘

Hidangan utama πŸ‘‘

– Makanan Laut Ong Lai Hot Pot

– Ikan Siakap Kukus dengan sos sambal hijau

– Kari Massaman & Stik Ribeye Pad Thai bahagian rusuk

Ini adalah di antara TIGA jenis makanan yang wajib korang cuba kalau korang ada di sekitar Singapura semasa mencari restoran yang sedap. Puas hati, guys! Banyak lagi menu lain yang ada di sini, harganya berpatutan dan yang paling penting sesuai dengan citarasa kita! 

Ong Lai Seafood Hot Pot

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Lemongrass ini, iaitu Makanan Laut Ong Lai Hot Pot 🍲. Walau kuahnya rasa pedas sedikit, tetapi saya masih boleh bertahan⚑ Isi lauknya pun padat. Ada banyak jenis makanan laut yang ada dalam menu ini, geng. Sotong, udang dan pelbagai lagi yang ada dalam Hot Pot ini! πŸ¦‘πŸ˜‹πŸ½οΈ

Steamed Whole Sea Bass with Green Sauce

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Kukus dengan Sos Sambal Hijau πŸ₯˜. Mantap! Ini adalah kali pertama saya mencubanya. Ikannya segar, isi padat dan sos sambal hijaunya pun memang serasi dengan menu ini! πŸ’― Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati, geng! 🀀 Tidak dinafikan kalau menu ini adalah di antara yang wajib dicuba di Restoran Lemongrass ini! 

Massaman Curry and Pad Thai Ribeye

Menu ke 3️⃣, yang terakhir saya cuba ialah Kari Massaman and Stik Ribeye Pad Thai✨ Gabungan kedua-dua menu ini memang padu dan sesuai dengan citarasa saya. Saya dapat rasakan Kari Massaman ini ada pelbagai jenis rasa iaitu pedas, masam dan manis. Stik Ribeye Pad Thai ini adalah kali pertama juga saya mencubanya. Rasanya memang unik, lain daripada yang lain. Istimewanya menu ini tidak terkata, geng! πŸ‘Œ Untuk penggemar makanan Pad Thai, wajiblah mencuba menu ini!!πŸƒ

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lemongrass ini. Menunya banyak dan lazat pula! 🍲 Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  πŸ‘πŸΌRestoran Lemongrass ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Makanan Thai di Singapura ini! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²

Lokasi:

LEMONGRASS RESTAURANT

πŸ“476 Upper Serangoon View #02-06, Singapore 530476. 

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/lemongrassfoodie/ 

πŸ“² Instagram: @lemongrass.foodie

πŸ“² Website: https://qashiereats.com/Lemongrass 

Port makanan BrazilΒ  di Singapura!

Dekat Singapura pun ada port makanan Brazil?! Saya berkesempatan untuk singgah dan cuba sendiri restoran masakan makanan diterbangkan dari Brazil yang memang padan dengan citarasa sayaΒ  saya geng! πŸ˜‹ Ini adalah kali pertama saya mencuba makanan yang didatangkan khas dari Brazil, dekat Singapura pun ada hehe πŸ“ Di Casa Brazilia ni pelbagai menu makanan Brazil ada tau! Kawasan restoran ni pun selesa dan staff pun memang friendly! πŸ˜βœ…. Semua menu dekat sini memang menarik untuk korang cuba!

Casa Brazilia, Singapura

Kalau korang teringin nak rasa sendiri makanan yang dari Brazil ni, korang pun tak perlu susah-susah terbang ke Brazil hehe ✈️ sebab dekat Singapura ni pun dah ada port restoran Brazil seperti Casa Brazilia ni.πŸ˜‹πŸ½οΈ Bahan masakan yang digunakan dekat restoran ni memang semuanya berkualiti dan segar πŸ₯“πŸ₯©πŸ– Jadi, memang dapat rasa kesegaran daging yang digunakan dan memang puas hati! πŸ₯°πŸ’―

Menu yang ada dekat Casa Brazilia ni mesti buat korang tertarik sekali untuk cuba sebagai kali pertama untuk makan makanan dari Brazil ni! Saya ada pesan TIGA jenis dari restoran ni πŸ‘‘

MAIN DISHπŸ‘‘
Brazilian Barbeque Cut

  • Chicken Bone In
  • Garlic Beef
  • Picanhas
  • Fillet Mignon
  • Beef Hump
  • Lamb Leg Bone In
  • Beef Rump Cap
  • Barbequed Pineapple
  • Chicken Hearts
  • Smoked Duck
  • Butter Fish

Brazilian Dessert

  • Papaya Creme de Cassis
  • Brigadeiro

Brazilian Sides
-Goat Cheese Crostini

  • Empanadas

Brazilian Compliments

  • Grilled Lettuce
  • A Soup At Brazil
  • Garlic Rice
  • Caprese Salad
  • Barbecue Garlic Bread

Menu lain pun ada geng dekat sini untuk korang cuba. Harga pun memang puas hati dengan portion dan rasa makanan itu sendiri!

1️⃣Menu yang pertama saya cuba di Casa Brazilian ialah Brazilian Barbeque Cuts, ini adalah antara menu wajib cuba kalau makan delta restoran ni πŸ₯“πŸ₯©πŸ– Paling menarik sekali staff sendiri yang akan potong daging di meja makan saya sendiri 🀩⚑ Bila makan je daging Brazilian Barbeque Cuts ni terus jatuh cinta sebab daging memang padat dan segar πŸ˜‹πŸ½οΈ Pelbagai jenis cuts untuk korang pilih dalam menu ni!

Casa Brazilian Barbeque Cuts

Menu yang kedua 2️⃣ pula, ini pun adalah menu yang mesti cuba di restoran ni. Saya pesan antara menu untuk Brazilian Sides 🍹🍹 Sides yang saya pesan ini ialah Mocktail: Brazilian Pina Colada dan Rio Carnaval. Sejujurnya, kedua-dua menu ni bila korang rasa memang dapat rasa segar dan berkrim! πŸ’― 🀀 Tak dinafikan, semua jenis menu dekat Casa Brazilia ni wajib cuba kalau singgah ke sini!

Brazillian Sides

Menu yang ketiga saya cuba ialah Brazilian Compliments. Menu kali ini memang kaya dengan rasa yang saling melengkapi ✨ Memang banyak jenis makanan dalam satu set Compliments ni sendiri. Dapat ras tekstur yang padat dan memang puas bila makan menu ni πŸ‘ŒπŸ» Kalau korang berkesempatan untuk singgah ke Singapura, boleh cuba menu yang saya syorkan ni sebab memang berbaloi untuk cuba!πŸƒ

Brazilian Compliments

Pada pendapat peribadi saya, menu yang saya cuba di Casa Brazilia ni memang berbaloi sebab dapat merasai makanan dari Brazil sendiri di Singapura sahajaπŸ‘πŸΌIni adalah antara makanan yang saya recommend dan menu yang lain patut cuba.🍲 Bila dapat makan makanan yang sedap dan segar, hati pun senangπŸ₯˜πŸ₯—! Korang memang wajib datang untuk makan di Casa Brazilia ni! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²
Lokasi:

CASA BRAZILIA
πŸ“25 Teo Hong Road, 088333, Singapore

πŸ“² Facebook: Casa Brazilia
πŸ“² Instagram: @casabrazilia_sg
πŸ“² Website: https://casabrazilia.sg
πŸ“² Contact: +65 8764 5552

Okra by SWG – Shellout Padu di Singapore

Puas saya cari makan di Singapore haritu dan saya jumpa juga salah satu port Shellout yang best iaitu di πŸ“ Okra by SWG, 10, Jalan Pisang Singapore. Kat sini memang best makan Shellout mereka tapi bukan tu je yang ada, banyak lagi menu Asian Fusion yang sedap-sedap korang boleh try tau πŸ€©πŸ˜‹ Nak tahu apa yang saya cuba? Jom…

Okra by SWG – Jalan Pisang

Vibe dia memang nice lah. Ada elemen aesthetic dan instagrammable juga. πŸ“ΈπŸ“Έ Nak makan Shellout pun mestilah ada class! Dari alas kaki sampai la ke meja makan. Interiornya cukup memukau pandangan saya. 🀩

Hampir nak buka kasut sebelum masuk bila tengok alas kaki dia tu 😁

Pertama, saya makan πŸ”₯ Bone Steak Mee Bandung. Selalu kalau saya makan Mee Bandung, mesti dapat cebisan daging sahaja. Tapi, dekat sini dia bagi Bone Steak weh! πŸ– Daging dia tu pun empuk je. Gabung sekali dengan rasa pedas dan berlemak tu, MANTAP! πŸ’₯

Itu dia πŸ”₯ Shellout yang ditunggu-tunggu. Saya tak nak pening-pening, saya terus ambil dua jenis flavour iaitu πŸ”₯ Chili Crab dan πŸ”₯ Spicy Cajun. πŸ˜‚ Yang mengagumkan – dia bukan serve dengan nasi putih biasa tau! Dia guna fragrant rice dan boleh juga tambah mantou bun. Terbaik la! πŸ’―

Antara flavour lain yang ada adalah:

  • Signature Triple Sambal
  • Lemak Chilli Padi
  • Black Peppercorn
  • Salted Egg
  • Lemon Butter & Herbs

Eh! Kalau nak makanan ringan pun ada juga sebagai starters. Macam biasa, saya order dua jugak. 😝 Hehe… Ada πŸ”₯ Truffle Fries – bukan biasa-biasa tau makan fries dengan truffle. Siap ada parmesan cheese lagi. Puas hati betul la. Ada juga πŸ”₯ Spicy Korean Chicken. Ini memang tak pernah mengecewakan. Ayam rangup dan panas bersama sos pedas Korea tu semestinya kegemaran semua.

Korang boleh juga order starters yang lain iaitu:

  • Salted Egg Chix Bites
  • Soup of the day

Tak lengkap la kalau tak segarkan tekak dengan minuman dia yang pelbagai di sini. ❄️ Ehhh. Ini semua non-alcoholic tau. βœ… Untuk bottles, saya terus ambil πŸ”₯ Ice Bucket yang ada:

  • Flying Cauldron Butterscotch Beer
  • Virgil’s Black Cherry Cream
  • Virgil’s Root Beer
  • Bundaberg Ginger Beer
  • Bundaberg Blood Orange

Mereka juga ada pelbagai mocktails. Yang saya order ni adalah πŸ”₯ Shirley Temple. Dalam tu ada grenadine syrup, club soda dan maraschino cherries. Memang refreshing la weh! ✨ Ada banyak lagi pilihan lain seperti:

  • Lychee Mojito
  • Cosmopolitan
  • Frozen Apple Margarita
  • Aurora Sunrise


Haa.. Tengok muka saya tau – tersenyum lebar! 🀣 Hihi. Makan macam-macam dan semuanya menyelerakan dekat sini. πŸ‘πŸ» Mesti la tersenyum macam tu kan. πŸ˜‹ Saya nak korang pula rasai keseronokan ni. Tempat ni sesuai sangat untuk datang makan ramai-ramai. Cepat datang singgah dan jangan segan okay! Jumpa lagi… πŸ‘‹πŸ»

πŸ“ Okra by SWG
10 Jln Pisang, Singapore 199077
https://goo.gl/maps/sSWHTWSJ9jeSJLBt7

πŸ“² Instagram: @okrabyswg
πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/okrabyswg/
πŸ“² Website: okrabyswg.com