D’Mums Cafe – Port Makan Sepanjang Hari di Johor Bahru! πŸ›πŸ²πŸšβ˜•

Sebelum ini, saya pernah ke D’Mums Cafe untuk menikmati sajian apa yang ada di sana. Waktu tu, waktu operasi mereka dibuka dari petang hingga ke malam sahaja. Baru-baru ni, mereka sudah melancarkan menu sarapan dan tengahari pula – secara langsung memanjangkan waktu operasi dari 7:00AM-12:00AM di Adda Heights, Johor Bahru ni. Apa pula yang disajikan kali ni? Jom kita tengok. πŸ”Š

Saya sangat terkejut apabila datang untuk menikmati sarapan di sini sebab hidangannya sangat besar! 😱 Kalau korang jenis yang selalu lapar dan perlukan makanan berat pagi-pagi, inilah tempatnya. Mesti tak menyesal dan masuk kerja pun dalam keadaan bertenaga. πŸ’ͺ🏻

Tak sah la kalau tak ada Lotong Kering Sultan di Johor Bahru! Kenapa ada nama Sultan? πŸ‘‘ Haa.. Tengok apa yang dihidangkan sekali dalam pinggan tu.. Ini bukan Lontong Kering biasa. Siapa ada Sambal Paru, Ayam Goreng dan semestinya Sambal Jawa. 🌟 Peh… Memang tak kedekut langsung! πŸ‘πŸ»

Untuk penggemar nasi lemak, sila cuba Nasi Lemak Madu 3 ni. πŸ™ŒπŸ» Ada 3 lauk dalam satu pinggan! Nasib baik β€˜madu’ tu semua berbaik dalam perut saya.. πŸ™ˆ Dalam pinggan tu ada Sambal Paru, Rendang Puyuh dan Telur Mata. Bila makan ni memang senang hati dan perut la.. πŸ€—

Nasi Ambeng Otai

Lagi special, korang boleh juga order Nasi Ambeng Otai untuk sarapan di sini. πŸ’― Walaupun ini hidangan untuk seorang makan, portionnya memang boleh kongsi dua orang! πŸ”₯ Atas pinggan ni ada nasi putih, mee goreng, telur masin, sambal paru, sambal jawa dan ayam goreng. Haa.. Nak apa lagi? Masih tak cukup ke? Minta je tambah kalau nak… Tapi saya cabar habiskan ni dulu.. πŸ””

Dah makan kenyang-kenyang, jangan tertidur pula dekat tempat kerja nanti tau..

Lontong dan Soto Ayam

Selain yang di atas, ada juga hidangan yang lain seperti:

  • Lontong
  • Soto Ayam
Kari Kepala Ikan – Rasa kari yang pekat dan terangkat!

Bila dah lapar untuk makan tengahari, saya datang lagi sekali sebab menunya berbeza! 🀯 Ada lauk-pauk yang menaikkan selera saya. Tak boleh tahan betul bila nampak Kari Kepala Ikan ni! Terus saya ambil satu kepala. Rasa dia memang pekat dan memukau. Tak tengok tempat lain, terus fokus nikmati lauk yang ni. 🀀

Antara lauk lain yang saya ambil adalah Patin Temerloh Tempoyak dan Urat Masak Padang. πŸ’₯ Korang memang kena cuba yang ni dan ada banyak lagi lauk lain. Korang boleh pilih lauk mana yang lebih kena dengan selera korang. ✨

Walaupun ini kali kedua saya datang sini, tapi tak rasa macam pernah datang sebab apa yang dihidangkan memang lain. πŸ™ŒπŸ» Hidangan untuk sarapan ada, lauk tengahari ada dan makan malam pun ada!βœ… Istimewa betul D’Mums Cafe ni. Jadi, apa tunggu lagi.. Saya dah carikan port makan terbaru untuk anda semua. Sekarang, korang pula kena datang dan cuba sendiri! πŸ”Ž

Antara hidangan makan malam

Lokasi

πŸ“ D’ Mums Cafe
Jalan Adda Utama,
Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
https://goo.gl/maps/UnzJPpDApRoFQRZu7
Waktu Operasi: 7:00AM – 12:00AM

πŸ“² Instagram: @dmumscafe

D’Mums Cafe – Restoran Ibarat Masakan Ibu di Johor BAHRU!

Saya jumpa hidden gems terbaru di Adda Heights, Johor Bahru iaitu D’ Mums Cafe. View di situ memang ngam sebab terletak atas bukit. 🀩 Sampai-sampai je, saya terus order apa yang menarik. Dan fuh…. Memang sedap-sedap apa yang dihidangkan. Nak tau apa yang best? Jom baca sampai habis. πŸ”Š

Rekaan restoran berkonsepkan container, korang boleh duduk dalam bilik aircond kalau nak sejuk-sejuk. Tapi, kalau nak rasa udara segar dan pemandangan yang cantik, sesuai sangat untuk duduk luar. Di sini, setiap malam akan ramai orang tau! 😱 Jadi, pastikan korang datang dan rasa sendiri untuk tahu kenapa ramai datang ke sini. βœ…

Gear Box Mantul di D’Mums Cafe

Di sini ada banyak pilihan menu yang sedap-sedap dan saya dah rasa sendiri. Tapi, antara menu yang saya nak cerita hari ini adalah Gear Box Mantul! Daging Gear Box πŸ– tu sangat tender. Sekali saya gigit terus terlerai semua daging dari tulangnya. Dan semestinya sum-sum dan kuahnya memang padu. Sekelip mata je boleh habis sebab rasanya memukau. Rasa macam nak repeat lagi bila tengok balik gambar ni.

Mee Rebus Kambing

Selalu makan mee rebus daging lembu kan? Ha, di sini ada Mee Rebus Kambing! 🀯 Memang terasa aroma kambing. Menaikkan selera weh! Kalay craving nak makan Mee Rebus, pastikan korang level up untuk order version Kambing ni tau. Kuahnya pun pekat dan hiasan atas yang rangup tu melengkapkan rasa mee rebus ni.

Kalau dah makan sekali, memang craving nak makan berkali-kali!

Mee Kolok Legend – Ayam tak kedekut!

Kalau rindu masakan Sarawak, order pula Mee Kolok Legend ni. Hirisan ayam atas dia memang tak kedekut. Rasanya cukup lengkap bagi saya. Kalau rasa jauh sangat nak ke Sarawak, boleh datang ke D’ Mums Cafe untuk mengubat kerinduan korang nak makan Mee Kolok Sarawak. πŸ₯°

Selain makanan yang saya cuba di atas, ada banyak lagi pilihan makanan yang lain seperti:

  • Nasi Goreng Kambing Melalak
  • Salted Egg Chicken Rice
  • Nasi Goreng Berlambak
  • Golden Chicken Skin
  • Lamb Chop
  • Dan banyak lagi!

Ada banyak betul pilihan makanan yang ada. Masakan Melayu, Cina, Thai dan Western pun ada. πŸ²πŸœπŸ–πŸ” Pilih je nak apa. Dan mereka pun ada ruang parking mereka sendiri. Jadi, tak perlu parking jauh-jauh untuk sampai ke sini.

Jadi, untuk orang JB, pastikan korang cuba hidden gems terbaru ni. Dan untuk anda yang akan singgah JB, masukkan D’ Mums Cafe dalam list lokasi tempat anda pergi di JB, okay! πŸ‘πŸ»

Antara hidangan lain yang saya order

πŸ“ D’ Mums Cafe
Jalan Adda Utama,
Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
https://goo.gl/maps/UnzJPpDApRoFQRZu7

πŸ“² Instagram: @dmumscafe

Kelab Kopi Lama – Koptiam Menarik di Johor Bahru!

Nak tahu tak satu-satunya Kopitiam Melayu di JB… Haah Kelab Kopi Lama adalah tempatnya! Tapi apa yang istimewa dekat sini? meh kita tengok πŸ’β€β™‚οΈ

Bermula pada tahun 2020, Kelab Kopi Lama merupakan satu kopitiam bertema tradisional terletak di Kempas, Johor Bahru. Penuh dengan vibes seperti kopitiam lama, apa yang membuat Kelab Kopi Lama special bagi saya adalah mereka punya pilihan makanan – sebab ada pelbagai jenis masakan dihidangkan sepanjang hari.

Set Koptiam di Kelab Kopi Lama

Bukan kopitiam namanya kalau tak ada set “standard” kopitiam – iatu Roti Bakar, Telur Separuh Masak dan Kopi O. Di Kelab Kopi Lama ni mereka hidang semua ni dalam ‘Set Kopitiam’ – dalam ni ada Roti Bakar, Telur Sparuh Masak, Kopi O – dan juga jemput-jemput ikan bilis πŸ˜‹

Bagi saya apa yang membezakan set ni adalah mereka hidangkan sepanjang hari – sampai malam boleh lepak mengopi dan mengunyah ni!

Nasi Dagang dan Putu Mayam

Seterusnya kita ada makanan yang sangat sesuai untuk sarapan – Nasi Dagang dan Putu Mayam. Untuk orang yang suka breakfast yang berat dan mengenyangkan makanan ni sangat sesuai.

Bagi saya, yang specialnya adalah semua masakan sini dimasak oleh chef yang berpengalaman πŸ‘¨β€πŸ³

Nasi Padang di Kelab Kopi Lama – banyak sangat pilihan lauk!

Tadi kita makan breakfast kan, sekarang kita nak makan lunch pula! Apa lagi, kita makan nasi padang.

Di Kelab Kopi Lama – nasi padang antara speciality mereka – seawal pukul 11 pagi orang dah mula datang dan beratur untuk ambil nasi padang sini. Antara pelbagai pilihan nasi padang yang “standard” mereka juga ada pilihan-pilihan rare seperti Gulai Urat Keting, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Baung dan Gulai Minang. No wonder orang ramai suka lunch dekat sini!

Selain itu mereka ada pelbagai pilihan makanan yang lain seperti:

  • Nasi Lemak Kukus Basmathi
  • Lontong
  • Mi Kari
  • Putu Mayam
  • Laksa Johor
  • Soto
  • Pelbagai pilihan kuih-muih
  • Bubur Manis
  • Pelbagai pilihan produk (Sambal, Kuih Balang dsb)
  • dan banyak lagi!

Apa yang betul-betul buat saya suka Kelab Kopi Lama sebenarnya adalah dia punya “vibe” dalam kedai, sebab bila kita masuk kita dapat rasa suasana koptiam, dengan decor dan environment – sampai muzik mereka main pun tambah pada suasana. Lagi satu bonus adalah pelbagai pilihan makanan, saya pun tak sempat cuba semua tau! Nampaknya kena datang balik next time saya ke JB ni!

Kalau korang semua di JB dan rasa nak cari tempat lain dari yang lain, saya syorkan datang dan lepak di Kelab Kopi Lama ni!

πŸ“ Kelab Kopi Lama

Lokasi: 2, Jln Kempas Utama 1/1, Taman Kempas Utama, 81300 Johor Bahru, Johor

https://goo.gl/maps/8P1Nde6RHkpPyyqV8

πŸ“² Facebook: facebook.com/kelabkopilama/

πŸ“² Instagram: @kelabkopilama