D’Mums Cafe – Port Makan Sepanjang Hari di Johor Bahru! πŸ›πŸ²πŸšβ˜•

Sebelum ini, saya pernah ke D’Mums Cafe untuk menikmati sajian apa yang ada di sana. Waktu tu, waktu operasi mereka dibuka dari petang hingga ke malam sahaja. Baru-baru ni, mereka sudah melancarkan menu sarapan dan tengahari pula – secara langsung memanjangkan waktu operasi dari 7:00AM-12:00AM di Adda Heights, Johor Bahru ni. Apa pula yang disajikan kali ni? Jom kita tengok. πŸ”Š

Saya sangat terkejut apabila datang untuk menikmati sarapan di sini sebab hidangannya sangat besar! 😱 Kalau korang jenis yang selalu lapar dan perlukan makanan berat pagi-pagi, inilah tempatnya. Mesti tak menyesal dan masuk kerja pun dalam keadaan bertenaga. πŸ’ͺ🏻

Tak sah la kalau tak ada Lotong Kering Sultan di Johor Bahru! Kenapa ada nama Sultan? πŸ‘‘ Haa.. Tengok apa yang dihidangkan sekali dalam pinggan tu.. Ini bukan Lontong Kering biasa. Siapa ada Sambal Paru, Ayam Goreng dan semestinya Sambal Jawa. 🌟 Peh… Memang tak kedekut langsung! πŸ‘πŸ»

Untuk penggemar nasi lemak, sila cuba Nasi Lemak Madu 3 ni. πŸ™ŒπŸ» Ada 3 lauk dalam satu pinggan! Nasib baik β€˜madu’ tu semua berbaik dalam perut saya.. πŸ™ˆ Dalam pinggan tu ada Sambal Paru, Rendang Puyuh dan Telur Mata. Bila makan ni memang senang hati dan perut la.. πŸ€—

Nasi Ambeng Otai

Lagi special, korang boleh juga order Nasi Ambeng Otai untuk sarapan di sini. πŸ’― Walaupun ini hidangan untuk seorang makan, portionnya memang boleh kongsi dua orang! πŸ”₯ Atas pinggan ni ada nasi putih, mee goreng, telur masin, sambal paru, sambal jawa dan ayam goreng. Haa.. Nak apa lagi? Masih tak cukup ke? Minta je tambah kalau nak… Tapi saya cabar habiskan ni dulu.. πŸ””

Dah makan kenyang-kenyang, jangan tertidur pula dekat tempat kerja nanti tau..

Lontong dan Soto Ayam

Selain yang di atas, ada juga hidangan yang lain seperti:

  • Lontong
  • Soto Ayam
Kari Kepala Ikan – Rasa kari yang pekat dan terangkat!

Bila dah lapar untuk makan tengahari, saya datang lagi sekali sebab menunya berbeza! 🀯 Ada lauk-pauk yang menaikkan selera saya. Tak boleh tahan betul bila nampak Kari Kepala Ikan ni! Terus saya ambil satu kepala. Rasa dia memang pekat dan memukau. Tak tengok tempat lain, terus fokus nikmati lauk yang ni. 🀀

Antara lauk lain yang saya ambil adalah Patin Temerloh Tempoyak dan Urat Masak Padang. πŸ’₯ Korang memang kena cuba yang ni dan ada banyak lagi lauk lain. Korang boleh pilih lauk mana yang lebih kena dengan selera korang. ✨

Walaupun ini kali kedua saya datang sini, tapi tak rasa macam pernah datang sebab apa yang dihidangkan memang lain. πŸ™ŒπŸ» Hidangan untuk sarapan ada, lauk tengahari ada dan makan malam pun ada!βœ… Istimewa betul D’Mums Cafe ni. Jadi, apa tunggu lagi.. Saya dah carikan port makan terbaru untuk anda semua. Sekarang, korang pula kena datang dan cuba sendiri! πŸ”Ž

Antara hidangan makan malam

Lokasi

πŸ“ D’ Mums Cafe
Jalan Adda Utama,
Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor
https://goo.gl/maps/UnzJPpDApRoFQRZu7
Waktu Operasi: 7:00AM – 12:00AM

πŸ“² Instagram: @dmumscafe

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)