Akhirnya musim buah dah sampai, dan ni maksudnya boleh makan banyak durian!
Satu benda pelik dan menarik pasal malaysia ialah banyak rakyat malaysia memang suka buah durian. Mereka suka durian sangat, mereka buatkan peribahasa “Durian Runtuh” – maksud “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”. Inilah contoh berapa banyak mereka suka durian sangat , dia kata durian sama dengan untung besar. Kelakar betul tak?
TAPI bila saya baru sampai malaysia saya langsung tak faham kenapa orang sini suka buah itu. Kenapa orang heboh pasal durian lah? Buah tu bau sangat (kadang2 bau macam sampah), dan bila saya cuba rasa macam dia dah busuk lah.
Cop! Sebelum awak marah kat saya untuk menghina ‘Raja Buah’, biar saya bagitahu. Sekarang saya memang suka durian dan berikut cerita macam mana saya jadi ‘orang sayangi durian’.
Imeg dari http://adoi-means-ouch.blogspot.com/2007/12/mat-salleh.html
Sebenarnya, kalau orang barat atau ‘mat salleh’ nak suka durian, dia mesti makan tiga kali dulu. Betul! Macam ni, pertama kali dia makan dia memang tak suka (dan nak bersihkan mulut dengan sabun terus lepas makan), dan biasanya lepas ni dia tak nak cuba lagi dua kali. Kebanyakkan orang tak nak cuba lagi. Tapi dia kena cuba lagi sekali. Kali kedua sama, rasa tak baik sangat. 99% orang berhenti sekarang. Tapi orang berani cuba durian kali ketiga dan dia “dapat durian runtuh” ( “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”) dan untung itu ialah buah yang paling sedap dan enakkan. Ni menjelaskan kenapa orang putih yang tinggal kat malaysia masa yang lama suka durian, dan jarang nampak orang putih pelawat suka durian. Macam gambar di atas.
Sebab itu sekarang saya memang suka durian, dah makan 3 kali dan lepas kali ketiga makan banyak lagi. Durian ialah buah tropika saya paling suka dan makan banyak kali sebulan (kalau musim). Sebab masih musim sekarang(bila saya tulis post ni) saya kerap pergi gerai durian.
Jadi, lain kali awak nampak saya makan durian, jangan jsayan sahaja lah – cakap kat saya dan kita boleh share2 berberapa biji durian 🙂
Minggu lepas bulan Ramadhan dah sampai dan sekarang masa untuk pergi bazaar dan pasar Ramadhan untuk cari makanan.
Semalam (hari sabtu) saya nak pergi Bazaar Ramadhan dekat Masjid Jamek, dan dalam blog ni saya tulis pasal apa saya buat.
Satu tahun lepas saya pergi bazaar yang ni banyak kali, sebab saya suka beli makanan dan minuman kat bazaar ramadhan. Jadi saya fikir bazaar pertama saya pergi tahun ni, lepas bazaar ni pergi kawasan lain dan cari bazaar baru.
Satu benda saya suka pasal bulan ramadhan dan bazaar ramadhan ialah suasana kat sana. Saya tak boleh bagitahu, tapi saya suka sikap orang islam bulan ramadhan. Orang beli makanan dan tunggu untuk waktu magrib, lepas tu dia makan dengan kawan2 dan keluarga dia. Saya rasa macam ada komuniti, sebab semua orang islam buat bersama. Sebab itu saya pergi bazaar pukul 7, sebelum magrib bila orang dah sampai dan nak tunggu untuk buka puasa kat sana. Satu tahun lepas saya kat sana waktu buka puasa, dan nak buat sama tahun ni. Tapi kalau buat macam tu ada satu hal, bukan hal serius tapi sikit je – ramai orang kat sana dan kena tunggu kalau nak beli benda – dan kadang2 makanan dah habis..
Hari tu saya pergi, saya memang nak cari kuih (saya ingat kuih dari sana sedapnya), dan satu tahun lepas ada satu makcik jual banyak jenis. Kuih saya memang suka ialah seri muka.
Tapi, tahun ni makcik tu tak ada, dan saya tak nampak peniaga jual kuih – mungkin stok dia dah habis, atau dia tak jual tahun ni. Saya jalan sepanjang pasar, termasuk dua2 belah tapi masih tak jumpa kuih tu. Saya rasa bagai dihiris dengan sembilu 🙁 (sekarang saya belajar perumpamaan bahasa dan nak praktis dalam blog saya)
Tak apa la, dia masih ada banyak tempat jual makanan yang sedap. Mungkin lain kali boleh cari la. Lepas saya fikir “hmm nak makan apa hari ni?”, saya pilih roti john (saya tahu, boleh beli kat pasar biasa la, tapi saya suka dan kat bazaar ni ada orang masak roti john segar – lebih sedap la. Selain dari tu dia ada banyak pilihan, tapi banyak orang dan saya mesti pilih cepat huhu)
Bila tengah jalan balik stesen masjid jamek, ada satu budak kecil jerit kat saya “Abang nak beli otak-otak ke?”. Pertama saya fikir tak apa, sebab dah cuba otak-otak satu kali tahun lepas dan tak suka. Tapi budak tu masak otak-otak segar, dan masih panas so saya beli. (nanti bila saya makan ia sedap gila, so nasib baik saya beli haha).
Sekarang dah nak magrib dan orang siap nak makan so saya nak balik rumah, tapi saya ingat dia ada satu pasar kecil disebelah HSBC (dekat stesen masjid jamek) dan nak tengok kat sana kalau dia ade kuih. Akhirnya saya jumpa kuih tu 🙂 🙂 Lepas tu saya balik rumah untuk makan dan rasa puas hati..
Satu hari nanti saya pergi kepada bazaar ramadhan lain, kat putrajaya kot? Kalau awak ada idea atau bazaar yang sangat bagus boleh tulis kat bawah dalam komen..
Dalam blog post ni saya tulis pasal bila saya jalan-jalan di Malaysia. Harap-harap awak suka post ni, dan mungkin awak ambil ideas untuk jalan-jalan awak 🙂.
Kita sampai KB pukul 9 malam, jadi malam dah lewat. Walaupun kita sesat sikit, kita masih datang KB ok. Saya rasa, sebab KB bandar paling utara yang tu kecil sikit dan tak ada banyak kampung dekat. So bila kita pandu kita nampak bagunan tinggi, kita fikir “Ok, ada bagunan tinggi kat sana, mesti Kota Baru”..
KB ada 1 jalan dengan banyak hotel dan hostel. Sebab Pulau Perhentian dekat sana, ada banyak hostel untuk backpacker dan tourist. Kita tak nak tidur kat hostel, so kita pilih hotel. Lebih murah dari Kuantan, tapi masih mahal sikit sebab hotel kat sana untuk tourist sahaja – bukan untuk orang disana (local people)
Saya tak ingat yang mana hari kita tinggal KB, tapi hari tu ada pasar malam kat pusat bandar. Kita jalan dari hotel (boleh jalan ke pusat bandar kurang 5 minit je). Pasar yang tu baik, sebab pasar untuk orang disana, bukan tourist. Saya tak boleh ‘explain’ tapi pasar tu rasa ‘different’ dari pasar kat KL.. Faham macam tu ke tak?
Orang kat KB jsayan gila, tapi sekarang saya tak ada masalah sebab bila mat salleh pergi utara – ramai orang jakun hahaha 🙂 Saya rasa kalau saya cakap BM dengan diaorang, diaorang confused sangat “apa ni mat salleh cakap BM la?..”
Ok, pagi depan kita memang lapar so makan kat restoran dekat hotel. Restoran bukan restoran atau hawker – macam campur. Ada pondok besar dan banyak hawker, kerusi dan meja dalam itu.
Kita cuba Nasi Kerabu (makanan utara kan?) sedapnya! Tapi makanan paling sedap ikan keli dengan nasi kerabu. Ikan keli tu besar sangat dan sedaaaap. Best ikan keli saya makan dalam Malaysia!
Ok hari tu paling panjang, sebab kita mesti pandu dari KB kepada Perlis dalam satu hari je. Saya rasa hari tu memang best yang semua roadtrip. Jalan tu cantik sangat sebab jalan pergi lalu Taman Negeri Belum dan melalui gunung besar.
Taman Negeri Belum
Sebelum saya tulis, tengok gambar di bawah
Nak tanya, perkataan untuk pemandangan tu cantik ke indah?
Gambar kat atas dari Taman Negeri Belum, ada satu highway semua kereta guna. Kat tengah jalan ada satu ‘rest stop’ atas gunung. Bila saya pandu highway tu tak rasa banyak kereta guna highway ni sebab tak nampak kereta lain. Tapi bila kita sampai rest stop tu ada banyak kereta! Saya rasa jalan tu memang panjang so walaupun ada banyak kereta, tak rasa macam banyak kereta.
Actually, saya ada satu cerita nak tulis. Sebelum kita sampai Taman Belum, highway tu lalu dekat Border Thailand. Saya ada idea untuk experience seronok, tapi bahaya sikit. Bila kita pandu dekat border, naik ‘jalan hutan’ ke utara dan cuba pandu ke Thailand. Ok saya tahu, dengar macam gila sebab ada banyak orang dekat border sebab berhenti orang menyeberang border illegal- tapi bila tengok kat map saya ada satu jalan kecil melalui hutan. Saya rasa ada orang kampung kat sana dengan keluarga lintang border so diaorang guna jalan tu.. So kenapa tak tengok je? Kita naik jalan tu dan pandu, lepas 15 minit tengok macam ni (tengok gambar di bawah)
Kereta saya viva auto je, tak rasa boleh guna jalan tu. Kalau kereta tersangkut atau rosak…. kat sana macam ‘middle of nowhere’, mungkin ada harimau atau terrorist.. Okay mungkin tak, tapi kenapa ambil lagi risk?
Ok balik Taman Belum…
Jalan tu kadang-kadang ada Gajah di jalan, so ada banyak tanda kata “Awas! Laluan Gajah Liar!”, kelakar sikit.
Sebab hari tu kita pandu kurang laju jadi kita tak ada masa untuk pandu ke Perlis malam tu. So kita ada ‘change of plan’. Kita pandu ke Alor Setar dan lawat bandar Sik (keluarga kawan saya dari Sik so saya nak tengok bandar tu.)
Dekat tempat Sik, kita berhenti kat tasik cantik untuk makan. Wow, tasik kat sana memang cantik dan ‘peaceful’. Tak ada orang kat sana so tak bising, tak bau macam sampah, perfect untuk rilax la (kalau ada masa!!) Ada gambar kat bawah
Kita makan nasi goreng kat sana, ada satu restoran je dan satu lagi customer. Pekerja-pekerja dari restoran tak boleh cakap bahasa inggeris so malu sikit (actually kita dengar dia cakap siapa patut cakap dengan kita) Tapi kita cakap kat dia “tak apa, saya boleh cakap bm so tak apa”. Kelakar sikit. Saya rasa pemandangan tu terbaik lepas hari panjang 🙂
Alor Setar (lalu Pekan Sik)
Ok, ada lagi satu ‘jalan hutan’ sebelum kita naik highway ke Alor Setar, jalan yang tu jalan antara rest stop dalam gambar atas dan Pekan Sik.
Awas!
Jalan tu macam jalan hantu… tak ada lagi kereta (serious la..) dan saya fikir tak ada banyak kereta guna jalan tu sebab ada pokok-pokok dan daun-daun kat jalan. Ada satu tempat kat jalan tu ada tanah runtuh sebelah jalan. Jalan takut sikit sebab sekarang dah magrib, dan jalan hutan tak ada lampu. Oh, dan kita tak nampak stesyen minyak sejak kita keluar Kota Baru… tak nak kereta rosak kat sana…
Lepas jalan hantu dan Pekan Sik, kita on the way ke Alor Setar. Sekarang tak melalui gunung, kita pandu lalu padi dan padang. Biasanya orang pandu dari Sik ke highway utara-selatan, tapi kita tak nak guna highay jadi pergi via kampung. Tapi jalan kampung ambil lebih masa, dan kita sesat siki so jalan ambil 2 jam dari Sik ke Alor Setar.
Sebab malam, tak boleh tengok Alor Setar tapi saya rasa bandar tu busy sikit, ada banyak kereta dan trafik jam. Bila kita sampai pusat bandar kita tak nampak hotel dengan parking. Alor setar ada sistem jalan sehala confusing kalau orang bukan dari sana, so kita pandu untuk setengah jam keliling pusat bandar.. Akirnya kita cari parking dan jalan ke hotel. Hotel tu macam hotel ‘fancy’ sikit so kita ada tidur memang rilax malam tu 🙂