Ayam Percik Yati Menjilat Jari!

Siri Mat Salleh Cari Makan Kelantan kini berada di Yati Ayam Percik, Kota Bharu. Ayam Percik merupakan makanan yang dimasak menggunakan daging ayam yang dibakar kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang manis, pedas dan berlemak. Ayam Percik di Malaysia terkenal sebagai menu juadah di bulan puasa, tetapi di Kelantan telah menjadi kebiasaan untuk menikmati hidangan ayam percik pada hari-hari biasa.

Di Kelantan, menu ayam percik kebiasaannya dimakan bersama nasi kerabu atau nasi putih. Tetapi boleh juga dimakan bergitu sahaja (ayam dan kuah). Terdapat beberapa pilihan makanan lain seperti ikan percik, daging bakar, kambing bakar, lidah bakar ada di jual di Kedai Makan Yati Ayam Percik. Jom singgah dan rasakan sendiri ke enakkan ayam percik di Kelantan ini.

?Lokasi » Yati Ayam Percik
Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu Kelantan
https://goo.gl/maps/fxuYGPnQB92dzvt89

☎ 09-7479867

⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 6.30 petang

Serunding Kg Laut Paling Sedap di Malaysia?

Siri Mat Salleh Cari Makan kini kembali dengan makanan-makanan tradisional dan unik di Kelantan.

Jelajah Mat Salleh Cari Makan Kelatan kali ini bermula di sebuah kampung yang cukup terkenal dengan perusahaan Serunding.

Saya kini berada Kampung Laut, Tumpat dan berjumpa dengan Abg Fahmi untuk belajar lebih mengenai proses pembuatan Serunding. Serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu atau ayam dan gabungan rempah ratus yang dimasak sehingga kering.

Proses membuat serunding mengambil masa yang lama dan memerlukan teknik kemahiran teknik yang khusus. Boleh bertahan sehingga 8 bulan jika dimasak dengan betul. Terdapat pelbagai jenis serunding seperti serunding ayam, daging dan ikan.

Pada bulan puasa dan hari raya, serunding menjadi salah satu makanan yang popular dan senang dijumpa. Menu serunding ini boleh dijadikan sebagai makanan tambahan dan boleh dimakan bersama nasi, pulut, lemang, roti dan sebagainya. Ia akan melengkapkan rasa untuk masakan tersebut.

?Lokasi » Fahmi Serunding Enterprise Hulu Pasar Kampung Laut 1, 16040 Tumpat Kelantan https://goo.gl/maps/VEKsJDM85VuqbBjb8

☎ 09-7257015 Order di whatsapp » 017-9323055

⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam

? Booking Hotel Perdana Kota Bharu https://www.hotelperdanakotabharu.com Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda sekarang!

Mat Salleh Masak Budu?

Budu merupakan sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Makanan tradisional ini terkenal di negeri-negeri pantai timur Malaysia dan juga negero-negeri selatan Thailand. Tanya sahaja warga Kelantan, pasti mereka suka kan budu dan menjadikan budu sos wajib di atas meja makan.

Saya ke kilang budu terbesar di Malaysia iaitu Budu Cap Ketereh. Kilang yang berusia 40 tahun ini diasaskan Encik Ismail. Beliau ingin menyelesaikan masalah lambakan ikan bilis ketika itu dan beliau mengusahakan pengeluaraan budu secara komersial. Bermula dengan 1-2 dozen botol sahaja sehari, hari ini kilang budu cap ketereh mengeluarkan ribuan botol sehari dan memasarkannya di seluruh Malaysia.