Ikan Bekok Kak Pah, Macam Ikan Masin Tapi Bukan..

Mat Salleh Cari Makan Kelantan kini berada di Kedai Makan Ike Bekok Kak Pah dan Abe La untuk belajar cara pembuatan Ike Bekok yang merupakan makanan tradisi orang kampung di Tumpat, Kelantan.

Ike Bekok atau Ikan Bengkak merupakan pembuka selera makanan dalam kalangan masyarakat Kelantan dan makanan ini sudah popular sejak dahulu lagi! Proses untuk membuat ike bekok ni mengambil masa yang lama dari menyiang, direndam dalam air garam sehinggalah dijemur seharian.

Ada beberapa jenis ikan yang boleh digunakan untuk membuat ike bekok seperti ikan gelama, ikan kekek dan ikan cencaru.Ike bekok akan digoreng panas-panas dan terus dihidang bersama nasi putih panas. Boleh dimakan begitu saja ataupun dicicah bersama budu dan ulam-ulaman.

Memang terbaik! Jangan lupa singgah kalau berada berdekatan dengan Kedai Makan Ike Bekok Kak Pah Abe Lah. Confirm puas hati!

?Lokasi » Kedai Makan Ike Bekok Kak Pah Abe Lah
Jalan Pantai Geting, 16200 Tumpat Kelantan
https://goo.gl/maps/kN3su2AniNmsm9FU8

☎ 019-9545426

⏰ Waktu Operasi » Rabu – Isnin dari 8.00 pagi hingga 2.30 petang (Tutup Selasa)

Ekor Cicak dalam Nasi Tumpang?

Mat Salleh Cari Makan Kelantan kembali lagi dan dalam episod kali ini saya berada di Pasir Hor, Kelantan untuk belajar cara pembuatan Nasi Tumpang atau lebih dikenali sebagai Nasi Tupe.

Nasi Tupe pada dahulunya merupakan makanan ruji bagi golongan-golongan nelayan dan petani kerana mereka memerlukan bekalan makanan yang mencukupi sewaktu bekerja. Dibungkus secara tradisional didalam kelonsong kon yang diperbuat dari daun pisang membuatkan Nasi Tupe ini lebih tahan lama berbanding dengan makanan-makanan lain.

Nama Nasi Tumpang ini sebenarnya diamabil dari kaedah pengisian dan susunan lauk-pauknya yang seolah-olah “menumpang” di antara satu sama lain. Lauk-pauk seperti serunding ikan, telur dan undang diletakkan secara selang-seli bersama nasi kapit.

Tak sah kalau datang ke Kelantan tak merasa Nasi Tupe. Rasalah sendiri keunikkan Nasi Tupe di Pasir Hor ini. Try sekali mesti nak lagi!

?Lokasi » Nasi Tupang Pasir Hor
Lot 736, Belakang SK Pasir Hor, 15100 Kota Bharu Kelantan
https://goo.gl/maps/JCP9xZhQjTqQ4cd3A

☎ Call untuk tempahan » 013-9208662 / 019-9429559

⏰ Waktu Operasi » Sabtu – Khamis dari 8.30 malam hingga 12 malam (Tutup Jumaat)

Ayam Percik Yati Menjilat Jari!

Siri Mat Salleh Cari Makan Kelantan kini berada di Yati Ayam Percik, Kota Bharu. Ayam Percik merupakan makanan yang dimasak menggunakan daging ayam yang dibakar kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang manis, pedas dan berlemak. Ayam Percik di Malaysia terkenal sebagai menu juadah di bulan puasa, tetapi di Kelantan telah menjadi kebiasaan untuk menikmati hidangan ayam percik pada hari-hari biasa.

Di Kelantan, menu ayam percik kebiasaannya dimakan bersama nasi kerabu atau nasi putih. Tetapi boleh juga dimakan bergitu sahaja (ayam dan kuah). Terdapat beberapa pilihan makanan lain seperti ikan percik, daging bakar, kambing bakar, lidah bakar ada di jual di Kedai Makan Yati Ayam Percik. Jom singgah dan rasakan sendiri ke enakkan ayam percik di Kelantan ini.

?Lokasi » Yati Ayam Percik
Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu Kelantan
https://goo.gl/maps/fxuYGPnQB92dzvt89

☎ 09-7479867

⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 6.30 petang