Dari penulis blog ke penulis buku…

Alhamdulillah… Rhys “penulis buku” William ?.Tak sangka pula Rhys boleh menulis buku, lagipun menulis buku sendiri 100% dalam Bahasa Melayu..

Masa mula² saya start blogging dalam bahasa melayu (pada tahun 2015) tak pernah fikir pun satu hari nanti saya akan tulis buku

Memperkenalkan “YouTube 3 Langkah” Sebuah buku yang merangkumi bagaimana saya mengembangkan YouTube channel sehingga 250,000 subscribers, dan bagaimana sesiapa orang lain pun boleh mula dan berjaya sebagai “YouTuber”. Satu panduan lengkap, langkah demi langkah, untuk orang berminat dengan YouTube..

Nak tulis buku ini memang ambil masa, dekat 3 bulan tulis setiap hari. Banyak perkataan baru rhys belajar sementara menulis buku ni haha. Tapi rasa bangga bila tengok semua dah siap dan printed 🙂

Sekarang “YouTube 3 Langkah” boleh didapati dalam bentuk “Ebook”. Boleh dapat dari www.youtube3langkah.com.

Rhys nak ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua orang yang menyokong rhys dalam perjalanan ni dan tak sabar dengar feedback korang semua yang baca buku rhys ini ?

Throwback Teruk Dari Tahun 2015… Rhys William Cuba Masak Sambal Petai…

Cepat betul masa berlalu. Rupanya 5 tahun lepas Rhys dah buat video masak-masak kat YouTube ? Tapi tengoklah video tu macam mana haha

Pada tahun 2015 Rhys baru belajar Bahasa Melayu dan baru mula menulis dalam blog dan buat video sikit-sikit. Masa tu ada cuba buat satu video di mana Rhys masak “Sambal Petai Udang”…

Terhibur bila Rhys tengok balik sebab nampak banyak pebezaan, bukan sahaja dari sudut Bahasa Melayu (masa tu Rhys cakap pelat sangat hahaha) tapi juga dari sudut saiz badan juga – jauhnya beza dengan sekarang!

Rhys ingat masa tu selepas publish video, Rhys terus “hide-kan” video sebab rasa segan sangat tengok balik, 5 tahun kemudian baru Rhys rasa berani nak tunjuk…

Kena ingat, tahun 2015 ni Rhys belum buat video lagi dan belum betul-betul belajar Bahasa Melayu ?

Rhys harap korang semua terhibur tengok ?

Nasi Kerabu Kuah Tumis

Seperti yang semua tahu, nasi kerabu merupakan makanan kegemaran saya. Memang tak sah kalau datang Kelantan tak singgah makan nasi kerabu. Dalam episod terakhir Mat Salleh Cari Makan Kelantan, saya sempat untuk singgah ke sebuah kedai Nasi Kerabu yang popular di sekitar Kota Bahru Kelantan.

Nasi kerabu memang digemari orang masyarakat tempatan. Kalau di episod Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur, saya sudah belajar macam mana nak buat nasi kerabu dari awal hingga akhir proses. Kali ini, saya akan belajar cara-cara untuk membuat kuah tumis nasi kerabu pula.

Memang sedap nasi kerabu di makan bersama kuah tumis, tambahan pula dengan lauk-pauk yang lain seperti kambing bakar, solok lada, jeruk bawang putih dan telur masin. Pada yang belum cuba makan nasi kerabu bersama kuah tumis, saya cadang untuk datang ke Lieniey Nasi Kerabu dan rasa sendiri kesedapan nya!

?Lokasi » Lieniey Nasi Kerabu Tumis
Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
https://goo.gl/maps/z3YWPY1wp4x5twUe7

☎ 013-9503539

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 2.00 petang