Soal Jawab bersama Rhys William

Haritu saya tanya “Ask me anything”… ada ramai orang hantar soalan, dan hari ni saya cuba jawab sebaik mungkin..

  • Macam mana Rhys mula tinggal di Malaysia?
  • Why do you like to stay in Malaysia?
  • Macam mana Rhys fasih Bahasa Melayu?
  • Apa plan jangka panjang Rhys, akan terus di Malaysia atau pulang ke England?
  • Favourite food/makanan kegemaran?
  • Makanan apa Rhys paling tak boleh telan?
  • Ada plan tak untuk Rhys buat Malaysia food travel show untuk channel TV di UK?
  • Family Rhys pernah marah tak sebab duduk Malaysia lama sangat?
  • Bila sebenarnya Rhys berkhawin?
  • Bila nak hiking semula?
  • Apa projek terbaru Rhys?
  • Dan beberapa soalan yang lain…

Tengok video kat bawah untuk jawapan-jawapan saya 🙂

Ada lagi soalan-soalan orang nak tanya kepada saya? Follow saya di Facebook dan Instagram dan komen soalan-soalan anda – saya akan cuba sekali lagi jawab… 💁‍♂

Rhys William “hilang” accent British.. biar betul?

Sebelum saya jadi “mat salleh cari makan” saya “london boy kurus jambu”🤣

Orang tanya “Rhys accent London you dah hilang ke?” Inilah buktinya… accent memang hilang dah 😅

Video dari tahun 2010 bila saya masuk dokumentari BBC masa saya tengah belajar dan kerja part-time. Masa tu saya baru umur 18 tahun…

Sekarang suara saya tak bunyi macam tu lagi kot 🤣😅

Faham tak apa saya cakap dalam video kat bawah tu?

The Fireflyz | Akan Datang..

Malaysia…England. Dua negara di mana cinta terhadap permainan bolasepak tiada tolok bandingnya

Apa terjadi bila kedua negara ini bergabung bersama?…. memperkenalkan “The Fireflyz”.

Sebuah filem yang menceritakan perjalanan dua orang guru, Cikgu Adam dan Cikgu Rhys melatih sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah pedalaman. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan berhadapan dengan pelbagai cabaran – Cikgu Adam dan Cikgu Rhys berjaya membentuk sebuah pasukan bolasepak yang dinamakan sebagai The Fireflyz.

Akan datang 2021

#Fireflyz #TheFireflyz