Ok, ni pertama kali saya buat video macam ‘vlog’, sebab dulu saya rasa malu sikit (sebenarnya malu sangat haha) nak buat video. Tapi baru2 ramai orang cakap kat saya dan cadangkan saya buat video.. Diaorang bagi inspirasi dan motivasi 😀
Harap2 korang boleh faham saya, dan maaf kalau ayat terbalik atau salah/silap ya..
Dalam vlog ni saya cakap pasal 4 sebab saya sayang Malaysia.
Sebenarnya saya ada banyak lagi sebab2 (macam lebih dari 10..) tapi tak cukup masa untuk cakap pasal semua dalam satu video je.
Saya harap korang suka video ni, dan kalau ade maklum balas atau cadangan letak komen di bawah atau mesej saya.
Akhirnya musim buah dah sampai, dan ni maksudnya boleh makan banyak durian!
Satu benda pelik dan menarik pasal malaysia ialah banyak rakyat malaysia memang suka buah durian. Mereka suka durian sangat, mereka buatkan peribahasa “Durian Runtuh” – maksud “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”. Inilah contoh berapa banyak mereka suka durian sangat , dia kata durian sama dengan untung besar. Kelakar betul tak?
TAPI bila saya baru sampai malaysia saya langsung tak faham kenapa orang sini suka buah itu. Kenapa orang heboh pasal durian lah? Buah tu bau sangat (kadang2 bau macam sampah), dan bila saya cuba rasa macam dia dah busuk lah.
Cop! Sebelum awak marah kat saya untuk menghina ‘Raja Buah’, biar saya bagitahu. Sekarang saya memang suka durian dan berikut cerita macam mana saya jadi ‘orang sayangi durian’.
Imeg dari http://adoi-means-ouch.blogspot.com/2007/12/mat-salleh.html
Sebenarnya, kalau orang barat atau ‘mat salleh’ nak suka durian, dia mesti makan tiga kali dulu. Betul! Macam ni, pertama kali dia makan dia memang tak suka (dan nak bersihkan mulut dengan sabun terus lepas makan), dan biasanya lepas ni dia tak nak cuba lagi dua kali. Kebanyakkan orang tak nak cuba lagi. Tapi dia kena cuba lagi sekali. Kali kedua sama, rasa tak baik sangat. 99% orang berhenti sekarang. Tapi orang berani cuba durian kali ketiga dan dia “dapat durian runtuh” ( “Dapat untung besar dengan tidak disangka-sangka”) dan untung itu ialah buah yang paling sedap dan enakkan. Ni menjelaskan kenapa orang putih yang tinggal kat malaysia masa yang lama suka durian, dan jarang nampak orang putih pelawat suka durian. Macam gambar di atas.
Sebab itu sekarang saya memang suka durian, dah makan 3 kali dan lepas kali ketiga makan banyak lagi. Durian ialah buah tropika saya paling suka dan makan banyak kali sebulan (kalau musim). Sebab masih musim sekarang(bila saya tulis post ni) saya kerap pergi gerai durian.
Jadi, lain kali awak nampak saya makan durian, jangan jsayan sahaja lah – cakap kat saya dan kita boleh share2 berberapa biji durian 🙂
Minggu lepas bulan Ramadhan dah sampai dan sekarang masa untuk pergi bazaar dan pasar Ramadhan untuk cari makanan.
Semalam (hari sabtu) saya nak pergi Bazaar Ramadhan dekat Masjid Jamek, dan dalam blog ni saya tulis pasal apa saya buat.
Satu tahun lepas saya pergi bazaar yang ni banyak kali, sebab saya suka beli makanan dan minuman kat bazaar ramadhan. Jadi saya fikir bazaar pertama saya pergi tahun ni, lepas bazaar ni pergi kawasan lain dan cari bazaar baru.
Satu benda saya suka pasal bulan ramadhan dan bazaar ramadhan ialah suasana kat sana. Saya tak boleh bagitahu, tapi saya suka sikap orang islam bulan ramadhan. Orang beli makanan dan tunggu untuk waktu magrib, lepas tu dia makan dengan kawan2 dan keluarga dia. Saya rasa macam ada komuniti, sebab semua orang islam buat bersama. Sebab itu saya pergi bazaar pukul 7, sebelum magrib bila orang dah sampai dan nak tunggu untuk buka puasa kat sana. Satu tahun lepas saya kat sana waktu buka puasa, dan nak buat sama tahun ni. Tapi kalau buat macam tu ada satu hal, bukan hal serius tapi sikit je – ramai orang kat sana dan kena tunggu kalau nak beli benda – dan kadang2 makanan dah habis..
Hari tu saya pergi, saya memang nak cari kuih (saya ingat kuih dari sana sedapnya), dan satu tahun lepas ada satu makcik jual banyak jenis. Kuih saya memang suka ialah seri muka.
Tapi, tahun ni makcik tu tak ada, dan saya tak nampak peniaga jual kuih – mungkin stok dia dah habis, atau dia tak jual tahun ni. Saya jalan sepanjang pasar, termasuk dua2 belah tapi masih tak jumpa kuih tu. Saya rasa bagai dihiris dengan sembilu 🙁 (sekarang saya belajar perumpamaan bahasa dan nak praktis dalam blog saya)
Tak apa la, dia masih ada banyak tempat jual makanan yang sedap. Mungkin lain kali boleh cari la. Lepas saya fikir “hmm nak makan apa hari ni?”, saya pilih roti john (saya tahu, boleh beli kat pasar biasa la, tapi saya suka dan kat bazaar ni ada orang masak roti john segar – lebih sedap la. Selain dari tu dia ada banyak pilihan, tapi banyak orang dan saya mesti pilih cepat huhu)
Bila tengah jalan balik stesen masjid jamek, ada satu budak kecil jerit kat saya “Abang nak beli otak-otak ke?”. Pertama saya fikir tak apa, sebab dah cuba otak-otak satu kali tahun lepas dan tak suka. Tapi budak tu masak otak-otak segar, dan masih panas so saya beli. (nanti bila saya makan ia sedap gila, so nasib baik saya beli haha).
Sekarang dah nak magrib dan orang siap nak makan so saya nak balik rumah, tapi saya ingat dia ada satu pasar kecil disebelah HSBC (dekat stesen masjid jamek) dan nak tengok kat sana kalau dia ade kuih. Akhirnya saya jumpa kuih tu 🙂 🙂 Lepas tu saya balik rumah untuk makan dan rasa puas hati..
Satu hari nanti saya pergi kepada bazaar ramadhan lain, kat putrajaya kot? Kalau awak ada idea atau bazaar yang sangat bagus boleh tulis kat bawah dalam komen..