Meneroka makanan tradisional British versi halal di London

Antara semua post dalam blog ni, yang paling popular ialah blog tentang London, Dan juga ramai orang mesej saya tanya saya tentang London, terutamanya tentang makanan di sana..

Tahun 2017, saya balik kampung, tapi bukan semata-mata, sebenarnya saya nak buat kajian tentang “makanan tradisional british” tapi versi halal.

Jadi, untuk orang yang ada plan nak pergi ke London, dan nak cuba rasa makanan tradisional tapi versi halal.. bolehlah tengok video siri yang di bawah ni 🙂

Fish and Chips

Fish & Chips memang terkenal sebagai makanan tradisional British. Dalam episod ini, Rhys akan membongkar rahsia di sebalik proses penyediaan hidangan terkenal ini dari ikan dan ubi kentang mentah menjadi hidangan ikonik UK.

Chippy, iaitu kedai yang menghidangkan Fish & Chips di UK boleh didapati di hampir segenap pelusuk United Kingdom. Namun hati-hati, tidak semuanya menghidangkan hidangan yang halal, kerana secara asli, bater yang digunakan dicampur dengan minuman seperti arak. Mr Fish memastikan semua makanannya dijamin halal.

Jellied Eels

Jellied Eels atau dalam Bahasa Melayu, Agar-Agar Belut merupakan makanan tradisional British yang berasal sejak abad ke-18, dan terkenal di London.

Revolusi Industri merupakan kemuncak populariti makanan ini apabila Jellied Eels menjadi makanan harian orang di London. Oleh kerana keadaan Sungai Thames yang kotor dan tercemar ketika itu, banyak spesis ikan yang tidak bertahan, kecuali belut.

Jellied Eels merupakan makanan yang mudah untuk disediakan. Belut dipotong dan dimasak dalam air dan cuka, kemudian ditambah sedikit rempah seperti buah pala dan jus lemon. Oleh kerana belut merupakan makanan yang semula jadi gelatin, belut yang dimasak mengeluarkan protein, seperti kolagen dan apabila disejukkan terhasil jeli.

Pie and Chips

Pie merupakan makanan yang sudah wujud di zaman pemerintahan Rom dan Mesir Purba. Pai tiba di England seawal abad ke-12 dan merupakan antara makanan yang paling sinonim dengan masyarakat Britain.

Walaubagaimanapun, agak sukar mencari restoran yang menghidangkan pie yang halal, kerana menjadi kebiasaan pie disediakan di pub. Rhys William​ dalam pengembaraan Mat Salleh Cari Makan​ singgah ke restoran Pie Republic​ yang menyajikan makanan Tradisional British yang dijamin Halal.

British Curry

Kari memang sinonim dengan masyarakat India, tapi tahukah anda kari sudah menjadi makanan kebangsaan United Kingdom. Selain daripada peningkatan masyarakat etnik India dan Pakistan di UK, kari merupakan makanan kegamaran Queen Victoria dan sudah mula diperkenalkan kepada rakyat UK seawal abad ke-18.

Kari di UK adalah berbeza dengan kari di India mahupun di Malaysia. Ianya telah diubah suai sesuai dengan cita rasa tempatan.

Afternoon Tea

Kalau di Malaysia kita ada sesi “mengeteh”, di UK mereka panggil Afternoon Tea!

Afternoon Tea merupakan sebahagian dari budaya United Kingdom dan menjadi amalan kebanyakan di UK, dari Istana hinggalah ke rumah-rumah rakyat biasa.

Rhys William ke Kafe Muffin Man, sebuah kafe yang terkenal di London dengan pelbagai hidangan tradisional British.

Makan Premium Seafood di ‘Nice Catch’ Pavilion..

Minggu lepas saya dijemput untuk datang sebuah restoran yang baru buka di Pavilion, Kuala Lumpur. Namanya “Nice Catch” dan konsepnya adalah “premium seafood” dengan pelbagai jenis “homemade sauces”.

Sebagai orang memang suka makan, saya pergi kedai tu dan cuba rasa makanan dia. Berikut adalah komen2 saya tentang pengalaman saya haritu.

Pertama sekali, Nice Catch terletak di Pavilion Mall, Kuala Lumpur di Level 1 (sebelah Food Court) dan fokus restoran dia adalah kepada premium makanan. Maksudnya, harga bukan murah, tetapi kualiti tinggi. Sini bukan tempat yang boleh pergi makan hari2 (kecuali kalau anda kaya raya), tapi tempat memang sesuai untuk special occasion (contoh sambut birthday, anniversary dan lain2)

Starters (makanan permulaan)

Konsep restoran Nice Catch adalah tentang makanan laut, sebab itu kebanyakan dish di menu adalah seafood (kecuali pencuci mulut) Jadi saya hanya akan tulis tentant makanan laut di blog post ni.

Saya mula dengan “Crispy Prawn Cocktail”. Udang tu besar sangat dan memang rasa fresh, tak ada rasa hanyir langsung. Yang uniknya tentang prawn cocktail ni adalah sauce dia, “Ginger Soy Sauce” Pergh pedas sangat! Lain daripada sauce prawn cocktail biasa, dan sauce tu memang bagi prawn cocktail ni “kick”.

Crispy Prawn Cocktail di Nice Catch

Selepas prawn cocktail tu saya cuba “Golden Squid & Salsa”. Sotong goreng dengan cili dan daun selasih dihidang dengan sos salsa. Sotong ni rasa lain sikit sebab dia “korean squid” dan sebab digoreng dengan daun selasih, rasanya lain daripada sotong goreng biasa. Dan juga, unik sebab makan bersama sauce “salsa” (yang rasa tomato).

Golden Squid & Salsa di Nice Catch

Main course (makanan utama)

Walaupun dah hampir kenyang daripada starters, masih ada banyak lagi saya nak cuba dari menu.

Yang pertama sekali adalah signature dish Nice Catch “Spicy Seafood Feast”. Dalam periuk ni ada macam2 jenis seafood, dengan udang, lobster, king crab dan macam2 lagi. Semua dimasak dalam homemade sauce dengan sambal dan serai. Walaupun pedas sikit, sauce tu memang kena dengan rasa seafood tu. Dan seafood tu banyak (tengok pun saiz crab dalam gambar bawah!)

Selepas tu saya makan “Crispy Battered Fish and Friends”. Lebih kurang macam fish and chips, tapi ada udang sekali (sebab itu fish and friends haha). Dish ni unik sebab ikan dia guna adalah ikan kerapu, jadi memang rasa lebih sedap dari ikan dory (yang biasanya guna dalam fish and chips). Seperti biasa, setiap dish ada homemade sauce sendiri, dan tartar sauce ni pun homemade. Tartar sauce tu ada grapefruit dalam sebagai “natural sweetner” tapi bagi saya sauce tu tak cukup manis untuk selera saya.

Crispy Battered Fish and Friends di Nice Catch

Makanan terakhir adalah “Grilled Salmon”. Perghhh sedapnya salmon ni, dan boleh kata salmon ni adalah favourite dish saya di Nice Catch. Saya cakap jujur ya, saya rasa saya tak pernah makan salmon sesedap macam ni, memang rasa fresh dan juicy. Sebab salmon ni tak frozen, dan terus airflown dari Norway ke Malaysia dua kali seminggu, memang rasa fresh. Kualiti salmon tu tinggi juga. Kalau boleh tambah lagi, memang saya dah tambah dah.

Conclusion

Saya rasa puas dan kenyang bila saya keluar dari Nice Catch. Walaupun makanan tak murah (mungkin kos satu kepala dalam rm70+) boleh kata berbaloi. Bukan selalu dapat makan seafood yang berkualiti macam ni, dan bukan selalu dapat rasa homemade sauces yang unik seperti di Nice Catch. Saya boleh cakap jujur, makanan situ “excellent”, dan yang favourite saya adalah “grilled salmon” tu (terliur saya tulis blog ni, sebab teringat rasa salmon tu haha)

Kalau anda nak pergi dan rasa sendiri, berikut adalah maklumat lanjut

Alamat: Lot 1.18.02, Pavilion KL,Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Website: http://nicecatch.my/

Instagram: https://www.instagram.com/nicecatch.my/

Facebook: https://www.facebook.com/nicecatch.my/

Percubaan saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan

Mungkin korang dah tahu, bulan Ramadan 2017 saya cuba puasa. Bukan 1 atau 2 hari tahu, saya nak puasa sepanjang bulan Ramadan.. Kenapa? Sebab orang kata, kalau nak sambut Hari Raya.. kena puasa penuh dulu 🙂

Sebenarnya saya puasa sebab saya nak belajar lebih lanjut tentang bulan Ramadan, dan kenapa orang Islam berpuasa. Saya tahu bulan puasa bukan setakat tahan lapar je, tapi ada banyak benda lain orang buat, contohnya bagi makanan dan bantuan kepada orang kurang bernasib.

Puasa saya berjaya, walaupun tinggal satu hari je 🙂 dan saya belajar banyak di bulan Ramadan ni.