“Pudding Raja Pahang”… Rhys dan Family Vlog Episode 2

Sampai hati Leo tak nak share makanan dengan bapak dia ? Sedap sangat lah tu..

Selamat datang ke lagi satu episode “Rhys dan Family Vlog”. Weekend lepas Rhys dan family merentas negeri ke Kuantan, Pahang. Misi kali ini bukan saja untuk berjalan-jalan, tapi juga untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap dan popular di Kuantan.

Walaupun hanya satu hari sahaja di Kuantan, ada macam-macam kami buat, dan ada macam-macam kami makan.

Nak tahu apa aktiviti Rhys dengan family buat? Jom tengok vlog ni..

?Senarai lokasi dalam video:

Eda Yasin Nasi Minyak Warisan

Tg Api Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

Google Map: https://goo.gl/maps/QK4sy8b2o32cchmB9

MM Dessert By MM Catering

No. 2, Gerai PKNP, Jalan Tanjung Api, Kampung Selamat, 25150 Kuantan, Pahang

Google Map: https://g.page/mmdessertbymmcatering?share

Jaman Tory Resepi

Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

Google Map: https://goo.gl/maps/yU9aCSUEcZzwcQLw7

Percubaan saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan

Mungkin korang dah tahu, bulan Ramadan 2017 saya cuba puasa. Bukan 1 atau 2 hari tahu, saya nak puasa sepanjang bulan Ramadan.. Kenapa? Sebab orang kata, kalau nak sambut Hari Raya.. kena puasa penuh dulu 🙂

Sebenarnya saya puasa sebab saya nak belajar lebih lanjut tentang bulan Ramadan, dan kenapa orang Islam berpuasa. Saya tahu bulan puasa bukan setakat tahan lapar je, tapi ada banyak benda lain orang buat, contohnya bagi makanan dan bantuan kepada orang kurang bernasib.

Puasa saya berjaya, walaupun tinggal satu hari je 🙂 dan saya belajar banyak di bulan Ramadan ni.