Blog “Mat Salleh Cari Makan” di Bernama Radio

Bulan Januari 2017 saya dijemput datang ke Bernama Radio untuk cerita sikit pasal pengalaman saya di Malaysia dan kongsi sikit pasal blog ni.

Semua interview tu dirakam melalui Facebook live, tapi panjang sangat (dah hampir sejam). Jadi saya editi sikit dan potong interview ke bahagian pasal blog saya.

Dalam video tu saya kongsi macam mana dan kenapa saya mula blog “Mat Salleh Cari Makan” ni.

Boleh tengok video tu di bawah ni

Makan angin di Kuala Lumpur… ya betul, KL!

Misi meneroka dan menjelajah Kuala Lumpur bersama Tourism Malaysia dan #AboutKL

Bila saya tanya kawan2  pasal apakah yang menarik kat KL, biasanya dia kata “Tak ada apa2 kat KL, kalau nak pergi jalan2 lagi best pergi luar KL”. Sama bila saya tanya pelancong dari luar negara pendapat pasal Kuala Lumpur, dia kata sama juga.

Sayanglah.. sebab pendapat ini memang tak betul. Sebenarnya ada banyak tempat menarik dan unik kat Kuala Lumpur. Dalam blog post hari ni saya akan kongsi pasal tempat unik dan wajib untuk dilawati bila di KL.

Saya tak nak cerita pasal tempat “biasa” untuk melancong (KLCC, Dataran Merdeka dan lain2) saya nak cerita pasal tempat unik dan sembunyi sikit (orang putih panggil tu “Hidden Treasures”).

Sebelum saya kongsi, saya nak ucapkan Terima Kasih banyak2 kepada Tourism Malaysia dan #AboutKL. Bulan Disember 2016 mereka jemput saya ke event “AboutKL 2.0” dan bawa saya dan lebih kurang 15 orang “blogger” ke tempat2 di bawah ni sepangjang 2 hari.

Makanan

Nama blog saya “Mat salleh cari makan” kan. Jadi saya mulakan blog ni dengan bahagian pasal tempat makan dan restoran. Jangan risau, semua tempat saya tulis dibawah adalah halal.

Cafe Old Market Square

Cafe ni terletak dekat dengan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek. Sebenarnya cafe ni ialah salah satu cafe paling tua di Kuala Lumpur, dan situ buka tahun 1928. Walaupun bandar Kuala Lumpur dah berubah banyak sejak 1928, cafe yang ni masih ada sama menu dan jenis makanan sama dengan zaman dulu. Bagunan pun sama, masih original (walaupun ada restoration sikit). Suasana dalam cafe ni pun seronok, sebab bila makan kat sana rasa macam “step back in time” (maaf saya tak tahu macam mana tulis ayat tu dalam BM)

Atas tu gambar dengan pelbagai jenis makanan kat sana. Yang bawah kiri ialah roti bakar dengan telur separuh masak, yang bawah kanan mee goreng.

Saya rekomen cuba makan Roti Bakar (dia bakar cara asli, bakar atas arang), Rojak (Pasembor) dan Chee Cheong Fun situ.

Sebab cafe tu dekat pusat bandar, dia hanya buka hari kerja dan tutup pukul 6 petang. Kalau boleh saya rekomen pergi sana untuk breakfast. Untuk maklumat lanjut, lawati instagram mereka di sini #CafeOldMarketSquare

 

Annalakshmi Vegetarian Restaurant

Restoran ni terletak dalam kawasan Brickfields* atau “Little India”. Biasanya orang pergi Little India kalau nak makan kat restoran “banana leaf” (daun pisang) sebab makanan tu memang gaya India, dan lagipun kebanyakan makanan tu Vegitarian.

*Korang tahu tak kenapa Brickfields ada nama macam tu? Sebenarnya nama “Brickfields” asal dari perkataan Inggeris “brick” yang maksud “batu-bata”, dan “fields” yang maksud “padang”. Pada awal 1881, bandar Kuala Lumpur ada pembakaran besar (Great Fire). Lepas tu orang suruh semua rumah dan bagunan mesti dibinakan dengan batu-bata. Kilang batu-bata tu terletak dalam kawasan Brickfields. Batu-bata tersebut dikeringkan atas padang sebelum sedia untuk dijual. Sebab itu dapat nama “Brick Fields”. Menarik kan?

Restoran Annalakshmi ni adalah unik untuk beberapa sebab. Sebab nombor satu, restoran ni tak ada menu dia operate sebagai buffet. Lagipun yang tukang masak sana tak ikut resipi dalam buku, dia ikut resepi dia sendiri atau “family recipe” dia belajar sejak zaman dulu. Sebab itu makanan sana selalu berubah dan boleh cuba makanan baru setiap kali pergi. Sebab nombor dua, restoran ni beroperasi sebagai “Social Enterprise”, 80% staff dia volunteer (sukarelawan). Mereka buat sistem “pay what you wish”. Misi dia semua orang makan puas, walaupun mungkin orang tak mampu. Inilah saya hormat. Sebab nombor tiga, mereka memang pandai makanan India, dan dia ada dua bahagian makanan, makanan dari India Utara, dan makanan dari India Selatan. Percaya atau tak, ada beza antara dua makanan tu, dan mereka kat restoran sudi ajar saya beza dan recommend cara nak makan makanan tu untuk dapat pengalaman penuh. Kalau korang dekat Brickfields, wajib cuba makan kat situ.

Yang pinggan atas ada makanan India Utara, yang bawah makanan India Selatan

Untuk maklumat lanjut, lawati website dia di sini > #annalakshmi

Ali, Muthu & Ah Hock

Cafe /Kopitiam yang ni ramai orang tak tahu, tapi dia rugi sebab tak tahu 🙂 Cafe ni “specialise” dalam makanan tradisi Kuala Lumpur, dan ada pelbagai jenis makanan. Tema dia “multicultural dan multiracial” dan dia ada makanan Melayu, Cina dan India. Sebenarnya nama dia  Ali, Muthu & Ah Hock dia pilih sebab ada nama Melayu (Ali), India (Muthu) dan Cina (Ah Hock).

Makanan semua dia buat dengan “passion”, jadi makanan tu rasa sedap sangat. Sebenarnya nasi lemak dia sudah menang anugerah (award) untuk “best nasi lemak”. Masa saya pergi sana saya cuba kuih nyonya dia (tengok gambar bawah). Pergh, lazatnya kuih dia. Karipap pun sedap dan rasa unik juga.

Sedapnya kuih ni

Kalau korang berada dekat Jalan Petaling, pergi sana dan cuba makanan dia. Mesti makan puas tahu 😛

Untuk maklumat lanjut, lawati instagram dan hastag dia di sini > #AMAH

Precious Old China

Restoran ni terletak dalam Central Market di tingkat 1. Walaupun dari luar restoran tak nampak besar sangat, dalam restoran ni luas dan penuh dengan hiasan tradisi dan cantik. Mereka pakar makanan “Straights Chinese” atau “Baba Nyonya”, jadi gaya makanan mereka lain sikit dari makanan biasa. Contoh, situ saya makan “Laksa Nyonya”, laksa ni nampak macam laksa biasa tapi cita rasa dia sangat unik dan berkrim. Lepas makan tu saya tanya perkerja sana kenapa laksa tu rasa berkrim sangat, dan dia kata sebab kebanyakan makanan nyonya guna banyak santan.

Sebab mereka suka guna santan, dia pun ada banyak jenis pencuci mulut 😀 Saya boleh rekomen Sago Melaka situ. Sebab banyak makanan situ berkrim, confirm rasa kenyang.

Gambar atas tu Sago Melaka, yang bawah Laksa Nyonya. Dua2 rasa berkrim

Untuk maklumat lanjut, lawati hastag dia di sini #preciousoldchina atau website dia sini 

Dinner In The Sky

Pernah dengar “Dinner In The Sky” tak? Sebenarnya dia campur makan dan pengalaman, sebab bila pergi situ memang makan di langit!

Situ ada satu meja makan besar dia angkat guna kren. Tapi jangan risau sebab kerusi dia ada tali pinggang, jadi tak boleh jatuh. Kalau cuaca baik dia boleh angkat meja tu sampai ketinggian 50m. Jadi boleh makan sambil tengok pemandangan KLCC dan pencakar langit Kuala Lumpur. Makanan dia pun sedap, cuma kena jaga2 pinggan tak terjatuh ke bawah haha.

A photo posted by #AboutKL (@aboutkl.my) on

Tengok gambar atas tu dan cuba bayangkan tu tergantung 50m atas tanah tu. Credit gambar AboutKL

Kalau gayat (macam saya) takpe, cuba je lah. Orang putih kata “once in a lifetime experience”. Kalau nak tengok gambar lagi dari situ, dan tahu lagi pasal Dinner In The Sky tu tengok hashtag dia dekat Instagram #ditsMalaysia

Tempat Menarik dan Seronok

Ok bahagian makanan dah habis, jadi sekarang saya nak cerita sikit pasal tempat menarik untuk lawati di Kuala Lumpur. Mungkin tempat ni korang dah pernah dengar, atau pernah pergi. Tapi kalau korang tak pernah pergi saya cadang korang cuba.

Mud – The Musical

Dua kali sehari setiap hari di Panggung Bandaraya ada satu “musical” yang menunjuk sejarah Kuala Lumpur dan bagaimana bandar Kuala Lumpur ditubuhkan.

Mereka mengajar sejarah Kuala Lumpur melalui cerita pasal 3 orang (Mamat, Meng and Muthiah) dan perjalanan dia di Kuala Lumpur. Walaupun rancangan ni tak panjang sangat, saya belajar banyak pasal sejarah dan budaya Kuala Lumpur. Musical tu pun tak bosan, sebab yang pelakon situ terlibat penonoton di audience. (apa dia buat dengan penonoton saya tak akan bagitau, sebab nanti bila korang pergi takde surprise kan haha)

Panggung Bandaraya juga ialah bagunan bersejarah, dan itu salah satu bagunan yang pertama dibinakan di Kuala Lumpur. Dia terletak di sebelah Dataran Merdeka, dan kalau korang melawat sana saya cadang pergi tengok Mud tu.

Panggung Bandaraya. Credit gambar ke mudkl.com

Untuk maklumat lanjut, lawati hastag dia di sini #MudKL atau website dia sini 

Petaling Street/Chinatown

Petaling street atau Jalan Petaling terletak dalam kawasan “Chinatown” dekat dengan Stesen LRT Pasar Seni.  Seluruh Chinatown masih ada bagunan lama dari zaman Kuala Lumpur dulu dan situ memang kira macam kawasan “heritage”.

Pasar di Jalan Petaling

Yang paling famous (dengan orang malaysia dan pelancong luar negara) ialah Pasar Jalan Petaling (Petaling Street Market). Dalam market ni kebanyakan gerai jual product murah untuk pelancong (macam beg brand palsu, baju dan lain2). Tapi, mungkin korang tak tahu dalam market ni ada gerai yang sembunyi sikit dan masih jual benda sama macam dulu (sebelum market menjadi terlalu fokus kepada pelancong). Contohnya, kat situ ada satu gerai jual susu soya, dan gerai dia masih berada di tempat sama dan guna resipi sama sejak pasar tu buka. Tengok gambar bawah ni. Dalam market pun ada orang jual makanan sama macam zaman dulu seperti apam balik, berangan bakar, ikit bakar dan lain2.

Susu soya ni tak berubah resipi sejak zaman KL dulu

Kalau korang lalu situ, pastikan korang pergi tempat ni “Sin Sze Si Ya Temple” terletak dekat Lebuh Pudu. Temple yang ini ialah temple Cina paling tua di Kuala Lumpur dan dibinakan pada tahun 1864. Sebenarnya dalam temple ni besar sangat tapi temple sembunyi sikit. Masa kitaorang pergi sana, kita ada tour guide bawak kitaorang dan dia bagitahu latar belakang temple ni dan apa maksudnya semua benda dalam temple. Kalau korang lalu Chinatown, dan terutamanya kalau korang tak pernah pergi temple Cina, cuba cari guide bawak korang pergi sana.

Dalam Sin Sze Si Ya Temple

Central Market

Central Market terletak di pinggiran Chinatown dan dekat dengan Stesen LRT Pasar Seni. Sebenarnya Central Market juga dipanggil Pasar Seni.

Central Market ialah tempat yang sangat menarik sebab bagunan situ ada sejarah dan lagi dalam bagunan dah dapat transformasi menjadi tempat seronok untuk pelancong.  Central Market dibinakan pada tahun 1888 dan asalnya adalah pasar basah utama di Kuala Lumpur. Walaupun sekarang dah berubah dan jadi pasar pelancong, bagunan tak berubah dan masih mengekalkan struktur dan design asal.

Dalamnya ada pelbagai tema untuk tunjuk semua kaum di Malaysia. Situ ada lorong Melayu, Cina dan India. Juga situ ada tempat menjual seni dan kraf dari Orang Asli. Kat belakang Central Market ada tempat tukang lukisan, dan kebanyakan orang situ sudah lama buka di situ.

Pergi sana dan jalan sekeling kawasan dalam termasuk tingkat 1, mesti seronok. Situ kadang2 buat event dan persembahan budaya. Ikuti hashtag dia #centralmarketkualalumpur untuk update pasal event dan persembahan.

Muzium Negara

Kalau korang tak pernah pergi Muzium Negara, saya suruh korang pergi secepat mungkin! 😀 Situ tempat terbaik kalau nak belajar lagi pasal sejarah dan budaya Malaysia dan Kuala Lumpur. Rasanya saya boleh tulis satu blog pasal muzium tu sahaja haha.

Tapi dalam post ni saya nak share pasal satu pameran sedang dibuka kat sana. Namanya “Pameran Wayang Kulit Nusantara: Simbolisme Di Sebalik Layar” dan dia buka sampai hujung Februari 2017.

Semua dalam pameran ni pasal latar belakang dan jenis Wayang Kulit di Malaysia dan Asia.

Wayang Kulit ialah satu aktiviti tradisi di Malaysia, mesti korang pernah dengar atau pernah tengok kan? Tapi sayanglah sebab nampak macam aktiviti ni tak diambil oleh generasi muda, dan saya takut nanti itu hilang 🙁 Sebab itu saya suka pameran ni sebab masih boleh belajar semua pasal wayang kulit. Contoh, beza anatara wayang kulit di Perlis/Kedah dan di Kelantan.

Kalau korang baca ni sebelum Februari 2017 dan korang ada di Kuala Lumpur, pergilah tengok. Kalau baca ni selepas Februari 2017 janganlah kecewa, Muzium Negara buat banyak pameran setiap tahun. Boleh tengok apa2 update dari dia di hashtag dia #jabatanmuziummalaysia 

Saya tengah tengok wayang kulit yang besar

P.S. Mungkin korang ingat baru2 ni ada orang jadi viral sebab dia buat wayang kulit watak “superhero” dan “star wars”? Kalau nak tengok dia ada wayang kulit viral tu dalam pameran tu :- )

Wayang kulit “Darth Vader” dari Star Wars

 

Hotel

Mungkin kalau korang tinggal luar di Kuala Lumpur korang nak cari hotel murah dan terbaik di KL. Masa kita buat program AboutKL ni kita tinggal di satu hotel terletak di kawasan pusat bandar KL. Nama hotel tu Avenue J Hotel dan dia baru habis bina tahun lepas. Seni bina dia seperti bagunan lama dan hotel tu terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak, tempat tepat Kuala Lumpur dimulakan.

Tak seperti hotel lain di kawasan sana, hotel ni fokus kepada bagi tetamu dia service terbaik. Bilik besar dan hiasan dia modern. Juga hotel ni terletak sebelah cafe Old Market Square saya sebut atas, jadi senang kalau duduk hotel dan nak beli breakfast.

Bilik hotel besar dan selesa. Lokasi pun terbaik

Tengoklah informasi dan gambar hotel di instagram dia #AvenueJHotel

Kesimpulan

Di atas ni adalah tempat2 saya melawati dengan program AboutKL 2.0 ni. Saya tahu Kuala Lumpur ada banyak lagi tempat menarik dan unik, dan yang tempat atas fokus kepada pusat bandar sahaja. Orang putih kata ni “tip of the iceberg” (maksudnya kita hanya cakap pasal sedikit tempat dan ada banyak lagi kita belum cakap).

Saya harap korang belajar sikit pasal tempat baru, atau korang dapat cadangan untuk tempat pergi. Tunggu nanti saya akan update lagi pasal tempat2 lain di Kuala Lumpur.

Tapi menarik kan? Jadi lepas ni korang pun cuba pergi tempat2 saya cadang atas ni. Lagi, saya rekomen korang follow #AboutKL, sebab dekat sana mereka akan bagi informasi lagi pasal tempat2 di Kuala Lumpur

Ingat Kuala Lumpur bukan hanya trafik jem sahaja, tapi Kuala Lumpur ialah destinasi seronok untuk melancong juga 🙂

#AboutKL
#DekatJe
#TourismMalaysia

Mencari “Perut Buncit” di Pulau Pinang..

Ok, nama blog saya ialah “Mat Salleh Cari Makan”, tapi dah lama sejak saya post pasal jalan2 cari makan :O.. sabar ya, post hari ni tak ada apa2 selain dari makanan 😀

Introduction

Bulan lepas saya tiba2 pergi Penang sekejap untuk jalan2 situ dan makan banyak kat situ. Ramai orang kata Penang ialah tempat “heaven” untuk orang suka makan.. termasuk orang putih pun heboh2 pasal makanan Penang.. Jadi saya pergi dan tengok.. Tapi sebab saya cuma ada satu hari kat situ, saya kena makan dan cuba semua dalam satu hari (jangan cakap abang tamak! :D) Sebab itu panggil trip ni “Misi Mencari Perut Buncit”..

Bila saya sampai kat Penang, benda yang pertama saya nak buat ialah tengok seni2 di kawasan “Heritage” kat Georgetown. Itu hanya satu benda “gaya pelancong” saya buat. Masa saya kat situ saya record video ni melalui “Facebook Live”

Breakfast

Masa saya kat Penang saya duduk dekat satu homestay di kawasan “Little India” dan tuan homestay tu bagi saya recommendation untuk satu restoran untuk makan breakfast gaya “indian”

Walaupun saya dah biasa makan roti telur, saya nak cuba roti telur kat restoran tu. Sebenarnya itu betul2 sedap, sebab dia buat roti tu fresh, jadi dia rasa “fluffy”

Yang lain ialah “Idli”. Dia sebenarnya tak rasa macam apa2 (mat salleh panggil cita rasa tu “bland”) tapi dia bagi kuah, bila makan Idli dengan kuah sekali barulah rasa sedap.

Yang satu lagi saya tak ingat nama (Update. Lepas baca komen, baru tau nama makanan tu ialah “Puri”. TQ ke yang komen 🙂 ), tapi yang lain tu sangat unik sebab dalam bentuk tu kosong macam balon. Kat restoran tu dia bagi kuah dan daal, so dengan yang “balon” tu boleh isi dengan kuah dan daal tu. Sedapnya.

Brunch

Nasi Kandar Penang

Saya rasa bersalah kalau saya pergi Penang tapi tak makan Nasi Kandar Penang. Jadi saya pergi sana untuk brunch. Sebenarnya saya ada kawan cadangkan saya cuba “Nasi Kandar Beratur” dan saya memang nak cuba situ… tapi masa sampai restoran tu dia tutup. Sebenarnya dia buka malam, tapi saya ingin nak makan nasi kandar untuk lunch.

Takpe, saya cari restoran yang lain (nasib baik banyak restoran kat Penang 😀 )  Walaupun restoran tu macam biasa nasi kandar dia sedap sangat (saya cari yang dekat je, sebab yang restoran kawan cadang tutup saya takde recommendation lain). Berbanding dengan nasi kandar saya pernah makan kat KL, serious sedap.

Bagi saya, yang benda buat itu sedap ialah cara orang situ campur kuah atas nasi. Lepas order daging dan sayur, dia letak banyak jenis kuah dari banyak jenis kari atas nasi tu. Itu yang buat nasi tu lazat. Saya rasa orang kerja sana mesti belajar apa kuah2 untuk campur, sebab saya rasa kalau saya pilih kuah untuk campur tu itu tak jadi haha.

Nasi Kandar Penang

Lunch

Nasi lemak goreng

Saya ada lagi satu kawan cadangkan saya cuba “Nasi Lemak Goreng” kat situ. Menarik tu, sebab saya suka nasi lemak dan saya pun suka nasi goreng – tapi tak pernah “combine” makanan tu. Tengok video bawah (dirakamkan melalui facebook live masa saya ada kat situ)

Inilah gambar nasi lemak goreng tu. Nampak macam nasi goreng biasa kan

Lunch 2

Hokkien Mee Soup

Satu lagi makanan dicadangkan dari kawan saya ialah “hokkien mee soup”. Saya rasa saya pernah cuba, tapi tak ingat cita rasa dia. Kali ni saya nak cuba itu lagi, tapi cara unik sikit. Kali ni saya pergi restoran “vegetarian” dan cuba kat situ. Restoran tu terletak di Gurney Plaza.

Soup tu sangat unik, sebab kuah dia rasa lain sangat. Saya tak boleh tulis pasal cita rasa dia, sebab tak pernah rasa apa2 sama macam tu. Lagipun, dalam soup tu dia letak tiga jenis mee, satu yang tebal, satu macam mee biasa dan lagi satu nipis macam bihun. Unik tapi boleh tahan. Yang benda saya tak boleh tahan ialah sambal/sos merah tu (tengok gambar bawah Pedas gila! Saya ingat saya orang boleh tahan pedas, tapi ni lain macam.. Sebab itu tak makan sambal tu 😀

Vegetarian mee soup. Yang sos merah tu pedas gila

Afternoon tea

Cendol

Setakat ni, semua saya makan ialah makanan “savoury” (savoury dalam bahasa melayu tu apa ya?) so saya rasa macam nak minum something manis. Nak cari cendol. Lagi satu, cendol ialah makanan wajib cuba di Penang, kan?

Cendol dia, simple tapi sedap

Saya jumpa satu gerai di Penang Road (Jalan Penang) dengan ramai sangat orang tengah beratur.  Bila saya tengok, rupanya ada gerai buat cendol. Pakcik tu lajunya buat cendol, sebab ramai orang tunggu. Mestila sedap kalau orang sudi beratur. Saya pun beratur.

Tak lama lagi dapat cendol tu (tengok gambar atas). Perghhhhhh sedapnya cendol tu, lain macam. Susu dia rasa segar, biji cendol pun banyak. Gula tak banyak tapi cukup. Juga ada sedikit rasa masin, bagi saya yang rasa masin tu meningkat rasa dia. Sedap beb!

Gerai tu penuh dan tak ada meja. Takpela saya makan tepi jalan je

BTW, nak tanya korang. Apa perkataan sesuai untuk cendol. Orang MAKAN cendol atau orang MINUM cendol?

 

Afternoon tea 2

Kuih di belakang Pulau

Lepas semua atas tu (ingat semua ni dalam satu hari sahaja) saya rasa saya nak pergi tempat selain dari bandar di Penang. Sebab itu saya naik kereta pergi belakang Pulau. Dekat Georgetown semua macam bandar, kalau nak cari pantai atau kampung kena pergi belakang pulau sikit.

Masa “otw” pergi belakang saya nampak satu gerai depan rumah kampung jual kuih, jadi rasa macam wajib saya berhenti kereta dan beli kuih sikit. Malangnya saya takde gambar kuih tu, sebab lepas beli kuih tu, ia terus masuk perut saya. Sorry ya 😀

Walaupun pelbagai jenis kuih (termasuk favourite saya, tak tau nama  tu tapi dia hijau) semuanya segar dan rasa fresh.

Dinner nombor 1

ABC and Laksa Penang

Sudah sampai di pantai belakang pulau dan saya rasa terkejut sangat. Takde ramai orang situ, sebab dekat bandar tu ramai orang pelancong, tapi bila sampai pantai belakang pulau tak ramai sangat. Rugi la diaorang, sebab sebenarnya Penang ada pantai2 cantik sana.

Malangnya, masa saya sampai di pantai tu tiba2 hujan 🙁 Saya tak dapat relax atas pasir tu, jadi saya duduk di satu kedai dan makan lagi 😛

Lepas ni saya buat salah. Saya order ABC (ais batu campur) dan terus makan. Tapi bila hujan dan makan ABC… tak lama lagi otak beku (brainfreeze) hahaha.. Tapi berbaloi lah sebab ABC tu sedap

Inialah ABC dia, dan punca “otak beku” saya..

ABC dah buat saya “brain freeze” jadi saya nak panaskan badan sikit. Sebab itu saya order Laksa Penang.

Kalau terus terang, saya tak beberapa suka Laksa (mohon jangan kecam ya) sebab dia rasa terlalu macam ikan. Saya cuba Laksa kali pertama 2 tahun lepas tak silap, dan sejak tu tak makan Laksa lagi. Tapi, saya kat Penang kan.. tak boleh balik KL kalau tak cuba Laksa Penang.

Sebenarnya dia OK, sebenarnya lebih dari OK. Saya suka sangat Laksa kali ni. Sebab, walaupun boleh rasa ikan dalam kuah tu, rasa tu tak terlalu kuat. Bila campur dengan bahan2 lain dan mee tu, sedap. Lepas saya habiskan tu saya rasa macam saya rugi betul 2 tahun tak makan Laksa huhu

Otak dah beku dari ABC tu, saya cuba panaskan badan dengan Laksa ni

Dinner 2

Char kway teow

Ok, sekarang saya dah rasa kenyang dan macam saya dah tambah 5kg kat berat badan saya… tapi ada lagi satu makanan saya mesti cuba sebelum pulang ke KL. Char kway teow.

Saya pernah makan kway teow goreng banyak kali. Tapi beza dengan Char kway teow dan kway teow goreng ialah cara dia masak. Kadang2 kway teow biasa macam kering sikit, tapi char kway teow saya cuba di Penang ada banyak sos, dan banyak isi juga (udang, sotong dan banyak lagi saya tak tau nama) Sos dia enak, dan mee tu rasa segar pulak. Sebab banyak sos, bila habis makan saya kena hirup sos dari pinggan saya (maaf kalau tak sopan atau tak elok)

Nampak tak, banyak sos. Enaknya

Conclusion

Kenyangnya! Saya tak boleh bayangkan saya boleh makan sebanyak tu dalam satu hari. Tapi misi sudah selesai, sebab confirm perut saya dah buncit lepas tu ?

(Kali ni saya tak dapat makan pasemboq di Penang, sebab tak jumpa hari tu. Tapi saya dah makan tu dekat Kedah – tunggu update jalan2 cari makan kat Kedah nanti 🙂 )

Satu benda saya perasan masa kat Penang. Semua makanan dari semua kedai saya cuba rasa lebih sedap sikit. Mungkin sebab Penang ada reputasi untuk “food heaven” restoran dan kedai kisah pasal makanan dia, dan usaha jaga makanan dia (pendapat saya). Mesti banyak lagi makanan dan restoran untuk cuba di Penang, dan saya harap saya boleh pergi balik ke Penang tak lama lagi dan cuba cari makanan lagi.

P.S…

Masa saya berada di Penang, situ ada “Pesta Pulau Pinang”.  Ramai kawan saya cadang saya pergi situ. Walaupun itu bukan dalam plan saya, saya singgah sekejap untuk penutup trip saya di Penang sebelum balik KL.

Inilah satu video pendek saya rakam dari “Facebook live” masa saya kat pesta tu

 

Ingat blog ini ialah blog untuk saya praktis tulis Bahasa Melayu. Harap2 korang suka blog ni, dan kalau ade cadangan untuk tingkatkan BM saya tolong letak komen di bawah. Terima Kasih