Percubaan saya berpuasa sepanjang bulan Ramadan

Mungkin korang dah tahu, bulan Ramadan 2017 saya cuba puasa. Bukan 1 atau 2 hari tahu, saya nak puasa sepanjang bulan Ramadan.. Kenapa? Sebab orang kata, kalau nak sambut Hari Raya.. kena puasa penuh dulu ­čÖé

Sebenarnya saya puasa sebab saya nak belajar lebih lanjut tentang bulan Ramadan, dan kenapa orang Islam berpuasa. Saya tahu bulan puasa bukan setakat tahan lapar je, tapi ada banyak benda lain orang buat, contohnya bagi makanan dan bantuan kepada orang kurang bernasib.

Puasa saya berjaya, walaupun tinggal satu hari je ­čÖé dan saya belajar banyak di bulan Ramadan ni.

Kalau korang nak tengok perjalanan saya, daripada hari pertama puasa sehingga saya balik kampung dan beraya, boleh tengok “vlog” saya bawah ni.

Vlog ni bukan planned atau ada skrip, saya cuma bawak camera dan rakam aktiviti harian saya sepanjang bulan puasa. Saya harap korang suka..

Nasi Kandar Penang di Petaling Jaya?

Tuudiaa Mat Salleh ni mai dahh !!

Kali ni Rhys William bawak hangpa semua pekena nasi kandaq yang legend di PJ. Nak tau awat depa kata kedai ni legend dan terbaik?

Ok, minta maaf untuk “loghat utara” saya ya, banyak lagi kena belajar┬á?

Jom tengok “Mat Salleh Cari Makan” dan saksikan macam mana Nasi Kandar dimasak . Ada tetamu istimewa tau!

Jom menyeberang Luat Cina Selatan dan merasa makanan dari Sarawak

Antara semua negeri-negeri di Malaysia, salah satu favourite saya ialah Sarawak, sebab makanan di situ terbaik. Lagipun antara semua Laksa di Malaysia, yang kegemaran saya ialah Laksa Sarawak.

Jom tengok video terbaru saya nak cari Laksa Sarawak yang rasa authentic di KL..