Disebabkan oleh kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa, Cendol merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal. Seperti yang kita tahu, Malaysia beriklim panas lembab menjadikan hidangan sejuk seperti cendol digilai ramai.
Cendol pada asalnya merupakan hidangan pencuci mulut yang berasal dari masyarakat Melayu. Tetapi di masa peti ais belum wujud, dan ais masih belum tiba di Tanah Melayu, cendol hanya dihidangkan bersama santan dan gula melaka sahaja.
Kemunculan pelabuhan besar seperti Melaka dan Pulau Pinang, serta kemasukan ais dari negara luar menjadikan Cendol hidangan seperti dikenali kini.
Di Melaka, kaum Baba Nyonya khususnya cukup terkenal dengan Cendol mereka.
5 ramuan utamanya adalah
- Cendol, Jeli Tepung Beras yang diwarnakan oleh Tepung Cendol.
- Santan, yang diambil segar dan diperah tanpa tambahan air yang banyak.
- Kacang, yang direbus sendiri.
- Ais yang dikisar halus.
- Gula Melaka yang tinggi kualiti dan tulen rasanya.
Antara semua makanan saya cuba, yang paling best bagi saya adalah Pak Malau Nasi Dagang. Nikmatnya bila makan sambil layan view sawah padi dan gunung-ganang. Terbaik boh!
Dan lagi satu yang menarik sekali adalah “Roti Canai Black Pepper”. Satu makanan menarik dan unik. Macam kebab tapi guna roti canai. Intinya kambing dan sayur. Last sekali banjir dgn kuah black pepper, sos cili dan mayonnaise. Lain macam kan… Kalau pergi Langkawi, kena datang cuba, tapi jangan lambat, cepat sold out sini..

