Saya ada jumpa port makan hidangan masak lemak dan salai di Negeri Sembilan geng! Restoran Lomak Salai ni terletak di Tampin dan kawasan sekitarnya memang selesa dan luas! Yang paling penting senang untuk parkir kenderaan korang ๐ โ Sesiapa yang tinggal berdekatan atau berkesempatan untuk ke Tampin, ini la port wajib singgah untuk korang makan!

Suasana dalaman restoran memang menarik dan mereka aplikasikan layan diri buat pelanggan yang datang ke sini. Pelanggan pun boleh memilih pelbagai menu yang mereka telah siapkan di stesen-stesen menu yang ada di sini. Selain itu, korang pun boleh saksikan hidangan yang dimasak secara langsung dekat Restoran Lomak Salai ni! Sempurna, geng! ๐


Banyak jenis menu yang ada di Restoran Masak Lomak ni geng! Korang pasti banyak pilihan untuk makan โฆ hehe! Saya ada pesan beberapa jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lomak Salai ini ๐
Hidangan utama ๐
– Masak Lomak
– Siakap Tempoyak
Ini adalah di antara makanan yang wajib korang cuba kalau mencari restoran yang sedap jika korang berada di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Berbaloi, puas hati dan dan sedap guys!

Menu 1๏ธโฃ, saya cuba menu mereka yang terkenal di Restoran Lomak Salai ini, iaitu hidangan pelbagai jenis Masak Lomak. Antara menu Masak Lomak yang saya cuba ialah Masak Lomak Udang, Masak Lomak Itik Salai dan Masak Lomak Daging Salai๐ฒ. Tekstur kuahnya sedikit pekat dan ada rasa pedas sedikit, tetapi amat sedap dan saya masih boleh bertahanโก๐๐ฝ๏ธ

Menu ke 2๏ธโฃ ini pula adalah Ikan Siakap Tempoyak๐ฅ. Mantaplah rasa dia! Ini adalah menu yang saya paling tertunggu-tunggu sebab akan ada masakan secara langsung terus ke meja makan kalau korang ada pesan menu ini! Ikan Siakap yang segar, isi padat dan sosnya pun memang serasi dengan menu ini! ๐ฏ Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati! ๐คค

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lomak Salai ini. Menunya pelbagai dan lazat pula! ๐ฒ Selain menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini! ๐๐ผRestoran Lomak Salai ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Selera Kampung di Tampin ini! ๐ซฑ๐ปโ๐ซฒ
Lokasi:
๐Lomak Salai
Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
๐ฒ Facebook: https://www.facebook.com/lomaksalaitampin/
๐ฒ Instagram: https://www.instagram.com/lomaksalai/
๐ฒ TikTok: https://www.tiktok.com/@lomaksalai