3ffyโ€™s – PORT BREAKFAST BRUNCH ALA WESTERN MANTAP !!

Hai korang! ๐Ÿ™Œ Saya baru je terjah satu lagi hidden gem di Glenmarie, Shah Alam. Nama dia 3ffy’s Restaurant, sebuah kafe yang menghidangkan menu sarapan pagi dan brunch sepanjang hari. Tapi tunggu dulu, bukan calang-calang brunch spot ni. Diorang ada latte art yang colourful dan fusion flavour Malaysia yang innovative, confirm korang akan rasa teruja! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ

3ffyโ€™s, Glenmarie Shah Alam

Masuk ke 3ffy’s ni rasa macam masuk tempat lain. Vibe dia tu memang unik dan tersendiri. Warm dan inviting, korang juga boleh tengok live barista buat masterpiece dalam latte korang โ˜•๏ธ๐ŸŽจ. Staff dia friendly dan tempat dia chill sangat. Sesuai untuk korang bersantai sambil makan makanan yang sedap sedap.ย 

Jom saya tunjuk apa saya makan!

Egg Bolognese

๐Ÿณ๐Ÿฅ“ Imagine Egg Bolognese yang classic, tapi dengan twist. Korang boleh pilih antara Chicken Toast Slice atau Beef Bacon. Macam disuruh pilih antara nak dapat sejuta ringgit cash ke cek. Either way, korang menang sebab dua dua pon pilihan yang tepat! Telur dia dimasak sampai perfect, dan sos Bolognese dia sedap gila, sampai korang akan terfikir, โ€œkalau boleh, macam nak minta resepiโ€.

Seafood Spaghetti

๐Ÿ๐Ÿฆ Menu ni macam surat cinta dari lautan.. Bukan dari Starla.. Hihi Setiap helaian spaghetti dia perfect coated dengan sos yang penuh dengan rasa seafood yang fresh. Macam menyelam dalam laut, tapi instead of berenang, korang tengah makan, dan trust me, it’s a lot more fun and less salty. Siap ada dua udang besar jadi topping atas dia. Portion pon besar!

Peanut Butter Banana Pancake

๐Ÿฅž๐ŸŒ Ni superhero pancake. Dia datang untuk selamatkan korang dari breakfast yang boring dan snacks yang tak sedap. Pancake yang fluffy, peanut butter yang creamy, dan pisang yang manis, trio yang lebih iconic dari Three Musketeers. Menu yang indulgent dan satisfying, macam tengok favourite show korang kat Netflix on a Sunday. Paling tak boleh lupa la menu ni!

Selain tu, ada banyak lagi menu item menarik macam Pizza Stack. ๐Ÿ•๐Ÿฅž Imagine pizza and pancake ada baby. Tu la Pizza Stack. Dish yang fun, quirky, dan Instagrammable. The Eggmond pun the best jugak. Macam macam la ada. Korang kena try sendiri! Serious tak tipu!ย 

3ffy’s Restaurant bukan saja kafe; dia brunch haven, latte art gallery, dan semestinya akan jadi hangout spot kegemaran korang lepas ni, semua dalam satu. Dia tempat yang food, art, dan good vibes come together untuk create dining experience yang sama fun macam rollercoaster ride ๐ŸŽข. Setiap kali datang, boleh cuba lain-lain menu menarik. So, next time korang kat Glenmari Shah Alam, make sure singgah 3ffy’s. Nanti jangan lupa ambil gambar dan tag saya! ๐Ÿ“ธ๐ŸŒˆ

Lokasi:

๐Ÿ“3ffyโ€™s

First Floor, 3, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/ThreeffysMy

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://instagram.com/threeffysmy?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

๐Ÿ“ฒ TikTok: https://www.tiktok.com/@threeffysmy?_t=8e95VfnEbB3&_r=1

PORT MASAK LOMAK SALAI PADU DI TAMPIN!

Saya ada jumpa port makan hidangan masak lemak dan salai di Negeri Sembilan geng! Restoran Lomak Salai ni terletak di Tampin dan kawasan sekitarnya memang selesa dan luas! Yang paling penting senang untuk parkir kenderaan korang ๐Ÿ˜‹ โœ… Sesiapa yang tinggal berdekatan atau berkesempatan untuk ke Tampin, ini la port wajib singgah untuk korang makan!

Lomak Salai, Tampin, Negeri Sembilan

Suasana dalaman restoran memang menarik dan mereka aplikasikan layan diri buat pelanggan yang datang ke sini. Pelanggan pun boleh memilih pelbagai menu yang mereka telah siapkan di stesen-stesen menu yang ada di sini. Selain itu, korang pun boleh saksikan hidangan yang dimasak secara langsung dekat Restoran Lomak Salai ni! Sempurna, geng! ๐Ÿ˜‹

Banyak jenis menu yang ada di Restoran Masak Lomak ni geng! Korang pasti banyak pilihan untuk makan โ€ฆ hehe! Saya ada pesan beberapa jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lomak Salai ini ๐Ÿ‘‘

Hidangan utama ๐Ÿ‘‘

– Masak Lomak

– Siakap Tempoyak

Ini adalah di antara makanan yang wajib korang cuba kalau mencari restoran yang sedap jika korang berada di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Berbaloi, puas hati dan dan sedap guys!

Masak Lomak

Menu 1๏ธโƒฃ, saya cuba menu mereka yang terkenal di Restoran Lomak Salai ini, iaitu hidangan pelbagai jenis Masak Lomak. Antara menu Masak Lomak yang saya cuba ialah Masak Lomak Udang, Masak Lomak Itik Salai dan Masak Lomak Daging Salai๐Ÿฒ. Tekstur kuahnya sedikit pekat dan ada rasa pedas sedikit, tetapi amat sedap dan saya masih boleh bertahanโšก๐Ÿ˜‹๐Ÿฝ๏ธ

Siakap Tempoyak

Menu ke 2๏ธโƒฃ ini pula adalah Ikan Siakap Tempoyak๐Ÿฅ˜. Mantaplah rasa dia! Ini adalah menu yang saya paling tertunggu-tunggu sebab akan ada masakan secara langsung terus ke meja makan kalau korang ada pesan menu ini! Ikan Siakap yang segar, isi padat dan sosnya pun memang serasi dengan menu ini! ๐Ÿ’ฏ Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati! ๐Ÿคค

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lomak Salai ini. Menunya pelbagai dan lazat pula! ๐Ÿฒ Selain menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  ๐Ÿ‘๐ŸผRestoran Lomak Salai ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Selera Kampung di Tampin ini! ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ

Lokasi:

๐Ÿ“Lomak Salai

Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/lomaksalaitampin/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/lomaksalai/

๐Ÿ“ฒ TikTok: https://www.tiktok.com/@lomaksalai

The Anderson Drive – SEAFOOD GRILL BERLAMBAK DI KL !

Hai geng cari makan! ๐Ÿš€ Saya ingatkan, semua tempat dekat KL saya dah pergi tapi baru-baru ni, saya terjumpa satu hidden gem. Cuba bayangkan ni: saya tengah kat tengah bandar, tapi rasa macam berkhemah tepi laut, dikelilingi hutan. ๐Ÿ•๏ธ Tak, saya tak gila, dan ni bukan saya tipu. Selamat datang ke The Anderson Drive! ๐ŸŒ†

The Anderson Drive, Jalan Ampang

The Anderson Drive ni bukan saja pasal makanan. Ambiance dia umpama sedut udara hutan segar… kat tengah KL! Dengan tempat duduk luar dan vibe campsite hutan marin, macam mini percutian tanpa keluar KL. Dan yang paling best? Tak ada pasir kat kasut korang! ๐Ÿ–๏ธ๐Ÿ‘Ÿ

Ha, sekarang jom cakap pasal makanan! ๐Ÿฝ๏ธ Menu The Anderson Drive ni memang impian pencinta seafood. ๐Ÿฆž๐Ÿฆ๐ŸŸ

Seafood Bucket

First off, ada Seafood Bucket. Ni bukan bucket biasa; ni macam treasure trove hasil tangkapan laut yang paling fresh, dihidangkan terus kat meja korang. Macam jumpa pot of gold kat hujung pelangi, tapi yang seafood dan dalam bucket! ๐ŸŒˆ๐Ÿ€๐Ÿฆ€ Korang boleh enjoy lepak dan grill semua ni. Tapi, kalau nak minta orang situ grillkan pun boleh.

Miang Pla with Grilled Saba Fish

Selain tu, ada Miang Pla dengan Grilled Saba Fish. Kalau korang tengah tertanya-tanya apa benda tu, jangan risau, bukan korang sorang je. Tapi percayalah, lepas korang rasa sikit hidangan Thai tradisional ni, korang akan tertanya-tanya mana benda ni selama ni! ๐Ÿ ๐Ÿƒ๐Ÿคค

Slipper Lobster Tomyam

Dan jangan lupa Slipper Lobster Tomyam. Saya tak pernah tengok lobster pakai selipar, tapi kalau pakai selipar boleh buat dia sedap macam ni, saya rasa kita boleh start brand fesyen baru! Sup ni pedas masam. Memang kena lah dengan selera saya! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿฒ๐Ÿฆž

The Anderson Drive Special Sauces

Yang paling menarik adalah The Anderson Drive Special Sauces. Ada tiga jenis sos istimewa mereka. Dengan ramuan rahsia, sos-sos dia enhance rasa makanan, buatkan rasa tu menari-nari kat lidah korang. Susah la nak lupa. ๐ŸŽฉ๐Ÿ”ฎ๐ŸŒถ๏ธ

Kesimpulannya, kalau korang tengah cari tempat makan yang lebih dari sekadar makan, singgahlah kat The Anderson Drive. Di sini syurga pencinta makanan, ada vibe healing, dan extravaganza seafood rolled into one. Just remember, tak payah bawak barang camping! ๐Ÿ•๏ธ๐Ÿšซ๐Ÿฝ๏ธ๐ŸŽ‰ hihi

Lokasi: 

๐Ÿ“The Anderson Drive Smoke & Grill

3A Jalan Anderson Drive Ampang Hilir, Off, Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/theandersondrivesmokesgrill/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/theandersondrive/