Cafe Lot. 15 (Nilai) – TEMPAT PALING MANTAP NAK LARI DARI KESIBUKAN KOTA !!

Hai semua, penggemar makanan! Hari ni, saya bawak korang jalan-jalan makan kat Nilai, dan jangan risau, tak payah banyak cakap pun dah boleh faham apa pasal Cafe Lot. 15 ni best. Mari kita terjah tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan sedap ni dengan suasana yang memikat.

Cafe Lot.15, Nilai

First impression memang penting, kan? Kalau korang datang ke Cafe Lot. 15, korang akan nampak perbezaan antara jalan lama Nilai yang sibuk dengan kafe yang tenang ni. πŸ˜„ Dari luar, kedai ni nampak biasa je, tapi bila masuk dalam, korang akan disambut dengan suasana yang sangat berbeza. Ada dekorasi aesthetic yang cantik, cahaya ngam sangat (INSTAGRAMMABLE!), dan staff yang mesra. Tempat yang sesuai untuk makan dengan tenang atau bersembang dengan kawan sambil makan makanan yang sedap sedap.

Sekarang, mari kita cakap pasal benda paling penting sekali – makanan! 🌟 Cafe Lot. 15 ada menu yang pelbagai dan sedap giler. Tengoklah gambar-gambar makanan ni:

Burger: Sappy-go & Bowl: Spicy Butter Katsu

Bayangkan gigit Burger: Sappy-go πŸ”dengan daging yang juicy, sayur segar, dan sos rahsia yang buat korang teruja. Betul-betul best, tau! Lagi satu, diorang take makanan diorang serius, di mana dia pastikan setiap hidangan mempunyai rating minimum 7/10 dalam bahagian kelezatan! Kalau korang suka pedas, Bowl: Spicy Butter Katsu πŸ› ni pilihan terbaik. Bowl ni ada katsu yang lembut dan sos butter yang pedas. Walaupun pedas, rasa dia tetap memikat selera!

Pasta Lio lio

Untuk peminat pasta, kena cuba ni. Pasta: Lio lio 🍝 ni tak kering, herby, dan memang sedap habis. Udang dekat atas dia pun fresh rasa dia! Satu lagi, sesuai sangat dengan tekak orang Nogori sebab boleh tahan β€˜podeh’! hehe Hidangan ni memang buat korang craving lagi.

Strudel, Tokeru Cheesecake & Drinks

🍰 Jangan lupa simpan ruang perut untuk pencuci mulut! Duo Strudel & Tokeru Cheesecake ni memang best gila. Strudel yang rangup bertemu dengan cheesecake yang lembut, satu gabungan yang sedap sangat. Minuman di sini juga menarik. Ini dia Strawberry Matcha, Butterbeer, Latte Panas β˜•πŸΉ Tak kira sama ada korang minum Strawberry Matcha yang menyegarkan, Butterbeer yang unik, atau Latte Panas yang ngam dengan lidah, pasti ada sesuatu untuk memuaskan dahaga korang.

Amboi.. Strudel nak sama besar dengan muka saya.. hihi

Secara ringkasnya, Cafe Lot. 15 bukan sahaja sebuah kafe; ia merupakan pengalaman yang meninggalkan kesan. Tempat yang sempurna untuk escape dari keadaan kesibukan bandar dan menikmati makanan yang superb! Kalau korang ke Nilai dan cari tempat makan, inilah tempatnya. Gambar-gambar boleh cerita banyak, tapi pengalaman Cafe Lot. 15 yang sebenar akan buat korang teruja. So, apa lagi? Ambil kamera dan sediakan perut yang kosong, terus ke kafe yang menarik ini! πŸ“ΈπŸ½οΈ

πŸ“ Cafe Lot.15

15, Jalan Besar Nilai, Pekan Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/lot15cafe/

πŸ“² Instagram: @lot.15_cafe

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@lot15cafe

Daya Izakaya – MAKANAN JEPUN & OYSTER BESAR DI SINGAPORE !!

Apa khabar, semua? πŸ™Œ Ha… Saya terjumpa tempat power ni, Daya Izakaya kat Jalan Kayu, Singapura. Rasa macam tersesat pi Tokyo pulak! πŸ—ΌβœˆοΈ Kalau korang nak rasa vibe Jepun yang ori tanpa perlu terbang naik flight 7 jam, tolong datang ke sini sebab tempat ni memang gempak!

Daya Izakaya, Jln Kayu, Singapore

Nak cerita sikit! Oyster Jepun dari Sakoshi Bay dekat sini harga dia murah gila, $1.80 seketul – lagi murah dari kopi saya pagi-pagi! 🍡 Plus, untuk yang nak cari makanan Halal, korang akan happy dengar Daya Izakaya ni Halal certified. πŸ•Œ Dan atmosphere? Cantik gila dengan deco Jepun yang ori, memang sesuai snap untuk Instagram. πŸ“Έ

Saya share apa yang saya suka dekat sini..

Kaminabe

Pertama sekali, saya try Kaminabe. Kaminabe ni dia macam sup panas Jepun yang  legend – bagi saya. Kuah dia pekat dan sedap, bahan-bahan semua blend cantik. Terus sedap perut dan tekak bila hirup panas-panas. Especially bila mood down sikit, dapat makan ni mesti rasa lega. πŸ”₯

Spicy Salmon Roll

Kedua, ini dia Spicy Salmon Roll. Sushi roll ni bukan calang-calang tau. Salmon dia fresh, pedas dia just nice – tak terlampau kuat tapi cukup kick. Setiap gigitan gabungan yang nice lah dalam mulut. 🌢️🍣

Garlic Beef

Ketiga, Garlic Beef: Daging nipis berperisa bawang putih, bakar sampai perfect. Setiap gigitan memang ada rasa bawang putih tapi tak terlampau overpower. Makan sikit je, dah nak tambah lagi. Makan sekali dengan nasi pun boleh. πŸ§„πŸ₯©

Unagi Fried Rice

Keempat, Unagi Fried Rice:Nasi goreng ni memang surprise. Unagi (belut) dia lembut je, blend ngam dengan nasi goreng wangi. Wajib cuba kalau korang suka gabungan rasa yang ngam. 🍚

Sashimi Salad

Terakhir, Sashimi Salad. Bayangkan potongan sashimi yang fresh atas sayur yang rangup, siram dengan sos Jepun yang ringan. Segar, ringan, dan perfect lepas makan makanan berat. 🌊πŸ₯— Ni saya saja order makanan sihat, tak ada la rasa bersalah makan banyak. Hehe

Okay, geng, kalau korang kat Jalan Kayu dan perut start berbunyi nak makanan Jepun yang paling layan, Daya Izakaya tempatnya. Boleh rasa la macam pi Jepun sekejap, tapi takde lah jet lag. Hihi Kalau korang nampak saya kat sana lagi (yang mana mungkin berlaku), datang la tegur! Kita gelak-gelak, makan sushi sama-sama. πŸ˜‚πŸ£πŸ₯‚ Jumpa lagi! πŸš€πŸ΄

Lokasi:

πŸ“Daya Izakaya

254 Jln Kayu, Singapore 799481

πŸ“² Website: https://dayaizakaya.com/

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/DayaIzakayaSG/

πŸ“² Instagram: https://www.instagram.com/dayaizakaya/

PORT MASAK LOMAK SALAI PADU DI TAMPIN!

Saya ada jumpa port makan hidangan masak lemak dan salai di Negeri Sembilan geng! Restoran Lomak Salai ni terletak di Tampin dan kawasan sekitarnya memang selesa dan luas! Yang paling penting senang untuk parkir kenderaan korang πŸ˜‹ βœ… Sesiapa yang tinggal berdekatan atau berkesempatan untuk ke Tampin, ini la port wajib singgah untuk korang makan!

Lomak Salai, Tampin, Negeri Sembilan

Suasana dalaman restoran memang menarik dan mereka aplikasikan layan diri buat pelanggan yang datang ke sini. Pelanggan pun boleh memilih pelbagai menu yang mereka telah siapkan di stesen-stesen menu yang ada di sini. Selain itu, korang pun boleh saksikan hidangan yang dimasak secara langsung dekat Restoran Lomak Salai ni! Sempurna, geng! πŸ˜‹

Banyak jenis menu yang ada di Restoran Masak Lomak ni geng! Korang pasti banyak pilihan untuk makan … hehe! Saya ada pesan beberapa jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lomak Salai ini πŸ‘‘

Hidangan utama πŸ‘‘

– Masak Lomak

– Siakap Tempoyak

Ini adalah di antara makanan yang wajib korang cuba kalau mencari restoran yang sedap jika korang berada di sekitar Tampin, Negeri Sembilan. Berbaloi, puas hati dan dan sedap guys!

Masak Lomak

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Restoran Lomak Salai ini, iaitu hidangan pelbagai jenis Masak Lomak. Antara menu Masak Lomak yang saya cuba ialah Masak Lomak Udang, Masak Lomak Itik Salai dan Masak Lomak Daging Salai🍲. Tekstur kuahnya sedikit pekat dan ada rasa pedas sedikit, tetapi amat sedap dan saya masih boleh bertahanβš‘πŸ˜‹πŸ½οΈ

Siakap Tempoyak

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap TempoyakπŸ₯˜. Mantaplah rasa dia! Ini adalah menu yang saya paling tertunggu-tunggu sebab akan ada masakan secara langsung terus ke meja makan kalau korang ada pesan menu ini! Ikan Siakap yang segar, isi padat dan sosnya pun memang serasi dengan menu ini! πŸ’― Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati! 🀀

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lomak Salai ini. Menunya pelbagai dan lazat pula! 🍲 Selain menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  πŸ‘πŸΌRestoran Lomak Salai ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Selera Kampung di Tampin ini! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²

Lokasi:

πŸ“Lomak Salai

Lomak Salai, Jln Seremban – Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/lomaksalaitampin/

πŸ“² Instagram: https://www.instagram.com/lomaksalai/

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@lomaksalai