The Secret Garden By Zeekri – Taman Rahsia Di Singapore

Pernah tak makan makanan modern French Cuisine dengan sentuhan Asia? 🤯 Jarang betul kita dengar sentuhan ni tapi ia ada di 📍 The Secret Garden by Zeekri. Restoran Muslim owned yang terletak di Singapura ini memang cantik, kena dengan namanya; ‘The Secret Garden’. Nak tahu apa yang Rhys makan dekat sini? Jom kita tengok… 🔥

The Secret Garden By Zeekri, Baghdad St

Dekorasi dalam dia memang lawa. Rasa tenang je bila berada di sini. ✨ Selain interior yang menyenangkan mata, mereka juga menyediakan ruangan solat untuk pelanggan. Memang vibe la kalau lepak sini. Pilihan menu mereka yang bertemakan Modern French Cuisine menaikkan selera saya. 🤩 Rasa tak sabar nak tunjuk dekat korang.

Ini bukan dapat makan je.. Tapi dapat healing sekali… 😁

Beef Bourguignon

Pertama sekali, saya makan 🔥 Beef Bourguignon juga dikenali sebagai Beef Burgundy – kiub daging lembu yang direbus dalam sup buatan sendiri, dihidangkan bersama roti bakar. Kalau korang nak tahu, daging dia tu sangat empuk tau dan kuah dia memang pekat serta cukup rasa. 💥 Bila korang makan sekali daging empuk tu dengan roti yang dia sediakan dan cicah dengan kuah dia – perghhh, sampai tertutup mata saya nikmati hidangan yang ni. 😋

French Onion Soup

Kedua, saya cuba pula 🔥 French Onion Soup – dibakar bersama mozarella untuk kesempurnaan. Terasa betul caramelized onions dan beef stock dalam soup dia. Digabungkan sekali dengan mozarella cair yang menggiurkan ni. Bayangkan cuaca sejuk, korang makan French Onion Soup ni panas-panas… 🙌🏻 Saya bayangkan semula pun jadi craving balik. 😣

TSG’s Butterbeer

Terakhir, saya minum pula 🔥 TSG’s Butterbeer. Rasa manis dan creamy butterscotch dari topping buih yang tebal tu melengkapkan dinner saya di sini. Memang refreshing! ❄️ Buih dia tebal kan? Tapi, bila korang kacau dan satukan dengan soda bawah tu, gabungannya akan lebih kick! 🤸‍♀️

Antara hidangan lain yang saya pesan

Selain apa yang saya makan tadi, saya juga berpeluang untuk rasa 🔥 Baked Brie Cheese dan 🔥 Striploin Steak. Dua-dua menu ni juga sedap! Ada banyak lagi pilihan lain yang sedap-sedap. Korang tunggu apa lagi?! Takkan tengok je gambar-gambar ni. Jom la cuba pula! 💯

Saya memang seronok dapat rasa masakan French di sini. 🤗 Salah satu pengalaman yang menarik bagi saya. Walaupun hidangan mereka setanding dengan fine dining, portion yang mereka hidangkan besar. 👍🏻 Jadi, memang puas hati.

Selain menu ala carte, mereka juga ada high tea set, weekday lunch set dan weekend brunch yang korang boleh cuba ✅ Saya recommend untuk korang datang sendiri dan rasa makanan istimewa mereka 🔊

Lokasi

📍 The Secret Garden By Zeekri
19 Baghdad St, Singapore 199658
https://goo.gl/maps/nKP5vh6JHYN2c8WJA

📲 Instagram: @thesecretgardenbyzeekri
📲 Facebook: https://www.facebook.com/thesecretgardenbyzeekri/
📲 Website: https://www.tsgbyzeekri.com/

Makan Kambing Sampai Mengembek – Kambing Perap O’Chop

Selalu saya asyik keluar rumah je cari makan. 🤭 Harini, saya nak relax je dekat rumah tapi mestilah kena makan juga kan! Nasib baik dekat dapur saya ada ✨ Kambing Perap O’Chop. Apa yang menarik dengan Kambing Perap O’Chop ni❓ Jom saya tunjuk.

Kambing Perap O’Chop (700 +/- grams)

Keistimewaan ✨ Kambing Perap O’Chop adalah ia mengandungi lebih banyak khasiat dan dijamin Halal! ✅ Bahan-bahan yang dipilih untuk produk adalah terdiri daripada gabungan bahan-bahan terbaik di mana ianya menepati citarasa rakyat Malaysia. 🙌🏻

Mereka juga hanya menggunakan kambing dan daging premium dari Australia sahaja. 💯 Dalam bungkusan ni, sos lada hitam PERCUMA 🤩 ada sekali disediakan. Lada hitam mereka tu berkualiti tinggi dari Sabah/Sarawak. 🔥

Yang paling best, nak masak Kambing Perap O’Chop ni tak lama pun.. Ambil masa 10 minit je. Mesti tak percaya kan? 😱 Tak apa, saya akan share cara-cara masak.

Kambing Perap O’Chop dinyahbeku

Cara-cara Masak:

  1. Nyahbeku daging perap O’Chop. Pastikan dah defrost sepenuhnya untuk daging dimasak dengan sebaiknya.
  2. Masak di atas Pan, Grill atau yang sesuai untuk digunakan untuk memasak daging perap O’Chop.
  3. Tunggu dan Periksa sehingga daging dimasak dengan sepenuhnya.
  4. Hidangkan daging kita dan terpulang untuk makan begitu sahaja atau makan bersama nasi dan sebagainya.

Cara memasak korang boleh juga tengok dibelakang packaging daging perap O’Chop.

Tada… siap dimasak

Hanya dekat satu paket Kambing Perap O’Chop ni, saya dapat sediakan tiga hidangan yang berbeza, malah masih ada lebih lagi kambing yang tersisa. Maknanya, memang banyak ada dalam satu paket tu. Menu yang saya buat adalah:

  1. Daging O’Chop Bersama Sos Black Pepper.
  2. Daging O’Chop Bersama Nasi Putih.
  3. Kebab Daging O’Chop

Pada pendapat saya, rasa rempah pada Kambing Perap ni memang cukup rasa dia. 👍🏻 Kalau korang nak makan macam tu je pun, memang dah kaww rasa dia. Tapi, kalau korang jenis yang suka nasi 🍚, Kambing Perap O’Chop ni mantap juga untuk jadikan lauk. Hidang dengan nasi panas-panas… Barulah layan.. 🤤

Dan, lagi satu, saya buat juga Kebab 🌯dengan Kambing Perap O’Chop ni. Memang terbaik la rasa dia. Sos black pepper dia pun sedap dan banyak portion dia. Kalau korang buat BBQ, boleh guna sos tu juga untuk cicah sekali dengan ayam atau daging. 💥

Jom jadi stokis atau ejen!

Jadi, kalau korang ada nak pergi ⛺camping atau malas nak masak dekat rumah, pastikan ✨ Kambing Perap O’Chop ada dalam stok korang. Senang je nak masak. 10 minit je dah siap! Boleh order di website mereka 📲www.ochop.my atau boleh contact melalui social media mereka.

📲 Facebook : ochopofficial
📲 Instagram: ochop_official
📲 TikTok : ochop_official

🔊 Nak jadi ejen atau stokis? Hubungi O’Chop sekarang!

Resepi Keluarga Thailand di Singapore?

Sawasdee Krab! 🙏🏻 Kali ni saya sampai di 📍 Koh Nangkam yang terletak di Jalan Kledek, Singapura. Apa yang menarik dekat sini adalah masakan mereka adalah warisan dari keluarga Hotsups – pengasas restoran ini sendiri. Jadi, kalau korang makan sini, memang dapat rasa umpama makan dekat perkampungan mereka di Koh Nangkam, Thailand. Nak tengok apa yang saya pesan? Jom. 🤗

Koh Nangkam, Jalan Kledek

Rasa masakan dia memang authentic makanan Thailand. 💯 Tak hairanlah kalau ramai yang selalu ke sini. Kalau nak datang, korang pastikan dah buat reservation tau sebab memang ramai yang selalu reserve awal sebelum datang. 📲

Saya order TIGA Family Set C untuk rasa masakan Sea Bass (Ikan Siakap) yang berlainan. 😆 Dalam set C ni, korang boleh pilih nak masak Sea Bass tu macam mana. Ada LIMA pilihan jenis masakan untuk SEA BASS 🐟; Koh Nangkam Steamed, Fried Rad Prik, Fried Pahd Ped, Fried 3flav, Steamed Lime. Dan Seabass tu juga disajikan bersama:

  • Black Pepper Beef
  • Tom Yum Clear
  • Seafood Pahd Thai
  • Hatyai Chicken
  • Mix veg
  • Mango Salad
  • Spicy Prawns
  • Rice & Drinks

Memang berbaloi untuk korang datang ramai-ramai dan makan sepuasnya. 👍🏻

Koh Nangkam Steamed Sea Bass

Untuk Family Set C yang pertama 1️⃣, saya pilih Seabass masak Koh Nangkam Steamed ✨. Sampai-sampai je, kuahnya masih menggelegak. Korang boleh nikmati dan hirup kuah dia panas-panas. Rasa kuah dia tu macam ada rasa berlemak sikit dan semestinya dari ikan tu, korang boleh rasa kesegarannya. 💥

Steamed Lime Sea Bass

Family Set C kedua 2️⃣ pula, saya pesan Steamed Lime Sea Bass ✨.. Dalam kuah tu, bergabung rasa masam lime 🍋 dan pedas cili api 🌶️. Menjadi betul gabungan tu dan memang menyengat. Ikannya pun rasa lembut dan setiap suapan tu memang halus je. Betul-betul nikmat la! 🤩

Phad Ped Fried Sea Bass

Family Set C ketiga 3️⃣ ni, saya ambil pula Phad Ped Fried Sea Bass ✨. Rasa rempah Thai yang dimasak bersama tu memang menyengat! Unik juga sebab susah untuk saya jumpa variety masakan Sea Bass sebelum ni. Memang sedaplah!🔥

Pada pendapat saya, set yang ditawarkan di sini memang jimat. 💸 🚫 Bukan sahaja korang dapat pilih bermacam jenis masakan sea bass yang segar, lauk lain yang datang bersama set tu pun memang banyak dan semuanya sedap. 🤤 Bila keluar tu, memang penuh la perut. Terbaik betul! Jadi, korang kena datang sini untuk cuba pula makan di sini, okay!

Lokasi

📍 Koh Nangkam
Jln Kledek, 4 & 6, Singapore 199621
https://goo.gl/maps/yyyyEMJsTJon8WydA

📲 Website: https://www.kohnangkam.com/
📲 Facebook: https://www.facebook.com/Kohnangkam/
📲 Instagram: @kohnangkam