Juadah Selera Kampung Rasa Premium  di Cyberjaya!

Makanan kampung rasa premium?! Baru-baru ni saya ada jumpa restoran masakan kampung yang memang padan dengan citarasa orang melayu geng! 😋 📍 Kat Kocha Lala ni pelbagai menu makanan kampung tau! Restoran dia pun dah memang cantik, ada 2 tingkat lagi 😍✅. Lepas ni kalau saya singgah Cyberjaya, memang akan rasa nak makan dekat sini lagi ✅

 Kocha Lala, Cyberjaya

Bahan-bahan masakan yang dimasak dekat Kocha Lala ni memang semuanya segar dan dimasak terus bila ada pesanan. Jadi, memang dapat rasa nikmat makan bila semua bahan segar kan? Semua menu dekat Kocha Lala ni memang padu geng sebab banyak jenis makanan yang ada! Terus rambang mata nak makan yang mana. Memang seronok kalau makan dengan keluarga dan kawan-kawan! 😋

Memang terliur bila tengok balik makanan yang saya order dekat Kocha Lala ni, saya order TIGA jenis menu yang paling kena cuba dekat Kocha Lala ni 👑

MAIN DISH👑

  • Nasi Lemak bersama Sambal Sotong
  • Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak
  • Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Banyak lagi menu lain yang ada dekat restoran ni, harga pun memang berbaloi dan puas hati sebab boleh pilih banyak jenis makan yang ada dekat sini!

Menu yang 1️⃣, saya pesan menu mereka yang wajib cuba bila singgah dekat Kocha Lala ni mestilah Nasi Lemak Sambal Sotong 🍲. Sambal sotong ni memang kaw sebab ada rasa pedas dan rasa nak tambah lagi bila makan tu⚡ Sotong yang mereka gunakan pun besar dan segar memang puas hati, akan bertambah-tambah kalau makan ni! 🦑😋🍽️

Nasi Lemak bersama Sambal Sotong

Menu yang 2️⃣ ni pula, saya cuba Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak🥘 Sejujurnya, memang puas makan ni sebab ikan pun besar dan isi padat weh! 💯 Kuah Ikan Jenahak Tempoyak ni ada rasa sedikit pedas 🔥 manis, masam dan paling penting tekstur kuah pekat sedikit dan memang kena dengan citarasa saya 🤤 Memang tak pelik lah kalau menu ni antara yang wajib cuba dekat Kocha Lala ni!

Nasi Putih bersama Ikan Jenahak Tempoyak

Untuk menu yang terakhir ni pula, saya makan Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar ✨ Tak dinafikan, bila makan menu ni dapat rasa aroma udang yang segar dan tekstur kuah pun pekat, memang layan bila makan Mee Bandung ni👌🏻 Untuk penggemar makanan Johor, Mee Bandung dekat Kocha Lala ni patut ada dalam senarai patut cuba kalau makan dekat restoran ni!🍃

Mee Bandung Muar bersama Udang Laut Segar

Akhir sekali, menu lain pun kena cuba juga terutama sekali Daging Burung Unta Masak Asam Ala Utara, pertama kali saya cuba menu ni dan memang syorkan korang untuk cuba 👍🏼 Antara menu lain yang memang saya recommend untuk cuba ialah

  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api
  • Udang Galah Goreng Kunyit
  • Rendang Ayam Pencen
  • Oreo Goreng Kocha Lala

Pada pendapat saya sendiri, semua menu yang ada di Kocha Lala ni sangat berpuas hati dengan harga dan berbaloi dengan portion makanan dekat sini 👍🏼Ini adalah antara makanan yang saya recommend dan menu yang lain juga patut cuba.🍲 Bila dapat makan makanan yang sedap dan segar, hati pun senang🥘🥗! Korang memang wajib datang untuk makan dekat Restoran Kocha Lala ni! 🫱🏻‍🫲
Lokasi:

KOCHA LALA
📍D2-03-10A TAMARIND SQUARE, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

📲 Facebook: https://www.facebook.com/kochalalakafekampung/
📲 Instagram: @kochalalacyberjaya
📲 Website: https://kochalala.com/