Maaf kalau video tak jelas sangat, saya cuba buat video ni dekat tempat tourist di London dan sebab ada ramai orang kat sana saya rasa malu sikit haha š
Baru2 saya balik kampung saya dekat London, United Kingdom. Bila saya ada di sana saya pergi jalan2 di London (sebab dah 2 tahun lebih sejak saya balik sana dan saya rindu jalan2 di Pusat Bandar London huhu)
Masa saya ada kat sana ramai kawan2 saya di Malaysia tanya saya “Apa yang best kat sana?” “Boleh bagi tips kalau nak pergi sana?” Sebab itu saya nak tulis blog ni dengan beberapa tempat saya rasa menarik di London, England. Lagi bonus di bawah saya bagi tip2 sikit kalau pergi situ š
Ingat blog ni cuma pendapat saya je, dan mungkin orang lain akan rekomen tempat lain. Sebenarnya, saya cuba tak cakap pasal tempat memang popular atau famous sangat sebab saya rasa korang dah tahu pasal tempat tu (contoh “Buckingham Palace”) Juga saya cuba termasuk sikit pasal tempat menarik, tapi bukan popular sangat (macam “off the tourist trail” sikit)
Pendapat saya tempat menarik di London, United Kindom
1) Sungai Thames, Jalan kaki di tepi sungai
Kalau korang ikut laluan ni korang boleh tengok 3 tempat menarik dalam satu perjalanan. Westminster, Big Ben dan London Eye. Tempat2 ni memang famous dan tempat mesti melawat di London, tapi mungkin korang tak tahu macam mana melawat tempat ni dan juga macam mana jalan kaki jalan yang menarik..
Naik tren ke stesen Westminster dan bila keluar stesen boleh nampak ‘Big Ben’ terus depan mata. Biasanya orang keluar station, ambil gambar dan balik. Tapi saya rekomen jalan2 sikit depan Big Ben dan boleh nampak beberapa tempat menarik, termasuk Houses of Parliment dan Westminster Abbey (tempat Prince William kahwin).
Lepas tu lintas jambutan Westminster (Westminster bridge) ke sebelah sungai lain. Bila tengah lintas jambutan boleh ambil gambar cantik Menara Big Ben dan London Eye.
Bila sampai diĀ sebelah sungai lain boleh jalan kaki kanan atau kiri (kanan tak ada apa2 menarik selain dari tempat tangkap gambar Big Ben) saya rekomen pergi kiri dan jalan kaki tepi sungai ni sebab jalan ni lalu banyak tempat menarik (Embankment, South Bank, London Eye, London Aquarium dan banyak lagi). Saya memang suka jalan kaki laluan situ sebab memang cantik dan boleh lalu beberapa tempat menarik..
2) Hyde Park
Ok saya tahu, korang mungkinĀ dah tahu pasal Hyde Park, salah satu taman paling besar di London. Biasanya bila pelawat melawat sini, diaorang masuk cepat je, tapi sebab Hyde Park besar boleh ambil banyak masa kat situ.
Saya rekomen masuk Hyde Park dari pintu pagar Kensington sebab taman dekat sini lebih cantik dan lebih aman. Juga, ingat sebab cuaca kat London tak panas sangat korang boleh jalan sekeling taman sampai puas hati sebab tak perlu risau rasa panas nanti š
Bonus kalau korang datang London musim winter, korang mesti melawat “Winter Wonderland” dekat Hyde Park. Itu macamĀ pesta ria (funfair) dan ada banyak tempat boleh makan makanan sedap dan tradisional. Kalau berani boleh buat Ice SkatingĀ kat situĀ jugak š
3) City of London (Pusat Bandar Lama)
Saya rasa jarang pelawat melawat tempat ni, sebab sebenarnya kat sana tak ada benda untuk buat (macam muzium) Tapi tempat ni memang menarik untuk jalan kaki sekeling.
Saya rekomen naik tren ke stesen “Chancery Lane” dan lepas tu jalan kaki sekeling sana. Ā Nama tempat ni City of London dan ada banyak bagunan tua dan cantik kat sana. Sebenarnya, City of London ialah tempat paling tua di London dan ada orang duduk di sana sejak tahun 47AD! Walaupun sekarang “The City” telah menjadi tempat kaya (orang panggil sana “Financial Capital of the World”) memang menarik sebab ada bagunan memang tua disebelah bagunan baru dan cantik, jadiĀ nampak berbeza sangat.
Saya suka jalan2 di situ dan jalan kaki lalu lorong sebelah bagunan. Kadang2 bila jalan kaki di lorong ni tiba2Ā sampai di bagunan cantik haha
4) Camden
Camden ialah salah satu kawasan “hipster” sikit di London (mungkin tak banyak hipster sekarang, tapi bila saya budak Camden memang famous untuk orang hipster š )
Walaupun tempat ni famous sangat, saya mesti cakap sikit pasal tempat ni dalam blog saya. Saya tak rekomen korang pergi Pasar Camden sahaja, saya rekomen korang pergi Pasar Camden dan jalan2 sikit di Bandar Camden. Terutamanya jalan di tepi sungai sana sebab ada banyak restoran dan cafe boleh lepak dan minum kopi.
Bila pergi Pasar Camden sediakan duit sikit untuk beli souvenir sebab kat situ lagi murah dari tempat2 lain di London. Juga, Pasar Camden jual banyak benda menarik tapi pelik sikit so kalau korang rasa macam “budak hipster” mungkin boleh cari hadiah menarik kat situ untuk kawan atau keluarga di Malaysia š
5) Canary Wharf dan Docklands
Inilah contoh tempat semua bagunan baru dan cantik gila. Sebenarnya sebelum tahun 1980, situ hanyaĀ pelabuhanĀ terbengkalai dan tak ada apa2 di sana. Tapi sejak 1980 kerajaan London buat program untuk membina bagunan baru dan tingkatkan kawasan sana.
Sebab itu sekarang kawasan Canary Wharf memang baru. Kalau korang suka tengok bagunan tinggi dan bercermin (macam Petronas Towers di KL) saya rekomen jalan2 sikit kat sana.
Kalau ada di docklands, korang boleh pergi ke “Stadium O2” dan naik “Emirates Airline” (kereta kabel) sebab bila tengah naikĀ kereta kabel tu boleh nampak semua bagunan cantik di docklands macam Canary Wharf.
Bonus. Kalau korang melawat London di musim winter, dekat Canaray Wharf dia ada Iceskating jugak. Kalau pergi malam memang cantik.
Tip2 saya bagi kalau korang nak jalan2 di London
- Kalau nak jimat duit sikit, jangan tinggal dekat hotel atau hostel di pusat bandar sebab dia mahal. Lebih baik kalau tinggal dekat luar sikit (tapi yang penting dekat stesen tren underground)
- Beli travelcard setiap hari nak pergi Pusat Bandar. Inilah nasihat yang penting, sebab kadang2 jadi mahal beli ticket untuk naik tren atau bas di London. Korang boleh beli “travelcard” ni dalam RM70 sahaja. Walaupun agak mahal, korang boleh guna travelcard ni untukĀ unlimited free travel (perjalanan percuma tanpa had) dalam seluruh London untuk satu hari (termasuk bas, tren, DLR [mcm monorel] dan banyak lagi) Mungkin sana ade “pas pelawat” lagi murah tapi saya tak tahu sebab asal dari sana..
- Bawak peta tren sendiri. Di London korang boleh naik tren pergi mana2 korang nak, tapi sistem tren semakinĀ kekeliruan (tengok linkĀ ni untuk muat turun peta tren London) dan kalau korang nak tengok peta diletak di dinding dalam stesen memang susah sebab sibuk dan ramai orang lain nak tengok juga. Tapi jangan rasa keliru , sebab kalau nak pergi tempat menarik korang boleh “potong” map ni untuk zon 1-2 sahaja macam ni. Kebanyakan tempat dalam zon 1 je. Saya rekomen korang bawak map zon 1-2 sendiri dan letak dalam beg sendiri.
- Kalau nak beli ticket untuk masuk tempat tourist (contoh “Madame Tussauds”) lebih baik kalau beli ticket dari officialĀ website dia. Ini sebab harga lebih murah dan tak perlu queue banyak untuk masuk. Juga saya nak cakap jangan beli ticket dari orang tepi jalan sana, sebab walupun harga nampak murah banyak kali orang ni buat scam dan curi duit je. Saya rekomen beli online pilihan yang best š
- Hati2 bila jalan di sana jangan bawak semua duit dalam satu dompet dan pastikan beg tutup, terutamanya bila naik tren atau bas. Di sana ramai orang ‘pickpocket’ dan ‘scammer’. Pencuri ni suka orang nampak macam tourist sebab biasanya tourist bawak banyak duit..
Kalau ada sesiapa baca ni dan nak bagi rekomendasi atau tip2 lain, tolong letak komen di bawah ni š Terima kasih untuk baca blog saya dan harap2 korang suka post ni..
Wah.. tips yg sangat berguna.. saya tak tahu pula tentang map zon1 dan zon 2..masa ke london tempohari ada sesat juga tersalah naik train underground…sepatut naik hijau tapi ternaik yg kuning…hahahahha… enjoy sgt bercuti di london…
Hi William,
Terima kasih atas tips yang awak berikan. Saya ada beberapa soalan nak tanya, boleh awak cadangkan pakaian, cara dan kadar sewa kereta, budget, kalau saya nak pergi ke eropah pada musim luruh? Bulan jun sampai julai nanti akan ada EURO 2016 di Paris, adakah keseluruhan harga untuk ke Eropah akan meningkat walaupun saya merancang untuk ke sana pada musim luruh?
Terima kasih William!
Hi Wana,
Boleh tanya soalan tak ada masalah š Saya rekomen kalau pergi musim luruh bawak pakaian rasa suam (warm) sebab kadang2 cuaca menjadi sejuk musim tu. Sebenarnya kalau awak dah biasa cuaca Malaysia mungkin UK rasa sejuk sangat. Tapi bawak baju sesuai kalau cuaca jadi panas jugak. Biasanya lepas bulan 9 atau bulan 10 cuaca jadi lagi sejuk, bulan 5 sampai bulan 8 cuaca panas sikit (25 degrees).
Kalau nak sewa kereta pastikan awak ada international driving license. Kalau sewa kereta kat UK mungkin awak tak boleh pandu ke Europa dengan kereta sama sebab syarikat sewa kereta tak suka orang keluar negara dengan kereta. Juga mungkin harga sewa kereta kat UK agak mahal sikit. Lebih baik kalau tengok online untuk cari syarikat sewa kereta.
Sebab musim luruh mungkin harga lagi mahal sikit (berbanding dengan musim sejuk) tapi beza tak banyak sangat. Harga sewa kereta, tiket masuk musium, makanan dan barang2 sama seluruh tahun, cuma harga hotel, tren/bas dan flight mungkin lebih mahal musim summer atau musim luruh.
Harap jawapan saya atas akan tolong awak, kalau awak ada soalan lagi awak boleh mesej saya di facebook dan saya boleh jawab kat sana š
Hi William,
Terima kasih sebab sudi jawab soalan saya.. Kalau saya ada apa-apa soalan lagi, saya akan mesej awak di facebook. Terima kasih lagi sekali š Have a good day!
Hi William
Thank you for the great tips. Saya nak tanya di Camden Town, ramai Malaysians @ Melayu tak ?
Kind Regards
Hi Ann,
Saya tak perasan kalau ada ramai Malaysians kat sana sebab setiap kali saya pergi sana ade ramai orang dari pelbagai negara. Sebenarnya last time saya di London cuma nampak 2 geng orang Malaysia, satu family dekat Tower Bridge dan lagi satu geng dalam restoran Melayu dekat Bayswatetr huhu
Hi William
Tqvm for your reply. Fyi, I want to rent somewhere where I hardly see many Malaysians. Nothing against anything…:) but otherwise I will feel I have not left Malaysia. Maybe Camden or Leicester Square would be a good location to stay? Your advise please if you don’t mind…..
Thanks again William !
Saya rasa Camden lagi murah dari Leicester Square kalau nak sewa, dan jugak sebab Leicester Square “central” sangat mungkin rasa macam “busy” sangat.
Juga saya rasa dekat dua2 tempat tu awak tak akan nampak ramai orang Malaysia, sebab sebagai saya cakap tadi saya rasa tak ada ramai orang Malaysia di London. š
Hi william,
I need some tips or advice on the easiest n cheapest way to get to swansea from heathrow airport. Tengok dekat website too much choices/info has bn given sampai confused lol!
Btw i’m a solo traveller.
Pls reply asap as my trip is in 2 weeks
Hi Rozy,
Saya cadangkan tengok kalau ada bas ke Swansea dari website ni, itu mungkin senang dan murah http://uk.megabus.com/Default.aspx (dia kata cuma GBP6) Ada lagi satu website bas tapi agak mahal sikit http://www.nationalexpress.com/home.aspx
Atau naik tren. Tengok sini untuk harga dan informasi http://ojp.nationalrail.co.uk/service/timesandfares/Heathrow/SWA/080316/0930/dep (jangan lupa ganti tarikh dengan tarikh awak pergi kalau nak harga betul2)
Lupa nak cakap tq, im so rude! Tq tq
hi william, kalu nak mintak u tolong jadi tourist guide untuk 29 April – 1 May ni boleh? :).. Lagi satu, area mana hotel murah yang berdekatan dengan London city centre? btw, sy mungkin akan pergi ke london bersama family (1 isteri, 2 anak) tq
hai š
Sorry tapi tarikh tu saya ada kat Malaysia, bukan kat UK jadi x boleh tour guide.. š
Kalau nak dapat hotel murah tengok Zon 2 di peta “london underground”, kalau dapat hotel dekat stesen “underground” senang untuk pergi city center. Cuba tengok airbnb juga, sebab kadang2 lebih murah dari hotel.
hai william,
penjelasan yang baik..cuma banyak pengulangan ayat…tapi masih boleh diperbaiki..:)
semoga terus sukses..
Hi William,
Sy bercadang nak tour Europe dengan family in 2017. Hanya dalam UK nak jalan sendiri, tempat lain ambil pakej. Tempat wajib pergi dalam UK selain London adalah Leicester dan Liverpool. Cuma saya keliru, apakah pengangkutan terbaik yang nak digunakan dalam UK, sama ada drive or public transport. Bermula dari Heathrow airport, ke manakah saya perlu pergi dulu. Harap dapat membantu. tq.
Hi,
Pendapat saya, transport yang paling senang ialah sewa kereta sebab boleh jalan2 mana2, tapi itu agak mahal. Kalau nak pergi bandar besar macam Leicester dan Liverpool boleh naik bas atau tren, kalau seorang lagi murah juga. Sy cadang beli tiket bas atau tren “in advance” lebih murah. Bila sy duduk kat Leicester (sebelum pindah ke Malaysia) sy selalu naik tren dari Leicester ke London, senang je dan cuma ambil satu jam lebih.
Hi Williams,
Info yg sangat menarik dan berguna berkenaan London. Terima kasih. Awak pernah pergi melancong ke Paris? Ye lah, dekat je kan dengan london. Kalau ada, mungkin boleh berblog tentang tips melancong di Paris pulak. Saya ada buat sedikit perancangan untuk ke London dan maybe ke Paris pada Julai 2017 nanti, tapi dari blog2 yg saya baca, in terms of safety, Paris is less safer as compared to London. Maybe you have your own opinion on this? Thanks!
Hi Shikin,
Saya pernah pergi ke Paris, tapi saya pergi “Day Trip” sahaja jadi tak ada banyak tips untuk Paris š Walaupun saya kat Paris cuma satu hari, saya rasa Paris less safe berbanding dengan London, terutamanya Metro Train Paris. Kat situ suasana tak rasa “selamat” macam kat london, dan rasa macam kena hati2 sebab ada banyak pickpocket dan lain2. Tapi itu pendapat saya sahaja..
boleh suggest transportation yang paling mudah & murah untuk ke Paris dari London
Paling murah dan paling senang naik bas je, ada banyak bas murah dari London ke Paris. Klu nak lagi senang naik “overnight bus” sebab boleh tidur dalam bas (jimat duit sebab x perlu ambil hotel malam tu) dan lagi tak buang masa (sebab bas tu buat perjalanan tgh malam)
Berapa kos “overnight bus” & berapa jam perjalanan ye?anyway thanks… good suggestion.. sebab boleh jimat masa & hotel… (“,)
Kos tu depends pada tarikh dan masa naik bas, dah lama sejak saya naik bas pergi france. Cuba tengok website ni https://uk.megabus.com/cheap-bus-travel-from-london-to-paris.aspx atau website ni http://www.nationalexpress.com/destinations/coach-travel-to-europe.aspx
lau naik bus berapa jam?
hi there Williams! untuk jalan2 kat ‘City of London’ tu kan, lagi elok pergi waktu bila ye? kalau waktu petang nak ke malam tu okay ke?
Sy rasa petang lagi best, sebab masa tu boleh “rasa” kawasan tu. Sebaba situ ramai org kerja dekat ofis, kalau pergi malam atau weekend tempat tu sunyi sikit jadi tak best.
Hi Williams..seronok baca tulisan anak mat salleh berbahasa melayu..kipidap with your bahasa..btw..saya akan travel ke UK next week pada 23/7 – 1/8. Saya sewa homestay beralamat di Westfield London, White City zone 2. Postcode W12. Boleh bg tips mcmana saya nk ke bandar london dan apa yg menarik utk saya lawati sepanjang 9 hari disana..kalau boleh email kat saya pon ok jugak : laydmasz@gmail.com
TKasih
Hi š
Kalau ada homestay dekat westfield, senang untuk naik tren atau bas pergi mana2 di bandar London. Contoh, dari Westfield boleh naik “Central Line” dari stesen “Shepherds Bush”. Central line tu pergi terus ke Central London jadi ada banyak tempat menarik dekat situ. Sebab awak ada 9 hari kat sana ada cukup masa untuk pergi semua tempat menarik dekat London, selain dari tempat saya post kat atas cuba tengok sini https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g186338-Activities-London_England.html Dari list tu awak boleh pilih apa2 awak suka (contoh kalau awak suka museum boleh pergi banyak museum, kalau awak tak suka museum tak apa tengok benda lain dalam list tu š
Sy rekomen sebab awak pergi musim panas (summer) best kalau awak lawat taman2 dekat london, sebab ada banyak taman cantik kat sana. Juga kalau berani cuba sewa “Santander Bicycle” (https://tfl.gov.uk/modes/cycling/santander-cycles) dan naik bisikal tu sekeling taman hyde park.
Semoga awak suka bandar London. Have a good time š
Hi William,
Rasanya kena recommend British Museum jugak kan? Saya tak pernah sampai London lagi, tapi saya tertarik dengan British Museum.
Hi Faiza,
Semua museum saya recommend jugak š Sebenarnya saya tak pergi British Museum sejak saya umur 10 tahun, jadi saya tak ingat berapa banyak dari situ. Tapi masa saya baru balik UK, saya pergi Natural History dan Science Museum. Dua2 tu menarik dan percuma untuk masuk, jadi saya boleh recommend. Kalau pergi London musim winter, museum best sebab dia inside š
Hi William, saya & suami akan ke London dalam minggu depan. Saya ada terbaca dalam blog awak macam mana nk beli tiket utk ke Madame Tussaud tu..tp saya xpaham macam mana nk beli..boleh awak tolong saya?
https://www.madametussauds.co.uk/london/en/tickets/
Hi Munirah,
Website dia sangat susah, saya pun tak faham.. Rasanya kalau nk beli tiket untuk Madame Tussauds sahaja beli yang nama “Standard Ticket” tu.
Kalau awak nak pergi tempate lain juga, boleh beli combo ticket atas (contoh “VISIT TWO LONDON ATTRACTIONS”) Kalau beli tiket tu boleh masuk Madame Tussauds dengan lagi satu attraction lain.
entry yang menarik.. Thanks William…. saya akan ke London penghujung bulan November ini bersama anak dan suami… Wish me luck!! :))
Hi William..
Bagus info-info awak š
Saya akan ke london january 2017. Apa beza travelcard dengan Oyster Card ? Saya tak berapa faham la. TQ
Beza travelcard dan oyster ialah travelcard awak kena bayar harga tetap (lebih kurang 12 pounds) untuk unlimited travel sepanjang hari (macam bila beli tiket train, awak kena bayar harga tiket tu) Lepas tu awak boleh guna tiket kat mana2 bas dan train dalam london.
Oyster ialah macam touch and go, awak “topup” dan setiap kali naik tren atau bas awak “touch” dan dia caj dari kad. Tapi kad Oyster tu ada “limit”, dia tak akan caj lebih dari harga travelcard dalam satu hari, lepas awak dah sampai “limit” awak masih guna Oyster tapi x kena caj lagi hari tu.
Keliru sangat kan, saya dan keluarga saya pun tak beberapa faham pasal Oyster ni š Tapi bagi saya, lebih baik ambil Oyster dan top up cukup. Sebab Oyster tu lagi cepat kalau masuk bas atau tren, juga awak boleh regiter Oyster tu so kalau hilang, awak boleh claim back duit dalam kad (tak silap saya)
Hi William, bole saya tahu samada bagus untuk kita beli London Pass utk sightseeing di London? Perlu ke kita beli London Pass utk melawat tempat2 menarik di London?
Hi Nur,
Bagi saya, kebanyakkan “sightseeing” kat London boleh buat sendiri sebab outdoors atau percuma (contoh, tengok Buckingham Palace, Big Ben, Muzium2 dan lain2) Jadi awak hanya kena bayar tiket kalau nak masuk ke attraction. Saya tak pernah beli pass untuk saya, so tak boleh recommend pass apa2… Kalau nak beli pass, saya rekomen buat research dulu online dan beli dari tempat betul2 – jangan beli dari orang tepi jalan sebab mungkin itu fake atau harga mahal.. Harap2 jawapan itu okay dan apa2 soalan lagi boleh tanya je
Hi William, suami saya ada plan nak melancong ke london december ni. Anak2 sibuk nak main snow plk… klu dlm 1st to 2nd week of december, is it the right time to go? Ada ke tempat2 lain yg best pergi masa winter ni?
Hi Nora,
Best main snow kat UK, tapi snow tak boleh janji turun. Kadang2 ada snow awal decemeber, tapi kadang2 tak. Biasanya snow turun bulan januari.. Tempat yang best pergi masa winter ialah taman2 dekat london atau countryside (kalau boleh tahan sejuk) sebab cantik jalan kaki di taman masa winter (terutamanya kalau ada snow). Lagi best kalau pergi London tengok museum dan apa2 “inside” (sebab ada heating)
Hi william
saya tiba di heatrow airport pada waktu malam kira kira jam 9.00 malam. apa transport yang baik ke rumah penginapan kami di baywater. kami semua ada 5 orang.
terimkasih
Hi Anne,
Bagi saya, yang paling best ialah London Underground. Dari Heathrow awak boleh naik tube terus ke Earls Court, lepas tu tukar line dan pergi terus ke Bayswater. Tengok map kat sini http://static.standard.co.uk/s3fs-public/thumbnails/image/2016/01/04/14/newtubemapHIRES0401.jpg
London Underground buka sampai pukul 12 malam tak silap saya.
Hi William
Saya bercadang nak bawa anak anak bercuti di London. Mereka semua nak main snow. Boleh cadangkan tak bahagian mana kt London yang ade snow. Bandar Glasgow ada snow tak.
Terima kasih
Hi Yanti,
Snow tak boleh janji huhu, orang kata Scotland mungkin ada snow lebih dari London – tapi setiap tahun cuaca berubah.. Kalau ada snow betul2, semua bandar ada, terutamanya taman..
hi william,
saya akan ke london bulan mac ni. cuaca di sana masih lg winter atau summer ye pada mac nnt? Then nak tanya lg, berapa anggaran kos dari london untuk ke paris jika naik train? saya bercadang untuk pergi balik hari sahaja. Tq.
Hi Hans,
Mac ialah satu bulan dengan cuaca pelik sikit kat UK. Saya pernah nampak snow bulan mac, dan saya pernah nampak cuaca panas boleh buat BBQ bulan mac. Tapi kebanyakan masa bulan mac sejuk sikit dan kira “spring” (antara summer dan winter).
Kalau naik tren dari london ke paris, cuba tengok sini http://www.eurostar.com/uk-en/train/france/paris . Harga selalu berubah, yang paling murah saya pernah nampak bawah Ā£100. Perjalanan tu lebih kurang 3 jam pergi sahaja, jadi bagi saya kalau awak pergi sehari mungkin tak cukup masa kat Paris nanti.
Semoga jawapan tu tolong awak. Apa2 soalan lagi, tanya je
Hai William,
Bole bagi cadangan berkenaan kenderaan yang sesuai untuk saya dari Airport Heathrow ke Bayswater – 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (umur 8 tahun ke 4 tahun) dgn 3 standard luggage dan 2 luggage kanak-kanak.
Terima Kasih
Hi Ida,
Bagi saya, yang paling senang ialah naik tren (london underground) terus dari heathrow. Tukar laluan dekat Earls Court dan naik terus ke Bayswater. Tapi kalau naik tren kena pukul luggage sendiri. Kalau naik taxi dari airport sangat mahal, sebab itu saya cadangkan tren tu.
Tengok London Underground map ni http://content.tfl.gov.uk/standard-tube-map.pdf
Hi william
Blog awak sgt best dan sgt membantu. Sy mungkin akan ke london 17 april nanti. Nak tau masa tu masih sejuk ke?. Kalau sy nak ke paris dgn menaiki bas boleh ke dan stesen mana perlu pergi dan berapa tambangnya dari london ke paris. Terima kasih william.
Hi Esma,
Berbanding dengan Malaysia, April sana memang kira sejuk š Kalau nak naik bas dari London ke Paris cuba tengok dekat “Victoria Coach Station”. Bagi saya lebih baik kalau beli ticket online sebelum naik bas.
Semoga trip awak ke UK best!
Hello William,
Very nice to baca dekat blog nie,
Saya bertolak ke London malam ni..
Harap suasana di London memberi kenangan terindah untuk kami sekeluarga.
Terima kasih kerana berbahasa Melayu! Saya begitu bangga dengan org eropah seperti kamu yang sangat down to earth dan menggambarkan betapa hebatnya didikan ibu dan ayah serta masyarakat disana.. wow mengagumkan!
boleh add saya di facebook jika sudi aainaa_6316@yahoo.com
Thanks Rhys untuk maklumat pasal London ni…
Hi rhys,ada tak travel card atau osytercard di jual kat malaysia
hii William .. terima kasih sudi share the info. Saya sudah pergi London bulan january 2017. Cuma tak puas la. Rasa nak pergi lagi..
Saya ke London menginap di Hounslow..walau jauh sikit dari Bandar tapi best sangat…perjalanan ke London naik tube sahaja..lebih menjimatkan…dan mita lebih banyak me ghafal nama nama tempat di Bandar London.
Hi William āŗļø
tq william..good sharing
Saya baru touch down london… Artikel anda sgt membantu saya.. Tapi sewa private room kat town zon 1 sebab nak elak turun naik train… Stress.. haha