Cafe Lot. 15 (Nilai) – TEMPAT PALING MANTAP NAK LARI DARI KESIBUKAN KOTA !!

Hai semua, penggemar makanan! Hari ni, saya bawak korang jalan-jalan makan kat Nilai, dan jangan risau, tak payah banyak cakap pun dah boleh faham apa pasal Cafe Lot. 15 ni best. Mari kita terjah tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan sedap ni dengan suasana yang memikat.

Cafe Lot.15, Nilai

First impression memang penting, kan? Kalau korang datang ke Cafe Lot. 15, korang akan nampak perbezaan antara jalan lama Nilai yang sibuk dengan kafe yang tenang ni. πŸ˜„ Dari luar, kedai ni nampak biasa je, tapi bila masuk dalam, korang akan disambut dengan suasana yang sangat berbeza. Ada dekorasi aesthetic yang cantik, cahaya ngam sangat (INSTAGRAMMABLE!), dan staff yang mesra. Tempat yang sesuai untuk makan dengan tenang atau bersembang dengan kawan sambil makan makanan yang sedap sedap.

Sekarang, mari kita cakap pasal benda paling penting sekali – makanan! 🌟 Cafe Lot. 15 ada menu yang pelbagai dan sedap giler. Tengoklah gambar-gambar makanan ni:

Burger: Sappy-go & Bowl: Spicy Butter Katsu

Bayangkan gigit Burger: Sappy-go πŸ”dengan daging yang juicy, sayur segar, dan sos rahsia yang buat korang teruja. Betul-betul best, tau! Lagi satu, diorang take makanan diorang serius, di mana dia pastikan setiap hidangan mempunyai rating minimum 7/10 dalam bahagian kelezatan! Kalau korang suka pedas, Bowl: Spicy Butter Katsu πŸ› ni pilihan terbaik. Bowl ni ada katsu yang lembut dan sos butter yang pedas. Walaupun pedas, rasa dia tetap memikat selera!

Pasta Lio lio

Untuk peminat pasta, kena cuba ni. Pasta: Lio lio 🍝 ni tak kering, herby, dan memang sedap habis. Udang dekat atas dia pun fresh rasa dia! Satu lagi, sesuai sangat dengan tekak orang Nogori sebab boleh tahan β€˜podeh’! hehe Hidangan ni memang buat korang craving lagi.

Strudel, Tokeru Cheesecake & Drinks

🍰 Jangan lupa simpan ruang perut untuk pencuci mulut! Duo Strudel & Tokeru Cheesecake ni memang best gila. Strudel yang rangup bertemu dengan cheesecake yang lembut, satu gabungan yang sedap sangat. Minuman di sini juga menarik. Ini dia Strawberry Matcha, Butterbeer, Latte Panas β˜•πŸΉ Tak kira sama ada korang minum Strawberry Matcha yang menyegarkan, Butterbeer yang unik, atau Latte Panas yang ngam dengan lidah, pasti ada sesuatu untuk memuaskan dahaga korang.

Amboi.. Strudel nak sama besar dengan muka saya.. hihi

Secara ringkasnya, Cafe Lot. 15 bukan sahaja sebuah kafe; ia merupakan pengalaman yang meninggalkan kesan. Tempat yang sempurna untuk escape dari keadaan kesibukan bandar dan menikmati makanan yang superb! Kalau korang ke Nilai dan cari tempat makan, inilah tempatnya. Gambar-gambar boleh cerita banyak, tapi pengalaman Cafe Lot. 15 yang sebenar akan buat korang teruja. So, apa lagi? Ambil kamera dan sediakan perut yang kosong, terus ke kafe yang menarik ini! πŸ“ΈπŸ½οΈ

πŸ“ Cafe Lot.15

15, Jalan Besar Nilai, Pekan Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/lot15cafe/

πŸ“² Instagram: @lot.15_cafe

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@lot15cafe

Tiram – SOS HIJAU TERPALING KAW DI SINGAPORE !!

Pengembaraan saya di Singapore belum tamat. πŸ™‹β€β™‚οΈ Saya terjumpa tempat makan power kat Jalan Leban, Singapura. Tiram ni, sajian makanannya ada elemen tradisional juga tapi ada vibe trendy dan elegan. Jom saya share pengalaman saya di sini! 🎒

Tiram, Jalan Leban

Masuk je Tiram, rasa macam masuk dunia lain. Mereka ada vibe tersendiri yang chic dan classy. Saya ingat saya salah masuk kedai sebab interior dia dah macam fine dining juga πŸ˜‚ Lighting dia on point dan set the mood dalam restoran. Memang saya dah terpukau sebelum duduk!

Dan jangan borak panjang, jom saya share apa yang saya makan.

Tiram Panas

Pertama sekali, Tiram Panas. Kalau nak describe dalam satu perkataan? Gempak giler! 🀯 Tengok la tu.. Macam macam ada dalam dulang ni. Memang saya jujur, ini bukan untuk makan sorang. Jadi, tolong lah korang bawak kawan-kawan untuk makan sama-sama sekali. Lagi nikmat makan ramai-ramai..

Salted Egg Chili Lobster

Peminat seafood, bersedia! Salted Egg Chilli Lobster ni memang paling menggiurkan dalam dunia lobster – power, fabulous, dan penuh perisa. πŸ¦žπŸ’ƒ Lobster dia pun fresh. Hidup lagi dekat kitchen tu sebelum dia masak

Jump Around Mocktail

Jump Around bukan sekadar mocktail; dia macam party dalam gelas! πŸŽ‰ Minum ni rasa nak… lompat sana sini! Dan mungkin menari sikit. Chill je bila dapat pekena ni.

Thai Green Chili

Ha.. Ini lah MVP kita – Thai Green Chilli dari Tiram. πŸ”₯ Pedas, masam, dan boleh beli dengan hanya SGD15/botol! Tips pro: Cuba dengan tiram segar. Memang level lain! Dan kalau korang rasa berani, bawak balik satu botol. Korang mesti tak menyesal.

Pilihan Menu yang Lain

Tak habis lagi tu! Dari Cucur Udang yang rangup sampai Tiramisu yang memikat, setiap makanan memang terbaik. 🌟 Dan mocktail Always Got Thyme? Memang sedap giler! πŸ˜‚ 

Terbeliak mata tengok macam-macam ada

Okay guys, Tiram bukan sekadar tempat makan; ia satu pengalaman juga. Dari ‘Mama’s Asam Pedas’ yang ada kisah dari generasi lama, sampai twist moden yang buat makanan tu fresh, memang ada je untuk semua orang. Eh, kalau korang singgah, guna kod promo β€œRhys Tiram” untuk 1x Thai Green Chili Percuma (Khas untuk pelanggan terawal) 🌢️ Tapi cepat, stok terhad, dan percayalah, korang tak nak terlepas!

JUMPA LAGI! Jangan lupa makan dan selalu-selalu la lapar! πŸ”πŸš€

Lokasi:

πŸ“Tiram

10 Jln Leban, Singapore 577551

πŸ“² Website: https://www.tiram-mqk.com/

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/tiram.sg/

πŸ“² Instagram: https://www.instagram.com/tiram.sg/

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@tiram.sg

Daya Izakaya – MAKANAN JEPUN & OYSTER BESAR DI SINGAPORE !!

Apa khabar, semua? πŸ™Œ Ha… Saya terjumpa tempat power ni, Daya Izakaya kat Jalan Kayu, Singapura. Rasa macam tersesat pi Tokyo pulak! πŸ—ΌβœˆοΈ Kalau korang nak rasa vibe Jepun yang ori tanpa perlu terbang naik flight 7 jam, tolong datang ke sini sebab tempat ni memang gempak!

Daya Izakaya, Jln Kayu, Singapore

Nak cerita sikit! Oyster Jepun dari Sakoshi Bay dekat sini harga dia murah gila, $1.80 seketul – lagi murah dari kopi saya pagi-pagi! 🍡 Plus, untuk yang nak cari makanan Halal, korang akan happy dengar Daya Izakaya ni Halal certified. πŸ•Œ Dan atmosphere? Cantik gila dengan deco Jepun yang ori, memang sesuai snap untuk Instagram. πŸ“Έ

Saya share apa yang saya suka dekat sini..

Kaminabe

Pertama sekali, saya try Kaminabe. Kaminabe ni dia macam sup panas Jepun yang  legend – bagi saya. Kuah dia pekat dan sedap, bahan-bahan semua blend cantik. Terus sedap perut dan tekak bila hirup panas-panas. Especially bila mood down sikit, dapat makan ni mesti rasa lega. πŸ”₯

Spicy Salmon Roll

Kedua, ini dia Spicy Salmon Roll. Sushi roll ni bukan calang-calang tau. Salmon dia fresh, pedas dia just nice – tak terlampau kuat tapi cukup kick. Setiap gigitan gabungan yang nice lah dalam mulut. 🌢️🍣

Garlic Beef

Ketiga, Garlic Beef: Daging nipis berperisa bawang putih, bakar sampai perfect. Setiap gigitan memang ada rasa bawang putih tapi tak terlampau overpower. Makan sikit je, dah nak tambah lagi. Makan sekali dengan nasi pun boleh. πŸ§„πŸ₯©

Unagi Fried Rice

Keempat, Unagi Fried Rice:Nasi goreng ni memang surprise. Unagi (belut) dia lembut je, blend ngam dengan nasi goreng wangi. Wajib cuba kalau korang suka gabungan rasa yang ngam. 🍚

Sashimi Salad

Terakhir, Sashimi Salad. Bayangkan potongan sashimi yang fresh atas sayur yang rangup, siram dengan sos Jepun yang ringan. Segar, ringan, dan perfect lepas makan makanan berat. 🌊πŸ₯— Ni saya saja order makanan sihat, tak ada la rasa bersalah makan banyak. Hehe

Okay, geng, kalau korang kat Jalan Kayu dan perut start berbunyi nak makanan Jepun yang paling layan, Daya Izakaya tempatnya. Boleh rasa la macam pi Jepun sekejap, tapi takde lah jet lag. Hihi Kalau korang nampak saya kat sana lagi (yang mana mungkin berlaku), datang la tegur! Kita gelak-gelak, makan sushi sama-sama. πŸ˜‚πŸ£πŸ₯‚ Jumpa lagi! πŸš€πŸ΄

Lokasi:

πŸ“Daya Izakaya

254 Jln Kayu, Singapore 799481

πŸ“² Website: https://dayaizakaya.com/

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/DayaIzakayaSG/

πŸ“² Instagram: https://www.instagram.com/dayaizakaya/