Ayam Penyet 3 Abdul – PORT AYAM PENYET MANTAP DI KULAI?!

Restoran Ayam Penyet 3 Abdul ni saya tertarik dengan menu-menu yang ada dekat sini! Dekat Johor pun korang boleh dapatkan Ayam Penyet tau hehe. Saya berpeluang untuk singgah ke Kulai, Johor untuk rasa sendiri makanan dari Restoran Ayam Penyet 3 Abdul ini πŸ˜‹ Dekat sini, ada pelbagai menu bakso dan penyet geng, jadi korang boleh pilih kalau singgah makan dekat sini! πŸ˜βœ…

Ayam Penyet 3 Abdul, Kulai, Johor

Hidangan yang dimasak dekat Restoran Penyet 3 Abdul  ni memang semuanya segar dan dimasak terus bila ada pesanan. Jadi, memang puas hati makan bila makanan yang kita pesan tu dihidang panas kan? Menu-menu yang ada di Restoran Penyet 3 Abdul  ni memang padu geng sebab banyak jenis makanan yang ada! Seronok kalau ajak makan dengan keluarga dan kawan-kawan! πŸ˜‹

Terliur bila tengok balik makanan yang saya pesan dan makan dekat Restoran Ayam Penyet 3 Abdul ni, saya order TIGA jenis hidangan utama  dekat restoran ni πŸ‘‘ Menu ni sesuai kalau korang nak makan tengahari memang ngam geng!

HIDANGAN UTAMA πŸ‘‘

– Nasi Ayam Penyet

– Nasi Ayam Geprek

– Bakso Beranak

Nasi Ayam Penyet

Menu yang 1️⃣, saya cuba hidangan yang terkenal dekat Restoran Penyet 3 Abdul ni iaitu Nasi Ayam PenyetπŸ—πŸš Saya dapat rasakan manis-manis pedas bila makan bersama Sambal Penyet tu sendiri! Makan pula bersama Sup dan Ayam memang kombinasi yang puas hati bila makanπŸ˜‹βš‘ Dapat makan masa tengah lapar, memang kaw geng! πŸ½οΈπŸ’―

Nasi Ayam Geprek

Menu yang 2️⃣ yang saya makan adalah Nasi Ayam Geprek πŸŒΆοΈπŸ— Tahap kepedasan Sambal Geprek ni sendiri agak pedas bagi saya tapi rasa nak bertambah bila makan hehe πŸ˜‹ Penggemar makanan pedas mesti cuba menu Nasi Ayam geprek dari Restoran Penyet 3 Abdul ni sendiri! πŸ‘πŸ»πŸ”₯

Bakso Beranak

Menu yang ketiga 3️⃣ adalah Bakso Beranak, haa ni kali pertama saya tahu mengenai nama menu ni hehe 😬 Bakso Beranak ni merupakan hidangan khas dari Indonesia tau πŸ’― Kenapa nama dia beranak? Haa sebab … terdapat bebola bakso yang kecil di dalam bakso yang besar tu 🍜 Selain Bakso Beranak ni, ada menu Bakso lain yang ada dekat restoran  ni tau geng jadi korang juga boleh pilih menu bakso yang lain untuk makan! πŸƒ

Pada pandangan peribadi saya, saya amat berpuas hati bila singgah makan di Restoran Penyet 3 Abdul ni sebab dapat pilih pelbagai jenis menu yang ada dekat sini dan berpuas hati dengan harga dan berbaloi dengan portion makanan dekat sini πŸ‘πŸΌπŸ² Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ni, saya rekomen untuk korang cuba menu hidangan lain yang terdapat di sini!  Saya syorkan restoran ni untuk sesiapa yang mencari restoran padu di sekitar Kulai, Johor πŸ‘πŸΌ  

Lokasi:

AYAM PENYET 3 ABDUL

πŸ“Restoran Ayam Penyet 3 Abdul Indahpura, 84 Jalan Kenanga 29/7 Bandar Indahpura,81000,Kulai.

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/ayampenyet3abdul/ 

πŸ“² Instagram: @ayampenyet3abdul 

πŸ“² Delivery: www.ayampenyet3abdul.com  (Area Kulai) 

πŸ“² TikTok: https://www.tiktok.com/@ayampenyet3abdul