Kita sudah melangkah masuk tahun 2025. 🎉 Bila tengok semula, 2024 adalah tahun yang penuh perubahan dalam perjalanan karier saya. Bermula perjalanan saya sebagai seorang “mat salleh” yang sukakan makanan lebih 10 tahun lalu 🍔📹 – buat blog, buat video, dan sekarang diberikan kepercayaan ramai “client” untuk menguruskan social media mereka sendiri!
MSCM Studios adalah era baru untuk saya. ✨ MSCM Studios adalah “content creation experts agency”. Kami menyediakan video yang profesional, “high quality” 🎥 dan “social media management” untuk bisnes-bisnes yang nak “reach” target market mereka di social media. 📈📱
Dalam setahun ni, kami berjaya kembangkan portfolio di mana kami bukan sahaja buat content makanan sahaja lagi. 🍴 Pelbagai industri lain kami dah bekerjasama di bawah naungan MSCM Studios:
- 🚗 Automotive
- 🎭 Entertainment
- 🌏 Tourism
- 🐜 Pest Control
- 🪵 Flooring
- 🏗️ Building
- 💄 Cosmetic
Perubahan ini menolak saya untuk melepasi limit diri saya sendiri. 💪 Macam semua tahu, industri food and beverage memang sudah sebati dengan saya. Tapi, sekarang, saya diberi peluang dan kepercayaan untuk melebarkan sayap ke industri lain. Perasaan bangga dan syukur yang tak terhingga ini tak dapat nak digambarkan. 🙏❤️
📲 Website MSCM Studios: https://mscm.my/