Buffet Ramadan Wajib Try di The Westin Desaru – Makan Sambil Lepak Tepi Pantai!

Kalau tengok dalam video bawah blog ni, muka saya bukan merah sebab makanan pedas tau, tapi sebab seharian lepak lebih pantai kat The Westin Desaru!

Saya datang sini untuk cuba “Sajian Pantai Desaru” – Buffet Ramadan 2025 di The Westin Desaru. Makan puas-puas sampai kenyang tau!

Antara apa yang saya rasa menarik di Sajian Pantai Desaru – The Westin Desaru

Roasted Beef Leg

First Time Tengok Daging Besar Gila!
Mula-mula apa yang curi perhatian saya adalah bila saya nampak carving station. Fuh, daging dia besar gila weh – first time nampak roasted beef leg macam ni. Terus rasa excited nak try semua. Chef siap potong fresh depan mata, memang menggoda nafsu makan betul!

Hirup-Hirup Corner!
Kat bahagian sup ni, ada macam-macam pilihan. Sup ekor berempah, sup tulang merah, semua ada! Panas-panas, pekat, memang ngam hirup dengan roti atau nasi panas.

Seafood On Ice

Seafood Fresh, Ketam, Lobster Semua Ada!
Ni yang paling best – seafood section. Ketam, lobster, udang, semua segar-segar. Peminat seafood memang akan suka buffet macam ni

Manisan-manisan

Dessert Melimpah Ruah!
Bahagian dessert ni confirm pening nak pilih. Ada kuih tradisional, kek moden, sampai jajan zaman kecil pun ada! Manis, lembut, semua cukup rasa!

Gula-gula Nostalgia

Nostalgia Corner
Satu lagi yang tarik perhatian saya adalah nostalgia corner ni. Ada pelbagai gula-gula dan manisan daripada zaman dahulu. Nampak exciting juga boleh makan-makan dengan childhood favourites macam ni.

Harga Berbaloi, Early Bird Sampai 25 Feb!
Kalau nak dapat harga promo Early Bird, kena book sebelum 25 Februari. Berbaloi gila untuk buffet macam ni, makanan semua berkualiti dan puas hati.

Vibe Selesa, View Cantik!
Yang penting, vibe kat sini memang chill habis. Tempat selesa, ada view pantai, sesuai nak datang dengan family atau partner. Sambil makan, boleh healing tengok laut. Memang pakej lengkap!

Kalau korang cari buffet Ramadan best kat Johor, Westin Desaru ni memang wajib masuk list. Macam-macam pilihan, makanan sedap, tempat selesa – apa lagi nak? Jangan lupa singgah sebelum terlambat!

Nak tengok video penuh saya makan-makan kat Sajian Pantai Desaru… boleh tengok sini

@si_rhys

Cepat! Boleh dapat harga EARLY BIRD sehingga 25 Feb sahaja! 🔊 Early bird (Valid Until 25th Feb): RM128 nett (Adult), RM64 nett (Child) Harga Asal: RM168 nett (Adult), RM84 nett (Child) Lokasi: The Westin Desaru Coast Resort 📍Desaru Coast, Jln Pantai 3, 81930 Bandar Penawar, Johor #MatSallehCariMakan #SentiasaLapar #FoodReview #FoodReviewer #Makan #RamadanatWestin #WestinDesaru #Sleepwell #Eatwell #Movewell #Playwell #Feelwell #DesaruCoast #MarriottBonvoy MarriottBonvoy #MakanLokal #MalaysianFood #FoodViral #Food

♬ original sound – Rhys William – Rhys William