Serunding Kg Laut Paling Sedap di Malaysia?

Siri Mat Salleh Cari Makan kini kembali dengan makanan-makanan tradisional dan unik di Kelantan.

Jelajah Mat Salleh Cari Makan Kelatan kali ini bermula di sebuah kampung yang cukup terkenal dengan perusahaan Serunding.

Saya kini berada Kampung Laut, Tumpat dan berjumpa dengan Abg Fahmi untuk belajar lebih mengenai proses pembuatan Serunding. Serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu atau ayam dan gabungan rempah ratus yang dimasak sehingga kering.

Proses membuat serunding mengambil masa yang lama dan memerlukan teknik kemahiran teknik yang khusus. Boleh bertahan sehingga 8 bulan jika dimasak dengan betul. Terdapat pelbagai jenis serunding seperti serunding ayam, daging dan ikan.

Pada bulan puasa dan hari raya, serunding menjadi salah satu makanan yang popular dan senang dijumpa. Menu serunding ini boleh dijadikan sebagai makanan tambahan dan boleh dimakan bersama nasi, pulut, lemang, roti dan sebagainya. Ia akan melengkapkan rasa untuk masakan tersebut.

?Lokasi » Fahmi Serunding Enterprise Hulu Pasar Kampung Laut 1, 16040 Tumpat Kelantan https://goo.gl/maps/VEKsJDM85VuqbBjb8

☎ 09-7257015 Order di whatsapp » 017-9323055

⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam

? Booking Hotel Perdana Kota Bharu https://www.hotelperdanakotabharu.com Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda sekarang!

Roti Terbang Asam Pedas Banjir di Melaka

Asam Pedas merupakan makanan dari suku etnik Minangkabau dan sangat terkenal di Melaka. Hidangan ini sangat ikonik sehingga menjadi makanan utama penduduk negeri Melaka. Hampir di setiap penjuru negeri bersejarah ini terdapat warung atau restoran yang menyediakan Asam Pedas.

Hari ini, saya singgah ke Ujang Asam Pedas Claypot yang terletak di Pasar Besar Batu Berendam. Gerai ini beroperasi bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi. Uniknya medan selera Pasar Besar Batu Berendam ini adalah hampir semua peniaga menjual hidangan yang sama, iaitu Asam Pedas. Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.

Dalam video ini, saya mencuba 3 jenis asam pedas, iaitu itu Tetel, Telur Ikan Mayon dan Tenggiri dan Ikan Tenggiri. Semua hidangan beserta set nasi bermula dari 8-12 ringgit.

Di samping menjamu selera, anda boleh juga melihat gelagat pembuat roti menebar roti canai terbang. Sangat menarik. yang istimewanya, anda boleh merasai roti canai beserta asam pedas. Memang sedap!

Roti Canai yang Celaru di Alor Setar

Roti Canai merupakan sarapan yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Saya kini berada di Alor Setar, Kedah untuk mencuba sejenis variasi roti canai yang dikenali sebagai Roti Doll di warung Roti Celaru, Alor Setar.

Roti doll merupakan roti canai biasa yang dibanjiri kuah dal dan sambal. Di atasnya pula ada telur goreng mata kerbau.

Gerai Roti Celaru ini memang padat dengan pengunjung dan sekiranya lewat, pesanan anda akan tiba agak lambat kerana tempahan yang sangat banyak.

Berbaloi ke menunggu hampir sejam untuk juadah ini?