That Duck Place – Itik Panggang Terpaling Juicy di Kuala Lumpur

Untuk pengetahuan semua, saya memang menggemari πŸ¦† Itik Panggang! Apa lagi bila panas-panas, kulitnya crispy je tapi isinya cukup juicy. Korang pernah makan tak itik panggang macam tu? Saya dah jumpa port baru untuk dapat itik panggang yang sedap iaitu di πŸ“ That Duck Place yang terletak di KL Eco City Mall. Jom tengok apa ada…

Bila saya pergi haritu, memang ramai orang apalagi waktu lunch. Walaupun ramai, pengurusan pelanggan mereka sangat efektif dan begitu memudahkan pelanggan. Korang hanya order di meja sahaja. Bila nombor dipanggil, baru lah pergi ambil makanan tersebut. Jadi, korang tak perlu beratur walaupun ramai orang. βœ…

Happy Hour Combo B

Best betul kalau makan ramai-ramai dekat sini sebab korang boleh dapat harga istimewa ketika Happy Hour dari 3pm ke 8pm. Kalau tak nak makan dekat sini, take-away pun boleh! Tetap dapat harga istimewa macam tu. πŸ€‘ Rasa-rasa, Rhys boleh habis tak makan set Combo B ni sorang-sorang? 😏

Crispy Roast Duck

Itu dia Itik Panggang yang saya cakap tadi! Kulitnya crispy dan dalamnya sangat juicy. 🀀 Nampak tak kuah dia tu, itu juice dari itik tu sendiri tau – bukan sup. Marvellous! πŸ’― Kalau tak minat Crispy Roast Duck pun tak apa. Korang boleh pilih dalam pilihan yang ada di bawah:

  • Crispy Roast Duck
  • Pipa Roast Duck
  • Hainanese Steamed Chicken
  • Soy Sauce Chicken
  • Crispy Roast Chicken

Ha.. Kalau ada yang kurang gemar itik, boleh la tukar ke pilihan ayam.

Hidangan lain yang termasuk dalam Combo B

Dalam Combo B ni, ada juga:

  • Sayur – Beansprout (atau) Baby Romaine Lettuce (atau) Chinese Lettuce
  • Crispy Fried Beancurd Sheets (5pcs)
  • Tofu with Fried Shallots
  • Drinks (4x)
  • Rice (4x)

Jadi, memang puas hati dan kenyang bila order combo ni. Walaupun saya cabar diri untuk makan sorang-sorang, apakan daya, saya tewas! 😫 Sebab portion dia bagi memang untuk 4 orang makan.

Mereka juga mempunyai Combo A dan Set Value Lunch serendah RM9.90 tau. βœ… Yang sukakan rasa itik panggang dan makanan hainan, korang kena cuba makanan di sini. Rasa yang puas hati dan sedap πŸ‘πŸ». Saya syorkan korang datang sendiri dan jangan lupa tebus Wonton Soup percuma dengan code: MSCM di That Duck Place! πŸ”Š

Tebus Wonton Soup Percuma dengan code: MSCM

Lokasi

πŸ“ That Duck Place
L2-23, Level 2, KL ECO City Mall,
Jalan Pantai Baharu, Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://goo.gl/maps/7Vjmn3haHRtUSbCv7

πŸ“² Instagram: @thatduckplace
πŸ“² Facebook: @thatduckplace