Resepi Keluarga Thailand di Singapore?

Sawasdee Krab! 🙏🏻 Kali ni saya sampai di 📍 Koh Nangkam yang terletak di Jalan Kledek, Singapura. Apa yang menarik dekat sini adalah masakan mereka adalah warisan dari keluarga Hotsups – pengasas restoran ini sendiri. Jadi, kalau korang makan sini, memang dapat rasa umpama makan dekat perkampungan mereka di Koh Nangkam, Thailand. Nak tengok apa yang saya pesan? Jom. 🤗

Koh Nangkam, Jalan Kledek

Rasa masakan dia memang authentic makanan Thailand. 💯 Tak hairanlah kalau ramai yang selalu ke sini. Kalau nak datang, korang pastikan dah buat reservation tau sebab memang ramai yang selalu reserve awal sebelum datang. 📲

Saya order TIGA Family Set C untuk rasa masakan Sea Bass (Ikan Siakap) yang berlainan. 😆 Dalam set C ni, korang boleh pilih nak masak Sea Bass tu macam mana. Ada LIMA pilihan jenis masakan untuk SEA BASS 🐟; Koh Nangkam Steamed, Fried Rad Prik, Fried Pahd Ped, Fried 3flav, Steamed Lime. Dan Seabass tu juga disajikan bersama:

  • Black Pepper Beef
  • Tom Yum Clear
  • Seafood Pahd Thai
  • Hatyai Chicken
  • Mix veg
  • Mango Salad
  • Spicy Prawns
  • Rice & Drinks

Memang berbaloi untuk korang datang ramai-ramai dan makan sepuasnya. 👍🏻

Koh Nangkam Steamed Sea Bass

Untuk Family Set C yang pertama 1️⃣, saya pilih Seabass masak Koh Nangkam Steamed ✨. Sampai-sampai je, kuahnya masih menggelegak. Korang boleh nikmati dan hirup kuah dia panas-panas. Rasa kuah dia tu macam ada rasa berlemak sikit dan semestinya dari ikan tu, korang boleh rasa kesegarannya. 💥

Steamed Lime Sea Bass

Family Set C kedua 2️⃣ pula, saya pesan Steamed Lime Sea Bass ✨.. Dalam kuah tu, bergabung rasa masam lime 🍋 dan pedas cili api 🌶️. Menjadi betul gabungan tu dan memang menyengat. Ikannya pun rasa lembut dan setiap suapan tu memang halus je. Betul-betul nikmat la! 🤩

Phad Ped Fried Sea Bass

Family Set C ketiga 3️⃣ ni, saya ambil pula Phad Ped Fried Sea Bass ✨. Rasa rempah Thai yang dimasak bersama tu memang menyengat! Unik juga sebab susah untuk saya jumpa variety masakan Sea Bass sebelum ni. Memang sedaplah!🔥

Pada pendapat saya, set yang ditawarkan di sini memang jimat. 💸 🚫 Bukan sahaja korang dapat pilih bermacam jenis masakan sea bass yang segar, lauk lain yang datang bersama set tu pun memang banyak dan semuanya sedap. 🤤 Bila keluar tu, memang penuh la perut. Terbaik betul! Jadi, korang kena datang sini untuk cuba pula makan di sini, okay!

Lokasi

📍 Koh Nangkam
Jln Kledek, 4 & 6, Singapore 199621
https://goo.gl/maps/yyyyEMJsTJon8WydA

📲 Website: https://www.kohnangkam.com/
📲 Facebook: https://www.facebook.com/Kohnangkam/
📲 Instagram: @kohnangkam