Saya baru balik dari Gunung Ledang daypack dan saya nak bagi nasihat untuk orang lain berminat hiking kat situ. Hati2 bila naik sebab 3 kali saya kena tipu.. ?
Yang pertama, orang kata kat situ ada “KFC” masa nak naik. Saya ingat itu restoran KFC, tapi sebenarnya KFC tu maksud “Killer For Climbers” – kawansan curam kena pacak 90 darjah untuk 30min-1jam. Gila kalau nak naik situ, sebab saya cuma nak singgah situ dan makan ayam goreng KFC tapi tiba2 kena buat rock climbing pulak.. ?
Kali kedua, lepas habis mendaki KFC tu sampai dekat tempat nama dia “Gua Kambing”. Dulu rasa tempat tu saya boleh cari kambing besar untuk Raya Haji ni tapi bila sampai situ rupanya gua sahaja – langsung tak ada kambing. Tak apa, walaupun kecewa sikit saya teruskan jalan je.. ?
Kali ketiga dan terakhir. Lepas 6 jam hiking dah rasa pewai akhirnya saya sampai kat puncak Gunung Ledang. Walaupun saya nak rehat, saya pun rasa macam nak terus jumpa Puteri Gunung Ledang tu. Orang kata dia seorang perempuan yang cantik sangat dan dia duduk atas gunung tu. Saya mula misi mencari dia, dan tengok semua puncak situ tapi tak jumpa puteri tu. Kecewa sangat dan hati saya sakit sebab memang nak jumpa puteri tu minta nombor whatsapp dia.. ?
Jadi, nasihat saya untuk orang lain nak naik Gunung Ledang ni hati2 korang tak kena tipu jugak. Ingat KFC tu bukan restoran, Gua Kambing tak ada kambing langsung dan Puteri Gunung Ledang dah pindah rumah ke gunung lain kot..
#gurauje #jangankecam ?
Hi William, I’m Khairul.. just stumbled across your page at Facebook. Just asking, at 4th paragraph, 1st row.. what is the meaning of “pewai” that you referring to? Is it (penat = tired/exhausted?) hahaa… btw your writing in Malay is awesome.. (me as well practicing to write in English).. Keep up the good work.. Terbaik bro…
Hi Khairul,
Pewai is a hiking term/slang meaning extremely tired/exhausted (terlampau penat) 😀 Thanks, hope you don’t mind me replying in English? Sebab awak tulis BI saya pun nak balas dalam BI haha
pandai buat lawak ya.. suka blogpost awak ni
Haha, byk kelakar niee. Nasihat yg bagus. Lain kali pergi ke gunung Lelang mmg mesti berhati-hati supaya x kena tipu.
Hahahahah pewai William…
Saya tak nak la panjat gunung ledang kalau macam ni kena “tipu”. Hahaha
Rhys, asal perkaraan “pewai” bukan dari hikers tapi dari askar/tentera. Dulu-dulu ramai bekas tentera/veteran jadi pemandu arah(guide) atau yang ada latar belakang yang pernah berlatih dengan veteran. So, “extreme exhausted” tu betul la “pewai” atu satu lagi kita panggil “kong”. ” fuh! Kong siul arini aku berlari!” – 2kupang saya?
takboleh go kena tipu pasal kfc
KAHHH3!
sian kat u
wek
hahaha you actually good in bahasa melayu! Semoga berjaya Will
Siapala yang pekena awak dgn gurauan hebat ni.
wah… aku pun mula-mula baca.. eh apa ni “pewai”? Rhys salah tulis ke ? or Tatabahasa baru ke yang aku tak pernah tahu sebab since berhijrah tinggal di UK , banyak ayat-ayat bahasa baru yang muncul yang aku pun tak pernah belajar sewaktu persekolahan dahulu.
Anyway.. thumbs up mate 🙂
haha…lawak demo rhys, bilo nk mari klate? kwe bawak demo jln2 sini…drp makan hingga ke puncak gunung stong, jelawang.lepak2 di atas baha camp, smbil sarapan pagi roti kaya bakar d atas baha camp view point berlatarnbelakang awan karpet nan indah terbentang d selubungi kabus pagi…perghh…nikmat alam.kalau belum cuba baik demo masukkan dlm next kalendar list of interest demo utk th 2017…nt nk datang kelate contact kawe k.