Makanan Menarik di Penang

Hi semua. Apa khabar? Rhys nak share sikit dekat mana dan apa yang Rhys makan dekat Penang haritu.

Jom lapar sama-sama tengok ni hehe

1. 📍 Restoran Kapitan, Lebuh Chulia

Rhys order Nasi Briyani Claypot Lamb, Roti Naan Garlic dan Butter Chicken. Briyani, yogurt dan rempah lamb tu memang kena rasa dia. Roti Naan ni memang sedap sangat! Cicah sekali dengan Butter Chicken Bertambah padu dan meletop

2. 📍Astaka Taman Tun Sardon

Port sarapan TERBAIK dekat sini. Banyak sangat pilihan dan ada juga yang RARE macam Kuih Serabei. Nasi Lemuni pon susah nak jumpa dekat tempat lain. Sandwich SPECIAL ni pula macam french toast tapi dalam dia ada isi yang pelbagai.

3. 📍Laksa Pokok Janggus

Siapa tak tahu laksa famous di Balik Pulau ni. Orang dari jauh sanggup datang untuk rasa. Bukan ada itu je, banyak lagi boleh order. Rhys tambah Mee udang dan Pisang Goreng yang rangup ni. Makan panas-panas lagi syok!

4. 📍Kedai Makanan Lidiana

Ini memang first time Rhys sampai. Ramai juga tau yang recommend. Ayam masak kicap dia tu memang sedap. Kuah dia pekat dan likat. Boleh tengok sendiri sampai terpantul kilat dia tu. Siapa tak tahu lagi boleh try kedai ni

senang je… mat salleh cakap melayu je terus jadi artis..

“senang je… mat salleh cakap melayu je terus jadi artis… senang betul buat duit….”


Ada juga orang persoalkan kenapa saya buat video2 dekat Malaysia dan apa purpose nya. “tak laku negara sendiri”…. “lapar perhatian”…. “nak buat duit je”… “penjajah datang balik” dan sebagainya… Sejujurnya masa mula pun tak pernah ada niat nak jadi “famous” atau jadi “artis”. Saya buat sebab saya memang suka makanan Malaysia, dan suka mempromosikan makanan Malaysia. Sampai sekarang pun saya tak anggap diri sebagai “famous” atau “artis” pun 😅


Sedar tak sedar dah lebih 5 tahun sejak video pertama saya review makanan Malaysia dikeluarkan, dan hampir 7 tahun sejak start blog “matsallehcarimakan”. Rasanya dah lebih 200 video saya pernah buat. Total views pun dah lebih 25 juta tahu 🤯


Memang saya rasa seronok nak buat. Tapi bagi saya apa yang lagi seronok adalah bila saya dapat jumpa balik dengan pemilik kedai, chef dan orang yang saya pernah buat video bersama. Ada yang dari 5 tahun lepas, ada yang dari beberapa bulan lepas. Walaupun dah lama tak jumpa, mereka masih sambut saya dengan meriah dan tangan terbuka. Macam jumpa kawan lama.


I fikir juga, siapa lah saya untuk dapat sambutan macam ni? Saya just buat video je pun. Buat video pun bukan hebat sangat tu. Tapi bila dengar mereka bercerita bahawa ada impak video tu pada perniagaan mereka, dan macam mana setelah itu bisnes berkembang maju, saya rasa sangat terharu. Ada yang kata sampai hari ni orang masih datang sebab video saya pernah buat bertahun lepas. Tak sangka ia boleh ada impak macam ni dekat orang lain. Rasa terharu sangat… rasa sebak pun ada.. 😢


Masa dapat duduk bersama dan sembang bersama adalah satu pengalaman yang sangat indah bagi saya. Dengar mereka berkongsi tentang selok-belok perjalanan perniagaan, suka-duka yang pernah mereka lalui dan pencapaian yang telah dicapai. Secara tak langsung macam dah jadi kawan dah apabila kami saling berkongsi.


Sebab ini lah saya tak pandang kalau ada yang kecam, memandang rendah atau beri komen negatif pada saya sebab saya dah nampak kesan video dan aktiviti saya di Malaysia. Dan boleh nampak sendiri apa purpose saya dan kenapa saya buat begini.


Ia akan bagi saya semangat untuk teruskan! Selagi ada rezeki di sini, saya akan masih ada di sini 🤗


Juga saya nak ucap ribuan terima kasih kepada korang semua yang baca ni dan follow dan support saya sampai ke hari ni ❤️

Pengalaman Saya Warded Covid-19

Bulan 7 tahun 2021 saya dan keluarga saya disahkan positif Covid-19 🤒

Sebab simptom sayaagak teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru2- atas nasihat Doctor saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali 🤒

Selepas 10 hari warded dalam hospital dan lagi 7 hari recover di rumah akhirnya saya survivor covid-19 🙌

Pertama sekali Rhys nak ucap berribu-ribuan terima kasih kepada semua yang komen, mesej, call dan hantar mesej dan doa pada Rhys dan keluarga. Sokongan dan kesayangan anda semua memberi saya dan keluarga saya semangat sepanjang masa ini 🙏🙏❤️❤️ Terima kasih and thank you ❤️❤️🙏🙏

Kepada semua yang bertanya soalan pasal pengalaman saya warded Covid, saya dah buat video dan cuba jawab soalan-soalan korang 🙌

  • “Macam mana Rhys kena Covid?”
  • “Apa reaction Rhys bila tahu positive covid?”
  • “Rhys kena covid stage berapa?”
  • “Simptom covid yang dialami?”
  • “Persiapan mental yang Rhys buat bila disahkan positif covid-19”
  • “Terlintas tak pasal kematian dalam fikiran?”
  • “Rhys dah vaksin ke?”
  • Dan macam-macam soalan lagi…

Tengok video kat bawah untuk jawapan-jawapan saya 🙏

p.s. Saya nak minta maaf kalau nampak agak penat dalam video ni. Jujur cakap saya masih belum sembuh sepenuhnya dan masih ada masalah penafasan sikit 🙏