TIGAfolks & Co. – Syurga Daging Untuk Rakyat Singapura

Semasa di Singapore haritu, ada hari saya dan team penat nak keluar. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Jadi, saya pon order makanan untuk saya makan ramai-ramai dengan team. Saya pernah dengar yang ๐Ÿ“ TIGAfolks & Co ni dapat bawa kualiti makanan seperti di restoran ke rumah anda! Sampai-sampai je makanan, aroma dia dah buat saya teruja. Apa yang saya order kali ni. Jom tengok! ๐Ÿ”Š

TIGAfolks & Co. – The Food Event Company

Yes! The food event company! ๐Ÿ’ฅWalaupun hanya order dari rumah, tapi meal experience dengan TIGAfolks & Co. sangat menakjubkan. Melebihi jangkaan saya! ๐Ÿคฉ

Beef Wellington

Itu dia.. Selalu kalau nak makan ๐Ÿ”ฅ Beef Wellington ๐Ÿ–, kita order akan dapat satu slice je kan? Haโ€ฆ Yang ni saya dapat satu loaf ๐Ÿฅ– tau! Haaโ€ฆ Puas hati betul saya dan team makan. Walaupun delivery, daging tu tetap juicy dan tender. Cair dalam mulut! ๐Ÿ˜‹Puff pastry tu pun crispy jugak. Ishโ€ฆ Gambar ni buat saya rasa nak ke Singapore dan order lagi. ๐Ÿ˜ฃ

Lamb Shank

๐Ÿ”ฅย  Lamb Shank ๐Ÿ– dia besarrrr wehhh.. Bawah tu ada mashed potatoes. Memang kenyang laa bila makan ni. ๐Ÿ‘๐Ÿป Daging kambing tu pon tak liat. Mereka ada bagi juga sos black pepper untuk korang cicah sekali. Kalau korang penggemar lamb shank, wajib order ni! ๐Ÿ’ฏ

Smoked Salmon Roulade with Apricot Cream

โ€œSaya tak suka makan daging la Rhysโ€

Ok fineโ€ฆ Kalau tak suka makan daging, order yang ni pula. ๐Ÿ”ฅ Smoked Salmon Roulade with Apricot Cream! Nak meleleh air liur say bila tengok hidangan ni. ๐Ÿคค Ada elemen salad sikit dan sesuai untuk mereka yang tengah diet. Walaupun nampak macam makanan sihat, rasanya tetap sedap dan mengenyangkan! โœ…

Burnt Butter Caramel Lamb Ribs – aroma yang menaikkan selera!

Terakhir sekali, saya order juga ๐Ÿ”ฅ Burnt Butter Caramel Lamb Ribs. Walaupun bila kalau korang makan ni tangan akan melekit, percayalah ianya memang berbaloi. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป Aroma herba dia dan diperkayakan juga dengan rasa karamel, heavan betul pengalaman makan lamb ribs ni. Semestinya daging dia pun tender, tak perlu nak ulas panjang lagi. Korang wajib cubaโ—

Menu yang ada di ๐Ÿ“ TIGAfolks & Co. ni umpama Carnivoresโ€™ Paradise. ๐Ÿ˜™Mereka memang pakar dalam menghasilkan menu berasaskan daging yang sempurna. Korang boleh dapatkan Christmas Limited Time Special Menu ๐Ÿ‘๐Ÿป mereka sekarang! Order sahaja di website mereka https://www.tigafolks.co/. 

Setelah berfikir panjang, saya rasa dah tiba masanya saya pergi Singapore lagi sekali sebab TIGAfolks & Co. ni buat saya menangis sebab craving nak makan makanan mereka. ๐Ÿคญ Apa tunggu lagi. Korang pula kena rasa.. Cepat! Order hari ini! ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Website: https://www.tigafolks.co/
๐Ÿ“ฒ Instagram: @tigafolksnco
๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/TIGAfolks-Co-1571929143041996/

The Fortune Cookie – Biskut Beri Kata-Kata di Singapore ?

Sewaktu di Singapore haritu, saya craving nak makan makanan Chinese dan saya jumpa satu restoran makanan Chinese yang Muslim Owned iaitu ๐Ÿ“ The Fortune Cookie yang terletak di Bussorah St. Konsepnya menarik betul! Selain juga ada makanan yang sedap, mereka juga ada tradisi memberi Biskut Tilik Nasib ๐Ÿฅ  kepada pelanggan tapi kandungan ayat di dalamnya berbentuk nasihat atau pepatah Melayu. ๐Ÿคฃ Tercuit hati saya bila saya dan team baca kata-kata apa yang kami dapat.

The Fortune Cookie, Bussorah St

Korang boleh rasa vibe yang berbeza apabila makan di sini. โœจ Tengok la sendiri interior dia. Biarpun owner Muslim, feel dalam kedai mereka kekalkan seperti restoran Chinese. ๐Ÿ‘๐ŸปMakanan yang ada di sini banyak yang unik dan juga authentic Chinese Cuisine. Nak tahu apa yang saya makan? Jomโ€ฆ. ๐Ÿ”Š

Lobster Flying Noodle

Hidangan pertama saya order adalah Lobster Flying Noodle. ๐Ÿฆž Kagum betul tengok art yang datang sekali dengan hidangan ni. Egg noodle yang rangup dan isinya meriah tau! Ada udang galah, udang, mussels, soton dan scallops disiram dengan egg gravy. ๐Ÿ Bila pinggan pun penuh macam ni, semestinya penuh juga perut saya bila makan Lobster Flying Noodle ni. ๐Ÿ˜

Lotus Duck Rice

Hidangan kedua pula adalah ๐Ÿ”ฅ Lotus Duck Rice. Untuk pengetahuan, itik sememangnya salah satu kegemaran saya. ๐Ÿ˜‹ Keladi, cendawan, udang kering, nasi bungkus dikukus dalam daun teratai. Di atasnya pula ada itik salai ๐Ÿฆ† dan seasonal greens. Aroma bila buka bungkusan tu memang harum dan membuka selera. ๐Ÿ’ฏ Korang wajib cuba ni.

Char Kway Teow Kobe

Terakhir, saya tak lepaskan peluang untuk rasa Kway Teow yang ada dihidang bersama steak Kobe Striploin ni. ๐Ÿคค Mee kway teow digoreng bersama udang, cookles, tauge. Sentuhan luar biasa. Ada sampingnya, ada sekali Kobe Striploin yang empuk dan juicy! ๐Ÿฅฉ Pehhโ€ฆ High Class betul! ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Lemongrass Beancurd

Dah selesai makan makanan yang marvellous tadi, saya akhiri pula dengan dessert Lemongrass Beancurd. Beancurd tu bukan sahaja creamy and lembut, korang juga boleh rasa perisa serai yang memberi kesegaran kepada saya. โ„๏ธ Memang terbaik lah!

Apa-apa pun, masih ada banyak lagi hidangan lain yang unik dan sedap korang boleh cuba di sini. โœ… Sesuai juga kalau korang nak buat event dan gathering di sini. Korang kena datang dan nanti jangan lupa share kata-kata yang korang dapat dari biskut tilik nasib tu okay! ๐Ÿค—

Lokasi

๐Ÿ“ The Fortune Cookie
11 Bussorah St, Singapore 199432
https://goo.gl/maps/W5rCKkJcVPrWN9V26

๐Ÿ“ฒ Instagram: @thefortunecookie.sg
๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/people/The-Fortune-Cookie/100060608989376/
๐Ÿ“ฒ Website: https://themalayancouncil.sg/fortune

The Secret Garden By Zeekri – Taman Rahsia Di Singapore

Pernah tak makan makanan modern French Cuisine dengan sentuhan Asia? ๐Ÿคฏ Jarang betul kita dengar sentuhan ni tapi ia ada di ๐Ÿ“ The Secret Garden by Zeekri. Restoran Muslim owned yang terletak di Singapura ini memang cantik, kena dengan namanya; โ€˜The Secret Gardenโ€™. Nak tahu apa yang Rhys makan dekat sini? Jom kita tengokโ€ฆ ๐Ÿ”ฅ

The Secret Garden By Zeekri, Baghdad St

Dekorasi dalam dia memang lawa. Rasa tenang je bila berada di sini. โœจ Selain interior yang menyenangkan mata, mereka juga menyediakan ruangan solat untuk pelanggan. Memang vibe la kalau lepak sini. Pilihan menu mereka yang bertemakan Modern French Cuisine menaikkan selera saya. ๐Ÿคฉ Rasa tak sabar nak tunjuk dekat korang.

Ini bukan dapat makan je.. Tapi dapat healing sekaliโ€ฆ ๐Ÿ˜

Beef Bourguignon

Pertama sekali, saya makan ๐Ÿ”ฅ Beef Bourguignon juga dikenali sebagai Beef Burgundy – kiub daging lembu yang direbus dalam sup buatan sendiri, dihidangkan bersama roti bakar. Kalau korang nak tahu, daging dia tu sangat empuk tau dan kuah dia memang pekat serta cukup rasa. ๐Ÿ’ฅ Bila korang makan sekali daging empuk tu dengan roti yang dia sediakan dan cicah dengan kuah dia – perghhh, sampai tertutup mata saya nikmati hidangan yang ni. ๐Ÿ˜‹

French Onion Soup

Kedua, saya cuba pula ๐Ÿ”ฅ French Onion Soup – dibakar bersama mozarella untuk kesempurnaan. Terasa betul caramelized onions dan beef stock dalam soup dia. Digabungkan sekali dengan mozarella cair yang menggiurkan ni. Bayangkan cuaca sejuk, korang makan French Onion Soup ni panas-panasโ€ฆ ๐Ÿ™Œ๐Ÿป Saya bayangkan semula pun jadi craving balik. ๐Ÿ˜ฃ

TSGโ€™s Butterbeer

Terakhir, saya minum pula ๐Ÿ”ฅ TSGโ€™s Butterbeer. Rasa manis dan creamy butterscotch dari topping buih yang tebal tu melengkapkan dinner saya di sini. Memang refreshing! โ„๏ธ Buih dia tebal kan? Tapi, bila korang kacau dan satukan dengan soda bawah tu, gabungannya akan lebih kick! ๐Ÿคธโ€โ™€๏ธ

Antara hidangan lain yang saya pesan

Selain apa yang saya makan tadi, saya juga berpeluang untuk rasa ๐Ÿ”ฅ Baked Brie Cheese dan ๐Ÿ”ฅ Striploin Steak. Dua-dua menu ni juga sedap! Ada banyak lagi pilihan lain yang sedap-sedap. Korang tunggu apa lagi?! Takkan tengok je gambar-gambar ni. Jom la cuba pula! ๐Ÿ’ฏ

Saya memang seronok dapat rasa masakan French di sini. ๐Ÿค— Salah satu pengalaman yang menarik bagi saya. Walaupun hidangan mereka setanding dengan fine dining, portion yang mereka hidangkan besar. ๐Ÿ‘๐Ÿป Jadi, memang puas hati.

Selain menu ala carte, mereka juga ada high tea set, weekday lunch set dan weekend brunch yang korang boleh cuba โœ… Saya recommend untuk korang datang sendiri dan rasa makanan istimewa mereka ๐Ÿ”Š

Lokasi

๐Ÿ“ The Secret Garden By Zeekri
19 Baghdad St, Singapore 199658
https://goo.gl/maps/nKP5vh6JHYN2c8WJA

๐Ÿ“ฒ Instagram: @thesecretgardenbyzeekri
๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/thesecretgardenbyzeekri/
๐Ÿ“ฒ Website: https://www.tsgbyzeekri.com/