Lepas Menakluk Semua Puncak Bukit Tabur, Saya Nak Kongsi Tip2 Dari Pengalaman Saya

EDIT:

Perhatian semua, sejak tahun 2017 semua puncak Bukit Tabur adalah DITUTUP atas arahan Pejabat Hutan Daerah Selangor. Maksudnya tidak boleh naik mana-mana puncak di Bukit Tabur buat sementara waktu. Jika masuk, boleh dikenakan denda sehingga RM5000 ataupun penjara. Blog ini adalah tulisan saya dari tahun 2016 bila semua puncak masih buka.

Attention, since 2017 all of Bukit Tabur’s hills have been closed by the Selangor Forestry Office and it is not possible to enter any of the hills during this time. If you enter illegally, you face the possibility of a fine and potential prison sentence. This blog is my writings from 2016 when the hills were still open for visitors.

Bukit Tabur ialah satu kumpulan bukit dekat Taman Melawati, Kuala Lumpur. Bukit Tabur ada 5 bukit/puncak, semua merupakan genting quartz. Bukit Tabur ialah satu tempat sangat popular untuk hikers dari seluruh Lembah Klang, sebab di atas Bukit ada pemandangan cantik.

Dalam blog post ni, saya akan kongsi informasi sikit pasal setiap puncak Bukit Tabur dengan tip2 dari pengalaman saya.  Dulu saya nak kongsi gambar2 dari Bukit Tabur:

Walaupun pemandangan dari Bukit Tabur cantik, dan hiking kat sana tak mencabar sangat, Bukit Tabur ialah bahaya. Itu bahaya sebab ada banyak tempat curam, dan kalau orang tak hati2 aksiden boleh terjadi. Juga, ada banyak kes org jatuh dari atas Bukit Tabur. Sebab itu, saya rekomen sesiapa nak naik sana naik dengan orang ada pengalaman hiking, dan lagi bila naik hati2 dan jangan ambil risiko.

Sebelum saya nak cakap pasal setiap Bukit Tabur, saya nak share barang wajib dibawak ke semua puncak Bukit Tabur (dari pendapat saya):

  • Torch (lampu) – Kalau naik sebelum sunrise ini perlu
  • Air mineral – Atas bukit cuaca panas, yang penting boleh “keep hydrated”
  • Makanan ringan – Kadang2 ada beratur atas, dan kalau tunggu lama jadi lapar
  • Glove – batu2 situ tajam, jadi pakai glove untuk jaga tangan
  • Kasut dengan tapak kuat (strong grip) – kebanyakan trek Bukit Tabur termasuk panjat batu, jadi kasut sesuai mesti pakai (jangan pakai slipar)
  • Permit – semua Bukit Tabur terletak dalam hutan simpanan jadi daftar untuk permit wajib (kalau tak ambil permit, kena denda RM5,000..)

Ok, jom, saya akan cakap pasal setiap puncak Bukit Tabur. Bermula dengan yang puncak saya naik pertama..

Bukit Tabur West

Lokasi pintu masuk: Empangan Klang Gate, Taman Melawati

Tempoh naik sampai ke puncak: 3 jam

Tempoh pergi balik: 4 jam (sebab turun lalu trek lain)

Benda positif:

  • Pemandangan cantik dari atas
  • Ramai orang naik, senang cari orang untuk guide
  • Trek jelas

Benda negatif:

  • Paling bahaya, Bukit Tabur West ada banyak tempat curam
  • Ramai orang naik, hujung minggu boleh jadi macam mall di atas (kadang2 kena tunggu 30minute lebih untuk turun batu)
  • Jauh, kalau nak sampai puncak makan 3 jam lebih, sampai 4 jam pergi balik

Summary

Bukit Tabur West ialah puncak Bukit Tabur yang paling popular dan yang paling tinggi. Ini sebab ada banyak tempat dengan view cantik, dan banyak tempat boleh ambil gambar lawa. Juga paling popular, Tabur West yang paling bahaya sebab ada banyak tempat curam (kena panjat batu). Juga hanya Tabur West ada ranger minta permit sebelum naik (walaupun permit wajib untuk semua puncak, cuma ada ranger check dekat pintu masuk ke Tabur West)

Juga Tabur West makan stamina orang sebab trail tu naik turun, naik turun lebih dari 5 kali sebelum sampai puncak. Kalau nak lihat pemandangan cantik, tapi tak nak sampai puncak atau tak nak lalu tempat curam dan bahaya, Tabur West ada satu puncak tipu lebih kurang 45minute dari pintu masuk. Sini boleh ambil gambar lepas tu patah balik ke pintu masuk.

Kalau nak teruskan ke puncak, lebih senang turun lalu trek lain. Di hujung bukit ada trek turun lalu kebun orang, lepas tu sampai dekat parking.

Tip2 untuk Tabur West

  • Lepas turun, boleh mandi dekat kolam air jernih dekat taman rekreasi bawah bukit ni.
  • Bawak air dan makanan lebih sebab atas bukit panas sangat, dan kadang2 kena beratur.

Bukit Tabur East

Lokasi pintu masuk: Empangan Klang Gate, Taman Melawati (bukan tempat sama dengan Bukit Tabur West tapi dekat je, Bukit Tabur East ikut paip besar)

Tempoh naik sampai ke puncak:  1.5 jam

Tempoh pergi balik:  2 jam (sebab turun lalu trek lain)

Benda positif:

  • Pemandangan cantik dari atas
  • Ramai orang naik, senang cari orang untuk guide
  • Trek jelas

Benda negatif:

  • Ada satu tempat curam sangat dan ada tali, susah untuk orang gayat
  • Ramai orang naik, hujung minggu boleh jadi macam mall di atas (kadang2 kena tunggu 30minute lebih untuk turun batu)
  • Kat puncak tak boleh muat ramai orang, jadi rasa “crowded”

Summary

Bukit Tabur East ialah satu puncak Bukit Tabur terletak sebelah Bukit Tabur West. View dari atas cantik sangat, dan kalau nak ambil gambar profile cantik ada banyak tempat sesuai masa naik. Bukit Tabur East juga trek senang, dan cuma ada satu tempat kena panjat batu dan pakai tali.

Trek ke puncak kira santai, sebab tak susah sangat. Trek turun juga santai tapi juah sikit, dan masa turun lalu kebun dan kawasan perumahan.

Tip2 untuk Tabur East

  • Lepas turun, boleh mandi dekat kolam air jernih dekat taman rekreasi bawah bukit ni. Kolam ni sama dengan Bukit Tabur West, tapi ada tempat masuk lain (atau kalau rajin, naik kereta ke pintu masuk Tabur West dan park kat situ, lepas tu turun ke kolam)
  • Walaupun ada banyak tempat untuk gambar, hati2 bila ambil.

Bukit Tabur Far East

Lokasi pintu masuk: Kawasan pembinaan, belakang Zoo Negara. Park kat situ lepas tu lalu kebun.

Tempoh naik sampai ke puncak:  45 minit

Tempoh pergi balik:  1.5 jam (turun lalu trek sama, melainkan tapau Bukit Tabur Extreme masa sama)

Benda positif:

  • Trek senang dan tak jauh
  • Tak ramai orang naik, jadi puncak lagi peaceful
  • Tak curam, dan ada cuma satu tempat kena panjat batu
  • Boleh tapau Tabur Far Extreme masa sama

Benda negatif

  • Dulu, lepas lalu kebun kena naik bukit lalu jalan hutan, walaupun tak berbatu curam sikit dan makan tenaga

Summary

Bukit tabur far east kira yang paling senang (pendapat saya) Boleh sampai puncak dalam 45minit sahaja. Kebanyakan trek jalan hutan, dan untuk 30minit pertama pacak sikit, lepas tu naik batu sikit dan dah sampai atas.

Masa saya naik pertama saya tak percaya dah sampai puncak, sebab memang cepat. Permandangan cantik juga sebab boleh nampak Empangan Klang Gates, dan kalau sampai awal pagi semua berkabus.

Kalau rajin lepas turun dari Far East boleh terus sambung ke Tabur Extreme juga. Satu barang nasihat saya kasi, masa naik Bukit Tabur Far East tolong jangan masuk kawasan orang kat situ. Situ ada banyak anjing2 garang dan kalau group kecil anjing tu akan serang (saya pernah kena sekali sampai halau anjing dengan “selfie stick” saya) Saya rekomen lepas keluar tempat pembinaan ( masuk pintu pagar hijau) jalan straight je sampai lagi pintu pagar hijau, lepas tu jalan straight je sampai nampak trek pacak kat kanan. Kalau buat macam ni, korang boleh elak anjing tu dan terus sampai kebun tanpa lalu kawasan anjing. Sebab tempat masuk sama dengan Extreme, nasihat ni boleh guna kalau naik Extreme juga.

Tip2 untuk Tabur Far East

  • Cuba elak kawasan anjing masa naik dan turun
  • Walaupun tak curam sangat, hati2 masa naik tempat bertali. Satu orang dalam geng saya pernah jatuh masa turun sebab tali putus (nasib baik dia ok)
  • Kalau orang suka lepak dalam hammock, bawak hammock sebab ada dua pokok sesuai untuk pasang hammock di puncak.
  • Lepas naik bukit (trek jalan hutan) dan sampai simpang belok ke kiri untuk naik Far East, ke kanan untuk Extreme

Bukit Tabur Extreme

Lokasi pintu masuk:

  1. Kalau lau Bukit Tabur Far East: Kawasan pembinaan, belakang Zoo Negara. Park kat situ lepas tu lalu kebun.
  2. Kalau lalu Bukit Tabur Extra: Laluan ATV, Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara)

Tempoh naik sampai ke puncak:  2 jam lebih

Tempoh pergi balik:  3 jam lebih (turun lalu trek sama, melainkan tapau Bukit Tabur Far East atau Tabur Extra masa sama)

Benda positif:

  • Permandangan dari atas cantik sebab ada 360 degree view
  • Tak ramai orang naik, jadi puncak lagi peaceful
  • Boleh tapau Tabur Far East atau Tabur Extra masa naik

Benda negatif

  • Memang extreme sebab trek jauh dan guna banyak tenaga
  • Kalau naik dari Extra agak bahaya masa naik

Summary

Bukit Tabur Extreme memang kira extreme kalau naik dari Bukit Tabur Far East, sebab jalan jauh sangat dan masa naik rasa senang penat. Trek tu bukan berbatu macam Tabur lain, tapi jalan hutan.

Trek tu cuma ada satu tempat bertali dan situ bukan curam sangat. Bukit Tabur Extreme ada permandangan paling cantik di semua Bukit Tabur (pendapat saya) sebab boleh nampak tulang belakang Tabur East dan Tabur West dari atas. Pendapatan saya, lebih baik kalau tapau Extreme dengan Far East atau Extreme dengan Extra, sebab Extreme terletak antara dua2. Kalau naik dari Far East perjalanan makan 2 jam lebih dari parking, kalau dari Extra makan lebih kurang 2 jam juga dari parking.

Tip2 untuk Tabur Extreme

  • Pastikan bawak cukup air dan makanan sebab jalan jauh dan lalu hutan
  • Hati2 bila naik tempat bertali, sebab tali tu dah tua sikit dan tak secure
  • Tapau dengan Tabur Far East atau Tabur Extra masa naik

Bukit Tabur Extra

Lokasi pintu masuk:  Laluan ATV, Kampung Kemensah (belakang Zoo Negara)

Tempoh naik sampai ke puncak:  1 jam

Tempoh pergi balik:  2 jam lebih (turun lalu trek ATV, melainkan tapau Bukit Tabur Extreme masa sama)

Benda positif:

  • Trek senang
  • Tak ramai orang naik, jadi puncak lagi peaceful
  • Boleh tapau Tabur Extreme masa naik

Benda negatif

  • Bila mula trek, banyak trek dan banyak simpang, senang jadi sesat kalau tak pergi dengan orang pernah pergi
  • Trek tak jelas sangat, sebab tak ramai orang naik
  • Permandangan dari atas tak cantik sangat, sebab semua berhutan

Summary

Bukit Tabur Extra juga dipanggil “Bukit Batu Gajah” dan dia terletak belakang Kampung Kemensah.

Biasanya ni yang Tabur orang buat terakhir untuk dapat “graduate” sahaja. Bukit Tabur Extra sahaja tak beberapa menarik sebab tak ada permandangan dari puncak, semua berhutan dan pokok2.

Trek dia buat saya keliru sangat sebab ada banyak jalan/trek di situ, tapi bila jumpa trek betul boleh sampai puncak dalam 1 jam sahaja.

Saya rekomen tapau Extra sekali dengan Extreme kalau nak dapat permandangan cantik. Dari Extra ke Extreme trek jelas dan tak sampai sejam. Tapi kena hati2 masa naik sebab banyak tempat curam dan kena pakai tali. Berbanding dengan trek Far East ke Extreme, tak jauh tapi lagi bahaya. Saya rekomen kalau naik Tabur Extra, patut pergi dengan orang pernah naik, sebab macam saya cakap tadi ada banyak trek dan senang jadi sesat situ.

Tip2 untuk Tabur Extra

  • Pastikan pergi dengan orang pernah pergi, sebab ada banyak trek dan dia tak jelas sangat
  • Turun lalu laluan ATV, sebab lagi senang

Conclusion

Semua Bukit Tabur ada benda positif dan negatif, tapi semua berbaloi untuk naik kalau korang rajin. Ada orang pernah tapau semua dalam satu trip, tapi saya rasa yang tu agak mencabar, jadi lebih baik buat setiap bukit induvidi (selain dari Extreme dan Far East atau Extra)

Dari pendapat saya, ni kira kedudukan dari yang paling senang sampai yang paling susah:

  1. Bukit Tabur Far East (paling senang)
  2. Bukit Tabur Extra
  3. Bukit Tabur East
  4. Bukit Tabur West
  5. Bukit Tabur Extreme (paling susah)

Juga, dari pendapat saya, ni kira kedudukan dari permandangan yang paling cantik sampai yang paling tak cantik:

  1. Bukit Tabur Extreme (paling cantik)
  2. Bukit Tabur Far East
  3. Bukit Tabur East
  4. Bukit Tabur West
  5. Bukit Tabur Extra (paling tak cantik)

Saya harap blog ni boleh tolong orang lain naik Bukit Tabur. Lagi sekali saya nak ingatkan korang, Bukit Tabur agak bahaya jadi tolong jangan ambil risiko dan pastikan naik dengan orang pengalaman hiking 🙂 Selamat mendaki!