ThaiKor Restoran Thailand Korea bawah satu Bumbung?

ThaiKor merupakan sebuah restoran yang baru saja dibuka di IOI City Mall Putrajaya berkonsepkan gabungan antara Thailand Steamboat Grill dan juga Korean Grill. Thailand+Korea= ThaiKor! Menarik bukan? Satu tempat makan je korang dah boleh pilih samada nak makan grill ala thai atau ala korea ๐Ÿ˜†

Kawasan sekeliling yang luas dan cantik
Kawasan sekeliling yang luas dan cantik

Kalau korang datang dekat sini, memang selesa betul sebab korang akan dapat tengok pancuran air yang cantik (pada waktu malam) dekat luar kedai ThaiKor ni tau. Korang boleh pilih juga samada nak duduk didalam kedai atau pun diluar. Yang pasti, dekat dalam ataupun luar, hiasan kedai dua-duanya memang cantik sangat. Korang juga boleh layan lagu k-pop dan T-pop dekat kedai ni, sambil grill boleh tgok video kumpulan idol yang ditayangkan. Syok kan? ๐Ÿ˜™

Kat sini ada macam-macam jenis bahan yang korang boleh pilih, sosej, bebola ketam, bebola daging semua ada tau! Kalau untuk grill, kat sini ada macam-macam jenis ayam dan daging perapan yang disediakan. Korang boleh pilih samada nak cuba perapan korea atau perapan Thai. Yang lagi best, kalau korang nak dua-dua jenis perapan pun tak ada masalah. Boleh ambil je sepuas hati korang!ย 

Antara pilhan Seafood Khas Dinner
Antara pilhan Seafood Khas Dinner

Tips untuk penggemar seafood! Khas untuk penggemar seafood, korang kena datang waktu malam tau, kat sini akan ada pilihan seafood sekali untuk korang nikmati. Seafood kat sini memang khas pada waktu malam je tau! Book dulu, takut malam penuh pulak. Melepas korang nanti ๐Ÿ˜†

Megi dengan mi dia jangan cakap lah, ramen pun ada tau. Memang kalau korang nak buat custom cara korang pun boleh. Rebus je sosej atau bebola kesukaan korang sekali dengan megi/mi yang korang suka. Nak tambah sayur pun ada, custom la ikut suka korang! ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ Lauk-lauk untuk makan dengan nasi putih pun ada banyak pilihan.

9 Jenis sos dengan condiment untuk custom sos pencicahย 
9 Jenis sos dengan condiment untuk custom sos pencicahย 

Apa yang best juga, kat sini ada banyak pilihan sos, dan korang boleh campur ikut selera korang. Korang makan kat sini, diorg akan terus hidangkan sos ni untuk korang, tapi still boleh refill and custom sendiri. Kimchi dengan sidedish korea lain pun akan dihidangkan. Memang terbaik service diorang ni.

Somtam Station
Somtam Station

Berita baik untuk peminat somtam! Kat sini somtam station pun ada, boleh cuba buat somtam sendiri ikut guide yang dia dah bagi. Nak ejas ikut selera sendiri pun takde hal. Tapi kalau korang rasa macam x pandai buat, boleh juga minta staff dia buatkan. Diorang sedia membantu korang tau.

Dessert kat sini memang rugi kalau korang tak cuba sebab kat sini ada banyak gila dessert. Nak buah-buahan pun ada, kalau nak manisan pun ada. Kek batik dengan Pulut Mangga dia korang memang kena cuba. Korang jangan lepaskan peluang korang untuk rasai sendiri pengalaman untuk buat bingsu! Ada banyak jenis topping untuk korang letak ata bingsu korang tau.

MSCM X ThaiKor
MSCM X ThaiKor

Jadi, untuk korang yang pening tak tahu nak makan grill perapan apa, datang je kat sini. Banyak jenis perapan yang boleh korang cuba tau. Tak payah pening kat mana nak makan steamboat thai, tak payah pening nak makan grill korea! Datang sini and dapat rasa semua ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Lokasi: ThaiKor

๐Ÿ“ThaiKor, IOI CityMall, Putrajaya. 

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/thaikor.my/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/thaikor.my/

Miss Siam – Tomyam Terpaling Kaw di JB!

Sawadeekap! Saya ada jumpa port makanan Thai yang padu punya! Tomyam dia kaw weh! ๐Ÿ˜‹ ๐Ÿ“ Kat Miss Siam ni pelbagai menu makanan Thai ada tau! Tempat dia pun selesa kat sini ๐Ÿ˜โœ…. Orang kata kalau hirup kuah tomyum tu tersedak maknanya kaw kan. So korang kena datang rasa sendiri! Peminat makanan Thai lepas ni dah boleh dapat PROMO SPECIAL dan DISCOUNT 10% tau dengan join jadi Ahli Club Cari Makan (CCM) sekarang!

Miss Siam, Eco Botanic, Johor Bahru

Semua menu dekat Miss Siam ni memang padu geng sebab Chef dia memang dari Thai! Tak pelik la memang ramai yang singgah makan dekat Miss Siam ni. Suasana kedai pun memang tenang dan memang aesthetic boleh jadi port OOTD!

Dekat Miss Siam ni, saya order EMPAT jenis menu yang memang paling  terkenal di restoran ni. Kalau singgah makan dekat sini, korang wajib order SIGNATURE DISH mereka ni (Tomyum Seafood) ๐Ÿ‘‘

SIGNATURE DISH๐Ÿ‘‘

– TOMYUM SEAFOOD

OTHER MENU:

– Pad Thai with Crispy Chicken 

– Crispy Thai Basil Chicken

– Tamarind Tiger Prawns

Harga pun sangatlah berbaloi bila makan dekat Miss Siam ni, memang berbaloi dan puas hati. 

Menu yang pertama, saya cuba menu mereka yang paling terkenal dekat Miss Siam ni mestilah SIGNATURE DISH dia kan, Tomyum Seafood . Kuah Tomyam Seafood ni memang kaw dan secukup rasa pedas dan masam dari bahan-bahan yang mereka gunakan. Isi dia pun banyak  memang puas hati, wajib bertambah kalau makan!

Tomyum Seafood

Menu yang kedua ni pula, saya pesan Pad Thai with Crispy Chicken menu ni ialah hidangan yang menggunakan glass noodles dan gabungan dengan ayam memang terbaik rasa dia! Pad Thai ni ada rasa manis, masam dan memang sangat lazat. Tak hairanlah kalau menu ni antara yang terkenal dekat Miss Siam ni!

Pad Thai with Crispy Chicken

Untuk menu yang ke ketiga ni pula, saya pilih Crispy Thai Basil Chicken Memang dapat rasa bahan yang segar ada dalam menu ni. Menu ni antara yang terkenal juga di Thailand sebab rasa dia yang lazat dimasak dengan daun basil! Pertama kali saya cuba, memang secukup rasa dia dan senang kata, memang sedaplah dan korang wajib pesan ni kalau singgah ke Miss Siam ni.

Crispy Thai Basil Chicken

Akhir sekali, menu yang keempat, saya makan Tamarind Tiger Prawns. Puas hati bila tengok bila mereka hidangkan menu  ni sebab memang besar udang dia, puas hati! Bila makan tu, dapat rasa kesegaran dalam udang tu sendiri. Portion dia pun banyak, memang sesuai kalau makan dengan keluarga atau rakan-rakan.

Tamarind Tiger Prawns

Pandangan saya, menu yang disediakan di Miss Siam memang sangat puas hati dan berbaloi ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐ŸผTak dinafikan semua makanan yang terkenal di sini memang sangat recommended untuk korang pesan.๐Ÿฒ๐Ÿฅ˜๐Ÿฅ— Bukan tu sahaja, menu lain juga banyak pilihan untuk korang pilih. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan memang segar ๐Ÿฆ‘๐Ÿฆ! Memang terduduk rehat sekejap bila dah habiskan makanan mereka ni sebab kenyang ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹! Saya memang syorkan untuk korang datang makan dekat Miss Siam ni! ๐Ÿซฑ๐Ÿปโ€๐Ÿซฒ๐Ÿผ๐Ÿ’ฏ

Untuk Info lanjut, sila ke lamanweb rasmi CCM. https://www.carimakan.my/mscm

Lokasi:

MISS SIAM

๐Ÿ“Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor

๐Ÿ“Sri Alam, Masai, Johor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/MissSiamThaiFood/

๐Ÿ“ฒ Instagram: @misssiamthaifood

๐Ÿ“ฒ Website: https://misssiam.com.my/