The White Label – Makanan France dan rasa lokal di Singapore?

Kita dah selalu dengar Asian-Western fusion, tapi di The White Label ni, mereka ada makanan klasik france yang dicampur dengan rasa tempatan! 😱 The White Label juga satu-satunya restoran French-Malay di Singapore. Mari kita tengok kreativiti apa pula yang diketengahkan kali ini. 🔈

The White Label, North Bridge Rd

Aura france tu memang terserlah bila saya masuk ke sini. 🤩 Reka bentuk yang cantik dan estetik menarik lagi minat saya untuk rasa makanan dia. 😁 The White Label menawarkan pilihan menu ‘French Malayan Cuisine’ untuk pelanggan mereka dan dengar kata chef mereka memang berpengalaman berkhidmat di France! Pastry dan Dessert di sini juga di buat sendiri oleh chef dari pelbagai hotel terkenal! Bukan calang-calang ni. ✨

Cantikkan? Interior pon dah cantik. Sekarang jom kita tengok rasa makanan dia ‘cantik’ juga tak.. 🤗

Beef Wellington à Buah Keluak

Beef Wellington! Okay.. Itu biasa dengar.. Tapi disajikan dengan sentuhan perisa buah Keluak? Peh.. Ini luar biasa.. 💥 Dari luar je dah boleh nampak lapisan pastry yang crispy. Dagingnya juicy dan perisa buah Keluak tu menambahkan rasa kelainan Beef Wellington ni. Anda wajib cuba! 💯

Oyster Two Ways

Sekarang memang trend orang cuba makan Oyster mentah bersama lemon. Kenapa nak makan satu cara sahaja kalau boleh nikmati dua cara! 📣 Satu – cara biasa di mana kita letak jus lemon di atas sebelum makan. Dan kedua – oyster digoreng dulu dan dimakan bersama sos Chimichurri. 🤩 Bersinar mata saya sebab rasanya fresh dan benda baru untuk saya cuba.

Blue Cheese Boulette

Ini bukan meatball biasa…. Bila kita makan meatball dan sos dia tu, boleh rasa sedikit pedas 🌶️ dari keju biru Velouté. Meatball dia juga disumbat dengan smoked cheddar. Jadi, walaupun penuh cheese, rasanya tidak muak sebab ada rasa smoked dan pedas sedikit. 👍🏻Gabungan yang mantap dan buat saya craving nak datang lagi. 🥺

Antara hidangan lain yang saya pesan

Kesimpulannya, gabungan makanan klasik French dan perisa tempatan tu memang kena dengan selera saya. 😍 Rasanya memang international! The White Label sewajarnya mendapat pujian dengan kreativiti mereka. 👏🏻 Saya sangat berbesar hati sebab dapat merasa makanan yang high kualiti di sini. Tiba masanya, anda pula cuba! ✅

Lokasi

📍 The White Label
734 North Bridge Rd, #01-01, Singapore 198702

📲 Instagram: @twl_sg
📲 Facebook: https://www.facebook.com/TWLSG/
📲 Website: https://thewhitelabel.sg/