Celestial Treasures – Mooncake Westin Desaru, Memang Premium!

Bau moon cake dah naik, geng! Setiap kali Mid-Autumn datang, saya cari something lain sikit daripada biasa. Tahun ni The Westin Desaru Coast Resort drop koleksi “Celestial Treasures” – mooncake premium mereka. Mari kita tengok satu-satu.

Kotak Kayangan

Pertama kali nampak, saya ingat jewellery box tahu. Setiap set datang dalam chest mewah warna “radiant mandarin orange” atau “regal violet” dengan motif bunga plum berlapis – memang nampak dan rasa premium. Lepas habis makan, korang boleh simpan jadi bekas aksesori nanti. Memang “reuse” yang betul, dan satu initiative sustainability 😆

Flavour-flavour Dan “Review” Saya

Matcha Red Bean Omochi

Matcha lemak, red bean klasik, tengah tu Omochi chewy. Kombinasi Jepun-Cina, tekstur ada “bounce” yang syok gila.

Violet Harmony

Taro + ubi keledek, warna ungu Instagram-friendly. Lembut, sweet tapi tak muak, rupa pun drama habis.

Toffee Butterscotch (favourite saya!)

Butterscotch creamy + toffee crunch. Sweet-nutty balance, sesuai untuk yang suka caramel vibes.

Pandan Lotus Paste

Pandan wangi, lotus paste smooth. Untuk jiwa tradisional yang tak mahu experiment sangat.

Pure Lotus Single Yolk

Lotus paste premium + telur masin sebiji. Classic sebenar- wajib ada dalam setiap kotak.

Mixed Nuts

Penuh kacang rangup. Tak cukup crunchy? Yang ni all-in.

Harga, Diskaun & Trick Jimat

  • RM208 satu set (4 biji) atau RM32 sebiji
  • Early-Bird (1 Aug- 6 Sept): Beli 2 kotak, dapat 1 kotak free- ajak member share satu kotak sorang, percuma satu untuk mak mentua.
  • Marriott Bonvoy & Bank Maybank/RHB/Affin/UOB/Hong Leong: 10 % diskaun (6 Sept- 6 Oct)- senang cerita, guna kad betul dapat less lagi.
  • Bulk order corporate: Minimum 20 set- beli 2 free 1. Sesuai buat hadiah client, tak payah pening kepala.

Semua mooncake Halal certified– confirm makcik kat rumah tak was-was.

Cara Beli- Tak Payah Travel Jauh Kalau Malas

  1. Pick-up di Resort– Lobby Westin Desaru dari 1 Aug- 6 Oct.
  2. Booth Mid Valley Southkey, JB– 18 Sept- 6 Oct; sambil shopping boleh terus tapau.
  3. Delivery seluruh Semenanjung– Min 3 hari notice, caj ikut lokasi. Order WhatsApp +6019 755 0283 atau email fb.westindesaru@westin.com.

Pengalaman Makan- Review Jujur

Saya potong Matcha Red Bean Omochi, nampak layer hijau-merah cantik, Omochi kat tengah tarik macam mochi ice cream. Sekali ngap, ada crunch kulit bakar nipis, lepas tu smooth paste matcha, ending dengan red bean manis subtle. Tekstur berlapis – solid.

Violet Harmony pula menang warna- taro dan keledek manis ringan, bila kunyah rasa earthy; sesuai kalau korang tak suka manis berlebihan. Toffee Butterscotch paling “cheat day”: bite pertama dah rasa caramel, tapi ada nutty crunch yang buat tak terlalu sugary.

Satu kotak saya share dengan tiga orang, semua habis sekali duduk sebab tak rasa muak. Kalau korang jenis “sweet tooth light”, cadangan: campur satu flavour fusion, satu telur masin, satu pandan, satu nuts- balance setiap sudut lidah.

Patut Beli Ke?

  • Packaging: Level hadiah kahwin premium- boleh recycle, tak buang.
  • Rasa: Fusion & classic, tak ada flavour random pelik-pelik.
  • Value: Early-bird 3 kotak harga 2- basically jatuh bawah RM140 kotak kalau bahagi tiga kawan.
  • Convenience: Boleh hantar sampai rumah, siap Halal.

Kalau nak mooncake standard, ini bukan untuk korang. Tapi kalau korang cari set yang nampak mahal, rasa pun worth, Celestial Treasures memang kena. Early bird offer tak lama lagi – lock order sebelum harga promo habis.

Selamat memburu moon cake!