Makan Kambing Sampai Mengembek – Kambing Perap O’Chop

Selalu saya asyik keluar rumah je cari makan. 🤭 Harini, saya nak relax je dekat rumah tapi mestilah kena makan juga kan! Nasib baik dekat dapur saya ada ✨ Kambing Perap O’Chop. Apa yang menarik dengan Kambing Perap O’Chop ni❓ Jom saya tunjuk.

Kambing Perap O’Chop (700 +/- grams)

Keistimewaan ✨ Kambing Perap O’Chop adalah ia mengandungi lebih banyak khasiat dan dijamin Halal! ✅ Bahan-bahan yang dipilih untuk produk adalah terdiri daripada gabungan bahan-bahan terbaik di mana ianya menepati citarasa rakyat Malaysia. 🙌🏻

Mereka juga hanya menggunakan kambing dan daging premium dari Australia sahaja. 💯 Dalam bungkusan ni, sos lada hitam PERCUMA 🤩 ada sekali disediakan. Lada hitam mereka tu berkualiti tinggi dari Sabah/Sarawak. 🔥

Yang paling best, nak masak Kambing Perap O’Chop ni tak lama pun.. Ambil masa 10 minit je. Mesti tak percaya kan? 😱 Tak apa, saya akan share cara-cara masak.

Kambing Perap O’Chop dinyahbeku

Cara-cara Masak:

  1. Nyahbeku daging perap O’Chop. Pastikan dah defrost sepenuhnya untuk daging dimasak dengan sebaiknya.
  2. Masak di atas Pan, Grill atau yang sesuai untuk digunakan untuk memasak daging perap O’Chop.
  3. Tunggu dan Periksa sehingga daging dimasak dengan sepenuhnya.
  4. Hidangkan daging kita dan terpulang untuk makan begitu sahaja atau makan bersama nasi dan sebagainya.

Cara memasak korang boleh juga tengok dibelakang packaging daging perap O’Chop.

Tada… siap dimasak

Hanya dekat satu paket Kambing Perap O’Chop ni, saya dapat sediakan tiga hidangan yang berbeza, malah masih ada lebih lagi kambing yang tersisa. Maknanya, memang banyak ada dalam satu paket tu. Menu yang saya buat adalah:

  1. Daging O’Chop Bersama Sos Black Pepper.
  2. Daging O’Chop Bersama Nasi Putih.
  3. Kebab Daging O’Chop

Pada pendapat saya, rasa rempah pada Kambing Perap ni memang cukup rasa dia. 👍🏻 Kalau korang nak makan macam tu je pun, memang dah kaww rasa dia. Tapi, kalau korang jenis yang suka nasi 🍚, Kambing Perap O’Chop ni mantap juga untuk jadikan lauk. Hidang dengan nasi panas-panas… Barulah layan.. 🤤

Dan, lagi satu, saya buat juga Kebab 🌯dengan Kambing Perap O’Chop ni. Memang terbaik la rasa dia. Sos black pepper dia pun sedap dan banyak portion dia. Kalau korang buat BBQ, boleh guna sos tu juga untuk cicah sekali dengan ayam atau daging. 💥

Jom jadi stokis atau ejen!

Jadi, kalau korang ada nak pergi ⛺camping atau malas nak masak dekat rumah, pastikan ✨ Kambing Perap O’Chop ada dalam stok korang. Senang je nak masak. 10 minit je dah siap! Boleh order di website mereka 📲www.ochop.my atau boleh contact melalui social media mereka.

📲 Facebook : ochopofficial
📲 Instagram: ochop_official
📲 TikTok : ochop_official

🔊 Nak jadi ejen atau stokis? Hubungi O’Chop sekarang!