Benafee Seri Alam – MAKANAN FANCY RM 4.00 JE?

Banafee Seri Alam

Kawasan sekeliling yang tenang dan nyaman
Kawasan sekeliling yang tenang dan nyaman

Hai korang!! Nak tanya niiii!! dah pernah singgah restoran Banafee Seri Alam tak? Kalau belum, memang rugi lah sangatla wei! Tempat ni memang gem la, bukan setakat sedap giler, harga pulak memang murah gila! Macam tak kena gaya, tempat premium tapi harga murahh!! πŸ’ŽπŸ€‘

Hidangan makanan RM4.00 sepinggan
Hidangan makanan RM4.00 sepinggan

Yang paling tak boleh difikirkan di benak fikiran, bayangkanlah korang boleh dapat aglio olio crispy, mehoon goreng kampung yang power giler, ke ayam chop crunchy semua dekat RM4.00 je! Masuk akal tak? Tapi jangan risaulah, walaupun murah, kualiti dia memang tiptop, 7.5/10 minimum tau! πŸ‘ŒπŸœ

Set Claypots bersama nasi putih dan ulam
Set Claypots bersama nasi putih dan ulam

Makanan terlalu ringan dan tak kenyang? Usah dibimbang, makanan yang berat dan kenyang juga adaa!! Diorang juga ada menu claypot macam asam pedas yang masam pedas sangatlah kena dengan tekak saya, tak terlalu masam, tak terlalu pekat tapi bila makan dengan nasi panassss, teranggkatttt!! Selain itu, ada juga claypot kari kepala ikan yang pekat melikat, rasa rempah yang cukup, ikan yang fresh dan manis lagii guyss!! Dan satu lagi claypot yang sangat sedap iaitu ayam lemak nogori yang creamy sampai meleleh air liur. Semua sampai kat meja panas-panas, memang puas hati lah wei! πŸ₯˜πŸ˜‹

Minuman istimewa di Banafee Seri Alam
Minuman istimewa di Banafee Seri Alam

Korang kalau dah sampai ke kedai tu, saya nak pesan juga jangan lupa order air shake dan mocktail. Sedap gila weyhh! Tambah tambah pulak dengan cuaca sekarang yang panas menyengat ni, memang mendinginkan tekak yang kehausan air yang manis dan sejuk. Dan juga memang sesuailah nak bagi sejuk kat tekak lepas makan pedas-pedas tadi. 🍹🌞

Jadi disini ingin saya tekankan dan saya simpulkan dan saya tegaskan kepada para pembaca dan pengikut saya, amboi berpuitis. Jadi kalau korang cari tempat makan sedap, murah, dan best gila kat Seri Alam, memang Banafee ni pilihan nombor satu lah! Pergi je lah cuba, memang takkan menyesal, tau! πŸ‘πŸ˜‰

Lokasi:

BANAFEE SRI ALAM

πŸ“Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=61550478653100

πŸ“² Instagram: https://www.instagram.com/banafeeserialam/?hl=en