Rot Thai Steamboat & Grill – PORT BUFFET BERBALOI GILA DI KL !!!

Hey, geng cari makan! Haritu saya berpeluang pergi ke Rot Thai Steamboat & Grill yang mantap ni. Siapa sini tengah craving nak makan soup atau tom panas panas dengan grill yang sedap-sedap sebab dekat sini ada dan memang harga mampu milik dan berbaloi punya! ๐ŸŒถ๏ธ๐Ÿฅข

Rot Thai Steamboat & Grill

Masuk je Rot Thai ni, macam masuk karnival makanan Thai pun ada. Cahaya terang, suasana selesa yang boleh buat korang rasa macam kat rumah sendiri, dan staf di sini? Friendly gila, macam member-member je. ๐Ÿ˜„ Kemudahan tandas dan surau juga disediakan. Memang terbaik!

Apa lagi.. Jom makanโ€ฆ

Steamboat (Tom Yam)

Pertama kali, korang boleh pilih base steamboat apa yang korang nak pilih sama ada Tomyam atau Sup. Kali ni tekak saya memang teringin nak makan Tom Yam jadi saya pilih Tom Yam. Tak mengecewakan. Kena rasa dia! ๐Ÿœ๐ŸŽข

Grill!

Nah, ini dia acara utamanya! Korang jadi chef sendiri dengan grill meja korang. Pilih dari pelbagai jenis daging – ayam, daging lembu, makanan laut, semuanya ada! Daging-daging ni dimarinade dengan sempurna, so jangan risau sebab rasa dia memang on-point! ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ

Pelbagai jenis sos

Kita nak cerita pasal pelbagai jenis sos yang ada kat sini! Dari sos cili Thai yang pedas giler sos manis pun ada, semuanya ada. Saya tak pasti nama untuk setiap sos ni tapi korang boleh je ambil semua dan rasa sendiri mana yang paling best untuk korang dip dengan grill korang masak tu! ๐ŸŒŸ๐Ÿด

Dessert

Jangan tinggalkan ruang untuk pencuci mulut! Ada pelbagai jenis kuih tradisional, pencuci mulut yang memikat, buah-buahan yang buat korang rasa โ€˜sihatโ€™ sikit lepas makan banyak, dan juga sandwich (sebab kenapa tak?). Ice cream pun ada dan semestinya > Mango sticky rice – wajib ada ๐Ÿ˜‹๐Ÿฅญ

Muka tak sabar nak makan tapi camera man suruh posing.. hihi

Kesimpulannya, Rot Thai Steamboat & Grill ni wajib korang singgah kalau korang peminat steamboat & grill. Apa taknya, menu macam ni wajib ada dalam jadual bulanan untuk chill makan dengan family atau kawan-kawan. Santai-santai je makan di sini. Tak perlu rushing. Yang penting balik dengan senang hati dan perut kenyangโ€ฆ ๐Ÿค—๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ๐Ÿฝ๏ธ

Lokasi:

ROT THAI STEAMBOAT & GRILL

๐Ÿ“Lot B-G04, G360, Jalan Makmur, Taman Sri Gombak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

๐Ÿ“No.19.G, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 1, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

๐Ÿ“No 72-0 Block J , platinum walk, No 2, Jln Langkawi, Setapak, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

๐Ÿ“G-35 , Maxim citylights, off, Jln Sentul Pasar, Taman Pelangi, 51000 sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

๐Ÿ“1-2-1, Wisma Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/rotthaibuffetgombak

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/rotthaibuffet_gombak/