The Malayan Council (Esplanade Mall) – Fine Dining dengan View Marina Bay di Singapore?

Dalam tahun ni, saya dah pergi ke Singapura untuk kali kedua. Antara yang saya adalah nak makan di The Malayan Council. ๐Ÿ˜ญ Masih teringat lagi Beef Kirai dan Smoked Duck Lemak Chili Padiโ€ฆ Arghh meleleh air liur. ๐Ÿคค Sedap betul!

Lepas dapat tahu yang mereka ada buka cawangan baru di Esplanade Mall, terus saya ke sana untuk rasa apa lagi kelainan yang dibawa kali ni. Nak tahu apa yang ada? Jom kita tengok ๐Ÿค—

Bila saya masuk je The Malayan Council di Esplanade Mall ni, saya terus terpukau dengan interiornya ๐Ÿคฉ – sangat classy dan setiap detail reka bentuk dan susunan disini memainkan peranan untuk memastikan ia memberi impak dan rasa mewah apabila berada di sana. ๐Ÿ‘๐Ÿป Apa tidaknya, memang The Malayan Council menawarkan semi fine dining experience. Jadi, layanan terbaik akan diberikan. Memang rasa special la! ๐Ÿฅฐ

Bila saya masuk je The Malayan Council di Esplanade Mall ni, saya terus terpukau dengan interiornya ๐Ÿคฉ – sangat classy dan setiap detail reka bentuk dan susunan disini memainkan peranan untuk memastikan ia memberi impak dan rasa mewah apabila berada di sana. ๐Ÿ‘๐Ÿป Apa tidaknya, memang The Malayan Council menawarkan semi fine dining experience. Jadi, layanan terbaik akan diberikan. Memang rasa special la! ๐Ÿฅฐ

Yang bestnya, siap boleh nampak pemandangan Marina Bay Sands dari situ. Dan seperti kita tahu, The Malayan Council ni memang inovatif dalam menghasilkan masakan Halal Fusion mereka. โœ… Kali ni saya berpeluang rasa menu baru yang saya belum pernah rasa di cawangan Busorrah St hari tu. Tak sabar sayaโ€ฆ.

Beef Wellington di The Malayan Council (Esplanade Mall)

Dah lama saya teringin nak makan Beef Wellington ๐Ÿฅ–๐Ÿฅฉ ni. Apa yang lagi menarik, beef dalam tu bukan beef biasa-biasa – mereka guna Wagyu Beef Flank ๐Ÿฅฉ ! Juicy wehโ€ฆ.. Puff pastry di luarnya pula dimasak sempurna! Siap ada beef gravy lagi. Haaa.. Korang belum pernah makan Beef Wellington kan? Pastikan korang try makan dekat sini! ๐Ÿ’ฏ

Octopus Belado

Uish.. Selalu kalau kita makan sotong belado, mesti ambil sotong biasa ๐Ÿฆ‘ je. Tapi ni memang luar biasa sebab dia guna kaki Octopus! ๐Ÿ™ Bukan setakat ada kaki Octopus tu je, ada juga king prawns, scallops, baby carrots, artichokes bersama sambal belado tu! Terasa kepedasan dia. Sentuhan berbeza betul menu yang ni. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Crispy King Prawns – sangat rangup!

Saya teruja sangat bila menu Crispy King Prawns ๐Ÿฆ ni sampai. Siap ada asap-asap. ๐Ÿ˜ถโ€๐ŸŒซ๏ธ Pendapat saya, ini merupakan gubahan kreatif udang celup tepung kerana untuk ni, setiap udang yang digoreng memang dijaga kualiti dan kerangupannya dijamin – siap ada ikura topping atas tu! Dan bukan cicah dengan sos biasa je. Crispy King Prawns ini disajikan bersama yuzu pomelo kumquat mayo. Untuk penggemar udang, korang wajib try yang menu ni!

Stickydate Pudding

Tak lengkap la kalau kita tak makan dessert di The Malayan Council! ๐Ÿฎ Kali ni saya makan Stickydate Pudding. Molten cake yang sangat lembab dihidang panas-panas bersama ice cream vanilla dan toffee sauce. Tak tahu macam mana gambarkan. ๐Ÿฅบ Rasanya sangat elegant!

Walaupun saya dah dua kali datang ke The Malayan Council, semestinya pengalaman saya memang tak pernah mengecewakan. ๐Ÿ‘๐Ÿป Saya nasihatkan kalau korang nak datang sini, sila boleh reservation dulu. Saya pergi haritu pun memang full-house. Pastikan datang dan cuba sendiri kenapa ramai ke situ! ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ

Ya! Terima kasih The Malayan Council sebab memberikan layanan terbaik! Patutlah tempat ni jadi spot terkenal untuk orang ternama. Tempatnya memang cantik tau. Sesuai sangat kalau korang nak buat event. Overall, pengalaman saya memang tip top โœจ. Kalau ke Singapura lagi, mesti saya akan datang balik! ๐Ÿค— Dan mereka juga ada banyak cawangan! Kalau pergi jangan lupa bagitahu, okay!

Mocktails dan Butterbeer

Locations

๐Ÿ“ The Malayan Council (Esplanade Mall)
The Esplanade Mall Level 2, #02-14
8 Raffles Ave, Singapore 039802
https://goo.gl/maps/oTjQjyGoYr5Bqfon6

๐Ÿ“ The Malayan Council (Winstedt)
10 Winstedt Rd, #01-17,
Singapore 227977
https://goo.gl/maps/9R1Fa4MVtvjgcBtx7

๐Ÿ“ The Malayan Council (Bussorah)
71 Bussorah St,
Singapore 199484
https://goo.gl/maps/WBsJtCZSTsKD8Qng8

๐Ÿ“ The Malayan Council (Dunlop)
22 Dunlop St,
Singapore 209350
https://goo.gl/maps/rThfshdjr7DM95Z37

๐Ÿ“ฒ Facebook: facebook.com/themalayancouncil/
๐Ÿ“ฒ Instagram: themalayancouncil