Sushi Saga: SENSASI FUSION MALAYSIA-JEPUN YANG TAK BOLEH MISS!

Hey korang! Saya baru saja merasai pengalaman makan yang luar biasa di Sushi Saga. Bayangkan, gabungan seni sushi Jepun yang halus dengan rasa rempah ratus Malaysia yang kaya ๐Ÿฑ. Macam J-pop bertemu Irama Malaysia – unexpected, tapi memang padu!

Interior Design Sushi Saga

Bila masuk Sushi Saga, terasa โ€˜vibeโ€™ yang stylish dengan sentuhan Malaysia. Tempat ni sangat welcoming, seronok jadi tempat lepak untuk jumpa kawan lama. Staff di sini pun top-notch, layanan mereka menambahkan lagi pengalaman makan yang premium ๐ŸŒŸ:

Dekat sini semestinya kena makan sushi dia. Tapi ni TOP-3 yang Rhys rasa korang WAJIB cuba sebab takkan dapat dekat tempat lain tau! 

Nasi Lemak Sushi
Nasi Lemak Sushi

Nasi Lemak Sushi: Ini bukan nasi lemak biasa, korang ๐Ÿฅฅ. Dibungkus dalam nori, dengan topping sambal yang pedas, ikan bilis rangup, dan timun, memang plot twist dunia kuliner! Makan sushi tapi rasa tekak melayu!

Salmon Head Soup
Salmon Head Soup

Salmon Head Soup: Untuk korang yang suka cabaran pedas ๐ŸŒถ๏ธ. Kena try Salmon Head Soup ni. Kuahnya pedas, salmon yang lembut, membawa rasa ke kampung halaman. Makan ni terasa lemak salmon tu, memang UMMPH!

Japanese Pudding, Baverages and Cutlet
Japanese Pudding, Baverages and Cutlet

Japanese Pudding: Jangan lupa simpan space untuk dessert ๐Ÿฎ. Manis, lembut, dan comforting, macam nostalgia yang dibalut dengan moderniti. Rugi kalau terlepas peluang untuk makan Puding Jepun ni denga variety air dengan makanan sampingan dekat sini.

Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga
Pelbagai jenis Sushi yang ada di Sushi Saga

Selain menu yang saya dah cerita, Sushi Saga juga ada banyak lagi pilihan makanan yang menggiurkan. Coba lah Salmon Thick Cut yang tebal dan segar, penuh rasa ikan ๐ŸŸ. Pandan Tamago Sushi, Ebi Fry Cheese Roll dan Spicy Salmon Skin Roll pula, kombinasi sempurna antara keju yang leleh dan rangup. Kalau korang suka donburi, jangan lepaskan peluang mencuba Ebi Fry Don yang garing atau Gyudon yang penuh dengan umami. Peminat mi? Saba Teriyaki Udon dan Chashu Ramen pasti memuaskan hati korang dengan setiap suapan yang kaya rasa. Dan jangan lupa Fry Milk Stick, makanan penutup yang manis dan unik, mengakhiri makan korang dengan sempurna. Sushi Saga memang tak pernah kecewakan dengan pilihan menu yang luas dan penuh kreativiti! ๐Ÿฃ๐Ÿœ๐Ÿง€๐Ÿค

Rhys makan di Sushi Saga

Apa yang Rhys dapat simpulkan dari review kalini, Sushi Saga bukan setakat tawarkan menu yang inovatif, tapi juga commitment mereka untuk buat rasa premium dengan bahan-bahan halal memang mengagumkan ๐ŸŒŸ. Sushi Saga destinasi makanan wajib dicuba sebab apa yang korang spend kat sini memang puas hati! Sama ada korang peminat sushi atau penggemar masakan Malaysia, restoran ini akan sediakan makanan jepun yang dapat diterima โ€œtekak melayuโ€ Setiap gigitan membawa pengembaraan rasa yang menyeronokkan ๐Ÿ˜„. Korang kena try sendiri, Sushi saga ni kedai Muslim-Friendly, Semua bahan yang digunakan memang halal dan dalam proses untuk dapatkan sijil halal. Tak perlu ragu-ragu lagi  โ€“ it’s a foodie adventure yang guaranteed buat korang tersenyum kekenyangan! ๐Ÿด๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Sushi Saga

Sushi Saga, G-33A, Jalan Warisan Sentral 3, Kip Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor

๐Ÿ“ฒ Facebook: https://www.facebook.com/sushisagamy/

๐Ÿ“ฒ Instagram: https://www.instagram.com/sushisagamy/

๐Ÿ“ฒ Website: https://sushisagamy.com/