Makanan Thai Luar Biasa di Singapura !!

Di Singapura pun korang boleh jumpa makanan ala Thai tau!  Baru-baru ini, saya ada singgah ke restoran masakan Thai yang memang padu di Singapura ini! πŸ˜‹ πŸ“ 

Restoran yang saya singgah ini ialah Restoran Lemongrass. 

Kawasan restorannya menarik dan luas, geng! πŸ˜βœ… 

Saya sempat ke Singapura semata-mata mahu mencuba beberapa menu. Memang wajib jika singgah ke Restoran Lemongrass ini! βœ…

Lemongrass, Singapore

Saya tertarik dengan susunan di dalam restoran ni kerana susunannya sangat indah, selesa dan kreatif! Apabila saya sampai di sini, saya terasa seolah-olah saya berada di Thailand πŸ‘‘ Semua bahan masakan yang mereka gunakan dimasak dengan sempurna, geng! Memang puas hati bila makan di sini, geng. Saya jadi rambang mata mahu pilih mana satu makanan saya mahu makan sebab terlalu banyak jenis menu yang ada!  πŸ˜‹

Banyak jenis menu yang ada di Lemongrass ni geng! Korang pasti tidak lapar… hehe! Saya ada pesan TIGA jenis makanan yang paling terkenal di Restoran Lemongrass ini πŸ‘‘

Hidangan utama πŸ‘‘

– Makanan Laut Ong Lai Hot Pot

– Ikan Siakap Kukus dengan sos sambal hijau

– Kari Massaman & Stik Ribeye Pad Thai bahagian rusuk

Ini adalah di antara TIGA jenis makanan yang wajib korang cuba kalau korang ada di sekitar Singapura semasa mencari restoran yang sedap. Puas hati, guys! Banyak lagi menu lain yang ada di sini, harganya berpatutan dan yang paling penting sesuai dengan citarasa kita! 

Ong Lai Seafood Hot Pot

Menu 1️⃣, saya cuba menu mereka yang terkenal di Lemongrass ini, iaitu Makanan Laut Ong Lai Hot Pot 🍲. Walau kuahnya rasa pedas sedikit, tetapi saya masih boleh bertahan⚑ Isi lauknya pun padat. Ada banyak jenis makanan laut yang ada dalam menu ini, geng. Sotong, udang dan pelbagai lagi yang ada dalam Hot Pot ini! πŸ¦‘πŸ˜‹πŸ½οΈ

Steamed Whole Sea Bass with Green Sauce

Menu ke 2️⃣ ini pula adalah Ikan Siakap Kukus dengan Sos Sambal Hijau πŸ₯˜. Mantap! Ini adalah kali pertama saya mencubanya. Ikannya segar, isi padat dan sos sambal hijaunya pun memang serasi dengan menu ini! πŸ’― Menu ini sesuai dimakan bersama dengan keluarga atau kawan-kawan sebab korang pasti akan rasa puas hati, geng! 🀀 Tidak dinafikan kalau menu ini adalah di antara yang wajib dicuba di Restoran Lemongrass ini! 

Massaman Curry and Pad Thai Ribeye

Menu ke 3️⃣, yang terakhir saya cuba ialah Kari Massaman and Stik Ribeye Pad Thai✨ Gabungan kedua-dua menu ini memang padu dan sesuai dengan citarasa saya. Saya dapat rasakan Kari Massaman ini ada pelbagai jenis rasa iaitu pedas, masam dan manis. Stik Ribeye Pad Thai ini adalah kali pertama juga saya mencubanya. Rasanya memang unik, lain daripada yang lain. Istimewanya menu ini tidak terkata, geng! πŸ‘Œ Untuk penggemar makanan Pad Thai, wajiblah mencuba menu ini!!πŸƒ

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati apabila diberi kesempatan untuk singgah dan makan di Restoran Lemongrass ini. Menunya banyak dan lazat pula! 🍲 Selain TIGA jenis menu yang saya cuba ini, saya syorkan agar korang mencuba menu yang lain juga di sini!  πŸ‘πŸΌRestoran Lemongrass ini saya rekomen pada sesiapa yang ingin mencari Restoran Makanan Thai di Singapura ini! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²

Lokasi:

LEMONGRASS RESTAURANT

πŸ“476 Upper Serangoon View #02-06, Singapore 530476. 

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/lemongrassfoodie/ 

πŸ“² Instagram: @lemongrass.foodie

πŸ“² Website: https://qashiereats.com/Lemongrass 

Miss Siam – Tomyam Terpaling Kaw di JB!

Sawadeekap! Saya ada jumpa port makanan Thai yang padu punya! Tomyam dia kaw weh! πŸ˜‹ πŸ“ Kat Miss Siam ni pelbagai menu makanan Thai ada tau! Tempat dia pun selesa kat sini πŸ˜βœ…. Orang kata kalau hirup kuah tomyum tu tersedak maknanya kaw kan. So korang kena datang rasa sendiri! Peminat makanan Thai lepas ni dah boleh dapat PROMO SPECIAL dan DISCOUNT 10% tau dengan join jadi Ahli Club Cari Makan (CCM) sekarang!

Miss Siam, Eco Botanic, Johor Bahru

Semua menu dekat Miss Siam ni memang padu geng sebab Chef dia memang dari Thai! Tak pelik la memang ramai yang singgah makan dekat Miss Siam ni. Suasana kedai pun memang tenang dan memang aesthetic boleh jadi port OOTD!

Dekat Miss Siam ni, saya order EMPAT jenis menu yang memang paling  terkenal di restoran ni. Kalau singgah makan dekat sini, korang wajib order SIGNATURE DISH mereka ni (Tomyum Seafood) πŸ‘‘

SIGNATURE DISHπŸ‘‘

– TOMYUM SEAFOOD

OTHER MENU:

– Pad Thai with Crispy Chicken 

– Crispy Thai Basil Chicken

– Tamarind Tiger Prawns

Harga pun sangatlah berbaloi bila makan dekat Miss Siam ni, memang berbaloi dan puas hati. 

Menu yang pertama, saya cuba menu mereka yang paling terkenal dekat Miss Siam ni mestilah SIGNATURE DISH dia kan, Tomyum Seafood . Kuah Tomyam Seafood ni memang kaw dan secukup rasa pedas dan masam dari bahan-bahan yang mereka gunakan. Isi dia pun banyak  memang puas hati, wajib bertambah kalau makan!

Tomyum Seafood

Menu yang kedua ni pula, saya pesan Pad Thai with Crispy Chicken menu ni ialah hidangan yang menggunakan glass noodles dan gabungan dengan ayam memang terbaik rasa dia! Pad Thai ni ada rasa manis, masam dan memang sangat lazat. Tak hairanlah kalau menu ni antara yang terkenal dekat Miss Siam ni!

Pad Thai with Crispy Chicken

Untuk menu yang ke ketiga ni pula, saya pilih Crispy Thai Basil Chicken Memang dapat rasa bahan yang segar ada dalam menu ni. Menu ni antara yang terkenal juga di Thailand sebab rasa dia yang lazat dimasak dengan daun basil! Pertama kali saya cuba, memang secukup rasa dia dan senang kata, memang sedaplah dan korang wajib pesan ni kalau singgah ke Miss Siam ni.

Crispy Thai Basil Chicken

Akhir sekali, menu yang keempat, saya makan Tamarind Tiger Prawns. Puas hati bila tengok bila mereka hidangkan menu  ni sebab memang besar udang dia, puas hati! Bila makan tu, dapat rasa kesegaran dalam udang tu sendiri. Portion dia pun banyak, memang sesuai kalau makan dengan keluarga atau rakan-rakan.

Tamarind Tiger Prawns

Pandangan saya, menu yang disediakan di Miss Siam memang sangat puas hati dan berbaloi πŸ˜πŸ‘πŸΌTak dinafikan semua makanan yang terkenal di sini memang sangat recommended untuk korang pesan.🍲πŸ₯˜πŸ₯— Bukan tu sahaja, menu lain juga banyak pilihan untuk korang pilih. Yang penting, bahan-bahan yang digunakan memang segar πŸ¦‘πŸ¦! Memang terduduk rehat sekejap bila dah habiskan makanan mereka ni sebab kenyang πŸ˜‹πŸ˜‹! Saya memang syorkan untuk korang datang makan dekat Miss Siam ni! πŸ«±πŸ»β€πŸ«²πŸΌπŸ’―

Untuk Info lanjut, sila ke lamanweb rasmi CCM. https://www.carimakan.my/mscm

Lokasi:

MISS SIAM

πŸ“Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor

πŸ“Sri Alam, Masai, Johor

πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/MissSiamThaiFood/

πŸ“² Instagram: @misssiamthaifood

πŸ“² Website: https://misssiam.com.my/