Top 10 Nasi Lemak Terbaik & Menarik

Bersempena dengan “The Nasi Lemak Show” berikut adalah 10 kedai nasi lemak terbaik dan menarik yang anda patut cuba!

1. NASI LEMAK SALEHA

Nama: Nasi Lemak Saleha

Lokasi: Sri Rampai & Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Sejarah: Mula beroperasi di Kampung Pandan lebih 30 tahun lepas

Nasi: Nasi lemak Tanak (dimasak dalam rice cooker). Rasa berlemak, lembut dan bersantan.

Sambal: Masak lebih dari 6 jam. Rasa halus, manis ada sikit pedas.

Condiments: Ikan bilis, kacang tanah, timun dan telur. Lengkap dan rasa secukupnya.

Lauk best seller: Ayam Rendang. Rasa asli dan sedap.

2. NASI LEMAK WANJO

Nama: Nasi Lemak Wanjo

Lokasi: Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sejarah: Beroperasi di Kampung Baru sejak tahun 1963

Nasi: Nasi Lemak Kukus. Nasi kukus tiga kali dalam tong kayu yang asli. Sebutir, rasa berlemak, lembut dan berderai.

Sambal: Dimasak lebih dari 8 jam. Halus dan manis.

Condiments: Ikan bilis, timun dan sebiji telur. Boleh pilih antara telur rebus atau telur goreng. Ikan bilis rangup dan tak masin.

Lauk best seller: Paru Goreng. Ada rasa rempah tersendiri dan tak liat.

3. NASI LEMAK CIAST

Nama: Nasi Lemak D’Ciast

Lokasi: Seksyen 19, Shah Alam

Sejarah: Beroperasi sejak tahun 1986, dan resipi turun-temurun

Nasi: Nasi lemak kukus. Berderai, rasa berlemak dan lembut.

Sambal: Sambal pedas manis, kadang-kadang ada hari sambal pedas, kadang-kadang ada sambal manis.

Condiments: Ikan bilis, timun, kacang tanah dan telur. Lengkap

Lauk best seller: Sambal Paru. Paru lembut dan masak dalam sambal lain dari sambal nasi lemak biasa. Tak kering ataupun liat.

4. NASI LEMAK WAK KENTUT

Nama: Nasi Lemak Wak Ben @ Nasi Lemak Wak Kentut

Lokasi: Kulaijaya, Johor

Sejarah: Beroperasi sejak tahun 1980. Bunyinya mungkin sedikit lucu, Wak Kentut. Tapi gelaran tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri.

Nasi: Nasi lemak kukus. Nasi tak melekat dan rasa berlemak.

Sambal: Sambal manis-manis pedas, dan dalam sambal ada ikan bilis. Sedikit berminyak.

Condiments: Telur dan kacang tanah, ikan bilis dalam sambal

Lauk best seller: Ayam Goreng. Ayam tepung digoreng segar, dihidang sekali dengan “kruk”. Rangup di luar dan juicy dalam. Ayam goreng memang jadi tarikan orang ramai ke kedai ni.

5. NASI LEMAK PAK MUSA

Nama: Nasi Lemak Warisan Pak Musa @ Nasi Lemak Tepi Longkang

Lokasi: Banting, Selangor

Sejarah: Beroperasi sejak tahun 70-an. Nasi Lemak Warisan Pak Musa masih kekalkan resipi asli Pak Musa.

Nasi: Nasi Lemak Tanak (dimasak dalam rice cooker). Nasi tak berlemak sangat dan rasa ringan dimakan

Sambal: Sambal manis. Sambal menjadi tarikan orang ramai sebab rasa manis dan halus, dan sambal nasi lemak sama yang dihidangkan dengan sotong dan telur goyang.

Condiments: Telur, ikan bilis dan timun.

Lauk best seller: Sotong Sambal. Walaupun sotong rendam, sotong tak rasa liat ataupun “chewy”. Lembut dan memang kena dengan sambal manis. Juga ada tempe.

 

6. NASI LEMAK UJANG CORNER

Nama: Nasi Lemak Ujang Corner

Lokasi: Gombak, Selangor

Sejarah: Bermula operasi lebih dari 30 tahun lepas, resipi turun-temurun

Nasi: Nasi lemak kukus. Rasa berlemak dan sikit masin. Tekstur sebutir.

Sambal: Sambal masak lebih dari 6 jam menggunakan cili gred A. Rasa ikan bilis dan bawang

Condiments: Telur, ikan bilis, kacang tanah dan timun. Lengkap

Lauk best seller: Di sini pelbagai jenis lauk, tapi yang uniknya adalah ayam masak merah. Sesuatu lauk yang jarang jumpa dengan nasi lemak.

7. NASI LEMAK TANGLIN

Nama: Nasi Lemak Tanglin

Lokasi: Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Sejarah: Beroperasi sejak sebelum merdeka lagi, antara kedai nasi lemak terawal di Kuala Lumpur

Nasi: Nasi lemak kukus. Rasa berlemak dan sikit masin. Tekstur sebutir.

Sambal: Sambal masak dengan ikan bilis. Tekstur sambal pekat dan rasa ikan bilis.

Condiments: Telur, ikan bilis, kacang tanah dan timun. Lengkap

Lauk best seller: Di sini pelbagai jenis lauk.

8. NASI LEMAK VILLAGE PARK

Nama: Nasi Lemak Village Park

Lokasi: Uptown Damansara, Petaling Jaya

Sejarah: Beroperasi lebih dari bebelas tahun

Nasi: Nasi lemak kukus dalam tong kayu. Rasa berlemak dan sikit berminyak.

Sambal: Sambal pedas dan sikit pahit. Berminyak dan tak rasa manis.

Condiments: Telur, ikan bilis, kacang tanah dan timun. Lengkap

Lauk best seller: Ayam Goreng. Ayam goreng berempah yang memang boleh rasa rempah-rempah dan portion size besar.

9. NASI LEMAK CT GARDEN

Nama: Nasi Lemak CT Garden

Lokasi: Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sejarah: Resipi turun-temurun lebih dari 2 generasi.

Nasi: Nasi lemak tanak (dimasak dalam rice cooker). Rasa berlemak, lembut dan bersantan. Dihidang bungkus dalam daun pisang dan kertas surat khabar

Sambal: Sambal sikit pedas dan sikit pahit. Pekat dan sikit pahit

Condiments: Telur sahaja.

Lauk best seller: Di sini lebih dari 17 jenis lauk, dan harga dan saiz portion memang berbaloi

10. NASI LEMAK RHYS MASAK

Ok, only joking Rhys tahu makan je ???

Kalau ada cadangan nasi lemak yang terbaik kami boleh datang, tulis komen di bawah. Siapa tahu, mungkin kedai tu boleh masuk dalam siri “The Nasi Lemak Show” musim kedua.