Hari ni saya nak tunjuk korang video saya cari nasi kerabu sangat sedap di KL. Saya juga cuba “kecek kelate” (cakap loghat Kelantan)
Antara nasi kerabu saya pernah makan, yang ni salah satu paling sedap. Saya suka kedai ni sebab dia masih dimasak secara asal dan tradisional. Yang penting, untuk jadikan nasi warna “biru” dia tak guna perwarna, dia masih guna “bunga telang”
Korang nak tahu maklumat lanjut pasal nasi kerabu ni, dan tengok saya kecek kelate? Jom tengok video! Tengok di bawah ni..
p.s. Juga ada guest appearance dari seorang “minah salleh” boleh cakap bahasa melayu!