Savoureux – MAKAN LOBSTER HIDUP ?!!

Siapa sini nak ke Singapore dan nak cari tempat makan yang 🕌-friendly? Pernah terfikir tak – ada ke restoran yang menghidangkan kedua-dua French & Japanese cuisine? 🤯 Saya pun tak pernah terfikir, sampailah saya terjumpa Savoureux kat Singapura. 🤩 Spoiler: Mind-blown lah concept dia!

Savoureux, Jln Besar, Singapore

Nak tahu tak? Savoureux ni adalah Muslim-owned restaurant pertama di Singapura yang ada LIVE LOBSTER! 🦞 Masuk-masuk je, terus nampak Lobster hidup tu. Macam saya, siap pilih sendiri lobster mana yang nak untuk dimasak. hehe

Jom tengok apa yang saya makan dekat sini…

STARTER: French Onion Soup

French Onion Soup ni bukan macam sup bawang kosong macam kita makan nasi ayam tu. 🥣 Yang ni rasa dia tu 🧀 kaya dan berkrim. Ada juga sentuhan rasa 🌶️ pedas manis bersama keju yang 🧈 meleleh dekat atas dia. Memang 👌 perfect untuk dijadikan starter.

STARTER: Foie Gras Poêlé

Foie Gras Poêlé! 🤤 Halal dan ✨ haute cuisine? Tu yang saya panggil satu ⭐️ gourmet yang  game-changer di mana hati angsa tu dimasak sempurna, 😋 lembut je setiap suapan. Dihidangkan dengan roti bakar dan jem. Kombinasi yang 👍 sedap lah!

MAIN: Surf & Turf (French Cuisine)

Surf & Turf (Gaya Perancis) – Macam bercuti makan tepi pantai pon ada jugak. 🏖️ Ini adalah hidangan yang menggabungkan seafood: Lobster (surf) dan daging lembu (turf). Lobster tu memang 🧀 cheesy dan fresh. Beef steak tu pulak lembut dan berjus je. Aish.. Tak boleh lupa la.. Memang habis hadap sorang. 🤤

MAIN: Ryu Udon (Japanese Cuisine)

Ryu Udon – Kalau mi ni boleh cakap, diorang akan cakap, “Kau makan aku, kau macam kat Jepun la.” hihi.. Mi udonnya lembut dan kenyal, dan supnya ada rasa yang 🥘 kaya dan umami. Kita hirup sup tu sampai licin! 😋

DESSERT: Chocolate Bar

Ni bukan coklat boleh beli kat kedai runcit. Ni coklat 🏆 VIP. Rasa coklat tu sangatlah 😋 pekat dan bila makan sekali dengan ice-cream vanila, gabungan yang 👍 mantap! Ini antara favourite saya dekat sini. Layan dia tu bila makan sambil lelap mata – boleh bayangkan tak betapa sedapnya tu. 🤩

p/s: itu bukan beer. Itu butterbeer (non-alcoholic)🙂

Okaylah! Kalau korang ada dekat Singapore, pastikan datang ke Savoureux! Gabungan concept cuisine Japanese dan French di sini memang terbaik! Saya pasti mesti korang akan datang balik. Mana tahu, ada rezeki, tiba-tiba jumpa saya dekat sana.. hehe… Bon appétit dan itadakimasu! 🥳🍽️

Lokasi:

📍Savoureux

230 Jln Besar, #01-00, Singapore 208906

📲 Facebook: https://www.facebook.com/sav0ureuxsg/

📲 Instagram: https://www.instagram.com/savoureuxsg/

📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@savoureuxsg

The White Label – Makanan France dan rasa lokal di Singapore?

Kita dah selalu dengar Asian-Western fusion, tapi di The White Label ni, mereka ada makanan klasik france yang dicampur dengan rasa tempatan! 😱 The White Label juga satu-satunya restoran French-Malay di Singapore. Mari kita tengok kreativiti apa pula yang diketengahkan kali ini. 🔈

The White Label, North Bridge Rd

Aura france tu memang terserlah bila saya masuk ke sini. 🤩 Reka bentuk yang cantik dan estetik menarik lagi minat saya untuk rasa makanan dia. 😁 The White Label menawarkan pilihan menu ‘French Malayan Cuisine’ untuk pelanggan mereka dan dengar kata chef mereka memang berpengalaman berkhidmat di France! Pastry dan Dessert di sini juga di buat sendiri oleh chef dari pelbagai hotel terkenal! Bukan calang-calang ni. ✨

Cantikkan? Interior pon dah cantik. Sekarang jom kita tengok rasa makanan dia ‘cantik’ juga tak.. 🤗

Beef Wellington à Buah Keluak

Beef Wellington! Okay.. Itu biasa dengar.. Tapi disajikan dengan sentuhan perisa buah Keluak? Peh.. Ini luar biasa.. 💥 Dari luar je dah boleh nampak lapisan pastry yang crispy. Dagingnya juicy dan perisa buah Keluak tu menambahkan rasa kelainan Beef Wellington ni. Anda wajib cuba! 💯

Oyster Two Ways

Sekarang memang trend orang cuba makan Oyster mentah bersama lemon. Kenapa nak makan satu cara sahaja kalau boleh nikmati dua cara! 📣 Satu – cara biasa di mana kita letak jus lemon di atas sebelum makan. Dan kedua – oyster digoreng dulu dan dimakan bersama sos Chimichurri. 🤩 Bersinar mata saya sebab rasanya fresh dan benda baru untuk saya cuba.

Blue Cheese Boulette

Ini bukan meatball biasa…. Bila kita makan meatball dan sos dia tu, boleh rasa sedikit pedas 🌶️ dari keju biru Velouté. Meatball dia juga disumbat dengan smoked cheddar. Jadi, walaupun penuh cheese, rasanya tidak muak sebab ada rasa smoked dan pedas sedikit. 👍🏻Gabungan yang mantap dan buat saya craving nak datang lagi. 🥺

Antara hidangan lain yang saya pesan

Kesimpulannya, gabungan makanan klasik French dan perisa tempatan tu memang kena dengan selera saya. 😍 Rasanya memang international! The White Label sewajarnya mendapat pujian dengan kreativiti mereka. 👏🏻 Saya sangat berbesar hati sebab dapat merasa makanan yang high kualiti di sini. Tiba masanya, anda pula cuba! ✅

Lokasi

📍 The White Label
734 North Bridge Rd, #01-01, Singapore 198702

📲 Instagram: @twl_sg
📲 Facebook: https://www.facebook.com/TWLSG/
📲 Website: https://thewhitelabel.sg/