Sewaktu di Singapore haritu, saya craving nak makan makanan Chinese dan saya jumpa satu restoran makanan Chinese yang Muslim Owned iaitu π The Fortune Cookie yang terletak di Bussorah St. Konsepnya menarik betul! Selain juga ada makanan yang sedap, mereka juga ada tradisi memberi Biskut Tilik Nasib π₯ kepada pelanggan tapi kandungan ayat di dalamnya berbentuk nasihat atau pepatah Melayu. π€£ Tercuit hati saya bila saya dan team baca kata-kata apa yang kami dapat.
The Fortune Cookie, Bussorah St
Korang boleh rasa vibe yang berbeza apabila makan di sini. β¨ Tengok la sendiri interior dia. Biarpun owner Muslim, feel dalam kedai mereka kekalkan seperti restoran Chinese. ππ»Makanan yang ada di sini banyak yang unik dan juga authentic Chinese Cuisine. Nak tahu apa yang saya makan? Jomβ¦. π
Hidangan pertama saya order adalah Lobster Flying Noodle. π¦ Kagum betul tengok art yang datang sekali dengan hidangan ni. Egg noodle yang rangup dan isinya meriah tau! Ada udang galah, udang, mussels, soton dan scallops disiram dengan egg gravy. π Bila pinggan pun penuh macam ni, semestinya penuh juga perut saya bila makan Lobster Flying Noodle ni. π
Hidangan kedua pula adalah π₯ Lotus Duck Rice. Untuk pengetahuan, itik sememangnya salah satu kegemaran saya. π Keladi, cendawan, udang kering, nasi bungkus dikukus dalam daun teratai. Di atasnya pula ada itik salai π¦ dan seasonal greens. Aroma bila buka bungkusan tu memang harum dan membuka selera. π― Korang wajib cuba ni.
Terakhir, saya tak lepaskan peluang untuk rasa Kway Teow yang ada dihidang bersama steak Kobe Striploin ni. π€€ Mee kway teow digoreng bersama udang, cookles, tauge. Sentuhan luar biasa. Ada sampingnya, ada sekali Kobe Striploin yang empuk dan juicy! π₯© Pehhβ¦ High Class betul! ππ»
Dah selesai makan makanan yang marvellous tadi, saya akhiri pula dengan dessert Lemongrass Beancurd. Beancurd tu bukan sahaja creamy and lembut, korang juga boleh rasa perisa serai yang memberi kesegaran kepada saya. βοΈ Memang terbaik lah!
Apa-apa pun, masih ada banyak lagi hidangan lain yang unik dan sedap korang boleh cuba di sini. β Sesuai juga kalau korang nak buat event dan gathering di sini. Korang kena datang dan nanti jangan lupa share kata-kata yang korang dapat dari biskut tilik nasib tu okay! π€
Lokasi
π The Fortune Cookie
11 Bussorah St, Singapore 199432
https://goo.gl/maps/W5rCKkJcVPrWN9V26
π² Instagram: @thefortunecookie.sg
π² Facebook: https://www.facebook.com/people/The-Fortune-Cookie/100060608989376/
π² Website: https://themalayancouncil.sg/fortune