Syurga Makanan: Warong Kita, Langkawi

Abang, kakak, adik-adik, harini saya nak share satu tempat yang memang boleh jatuh cinta dengan sarapan kat tengah-tengah Langkawi ni. Betul-betul, Warong Kita ni wajib korang pergi kalau nak makan sarapan yang best gila. 🌴

 Warung Kita , Langkawi
Suasana nyaman dia Warung Kita dengan Pelbagai jenis lauk untuk sarapan.

Menu:

Sarapan Dengan Empat Jenis Nasi 🍚

Bayangkan je la, Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Kandar, dan nasi putih, semua datang dengan pelbagai lauk kampung yang memang sedap gila. Macam pertandingan sarapan Langkawi, dan kedai ni memang juara beb!

Nasi Lemak, Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang menjadi menu utama di Warung Kita

Nasi Dagang Langkawi 🏝️

Langkawi mungkin jauh dari pantai timur, tapi Warong Kita ni boleh bawak pantai tu datang kat Langkawi. Nasi Dagang dia memang best gila. Kari ikan Aya dan acar timun tu dipadankan dengan nasi yang dicampur dengan santan, rasa sedap tu akan bermain dekat lidah korang dan membuat korang teringat-ingat rasa nasi dagang ni sampai ke dalam mimpi. 💃💥

Caption : Nasi Dagang dengan Kari Ikan Aya

Nasi Kandar Legenda 🌶️

Kalau korang datang Langkawi tak pekena Nasi Kandar kat Warong Kita, memang tak lengkap percutian korang! Tempat ni macam port rahsia untuk masakan kampung. Ada sambal paru (paru lembu, gais!), kari ayam, kari ikan Aya, dan yang paling menggoda, daging masak hitam (ye, dia hitam macam jiwa korang waktu malam), semua ada. Kalau korang pandai campur kuah, korang memang mantap! 😋🌮

 Kari Kepala Ikan Untuk dimakan dengan Nasi Dagang
Rendang Masak Hitam Warung Kita
Sambal Paru Warung Kita

Suasana:

Warong Kita ni best sangat tau guys. Dia dekat Jalan Pantai Chenang-Airport kat Langkawi, Kedah. Atmosfera dia friendly gila, rasa macam singgah makan kat rumah mak cik yang cool habis. Tempat dia pun macam kampung, tambah lagi vibe dia cozy, perfect tempat merasa budaya Malaysia sambil makan. 🍽️

Bak kata Mat Salleh, Breakfast Like A King!

Kesimpulan:

Okay, guys, cerita dia simple je: Warong Kita ni tempat magik makanan berlaku. Kalau korang nak start hari dengan sarapan Malaysia yang power atau nak makan Nasi Dagang dan Nasi Kandar yang mantap, tempat ni wajib korang kunjungi. Serius, korang akan keluar dari sini dengan hati gembira dan perut kenyang. Tak payah fikir panjang, jangan tinggalkan Langkawi tanpa makan kat Warong Kita. Tempat ni macam syurga makanan dekat Langkawi! 🌟🏖️

Dr. G Cruise – SUNSET VIEW & CRUISE PALING SEMPOI DI LANGKAWI !!

Hai gais, korang nak makan angin sambil makan-makan? Kalau korang tengah cari activiti healing, yang penuh good vibes, matahari terbenam cantik, dan makanan sambil tengok view yang lawa gila, saya ada cadangan best untuk korang – Dr. G Cruise kat Royal Langkawi Yacht Club. 🚢

Dr. G Cruise

Just nak bagitahu yang cruise ni chill habis! Saya bernasib baik sebab cuaca elok je sepanjang perjalanan. Dapat enjoy sepuasnya! Dr. G Cruise ni ada dua jenis trip – Day Trip atau Sunset Trip. Saya try yang Sunset Trip, dan serius, dari mula sampai la balik memang feel habis 🌅 Lagi satu, cruise ni konsepnya Halal, jadi semua orang boleh join dan enjoy makan tanpa risau! 🤩

Ni senarai aktiviti yang saya buat masa naik cruise ni:

Buffet On Board

1. Buffet On Board 🍽️

Semestinya, apa la guna Mat Salleh Cari Makan pergi berjalan kalau tak makan sekali kan. Tapi kali ni upgrade sikit sebab makan sambil layan view dari tengah laut. Korang kena cuba buffet on board ni. Ada makanan tempatan sampai makanan antarabangsa. Repeat sampai kenyang!

Sea Jacuzzi

2. Sea Jacuzzi 🛁

Haaa, inilah bahagian best – Sea Jacuzzi! Macam jacuzzi dalam tengah laut. Korang boleh rendam, relax, atau buat-buat jadi duyung. Percayalah, pengalaman unik yang korang takkan lupa!

Paddle Boarding

3. Paddle Boarding 🏄🏻‍♂️

Untuk yang suka cabaran, ada paddle boarding. Ambil paddle board ni dan terjun dalam air. Kayuh sampai pancit atau relax tengok ombak tenang bawah kaki.

Karaoke On Board

4. Karaoke 🎤

Masa untuk keluarkan bakat penyanyi dalam diri korang! Karaoke on board membolehkan korang nyanyi lagu kegemaran dengan latar belakang laut. Tips pro: sesi karaoke semasa matahari terbenam memang best! Time la nak bukak lagu Titanic. hehe

Dataran Lang View

5. Dataran Lang View 🏞️

Dataran Lang View macam tengok gambar poskad in real life. Ambil gambar, nikmati pemandangan, dan biarkan kecantikan Langkawi memukau korang. Surga untuk pencinta alam!

Sunset View

6. Sunset View 🌅

Yang paling best disimpan untuk yang terakhir – Sunset View. Matahari tenggelam sambil korang berada di atas dek, menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Ia satu pemandangan yang takkan korang lupakan.

p/s: Amacam, ada gaya tak?

Sama ada korang dalam mood untuk tarikh romantis, bulan madu, atau hanya lepak dengan keluarga dan kawan-kawan, cruise ni memang pengalaman top saya di Langkawi. ✅👍🏻

Nak join juga aktiviti ni? Check website diorang kat www.drgcruiselangkawi.com atau follow diorang kat media sosial untuk maklumat lanjut. 🥰😍 Percayalah, korang tak nak terlepas pengalaman indah kat Langkawi ni! So, bawa sunscreen, baju mandi, dan tenaga yang cukup nak main air laut – Dr. G Cruise tengah menanti korang. 🚢🌴✨

Lokasi:

📍Dr. G Cruise

Ground Floor, Royal Langkawi Yacht Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

📲 Website: www.drgcruiselangkawi.com 

📲 Facebook: https://www.facebook.com/drgcruiselangkawi

📲 Instagram: @drgcruise.my

📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@drgcruiselgk

Makanan-makanan Terbaik Di Langkawi – Best Food In Langkawi

Langkawi atau juga dikenali sebagai “Permata Kedah”, sebuah kumpulan 99 pulau yang terletak dalam negeri Kedah.  Langkawi adalah destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia, dan juga salah satu destinasi “favourite” saya juga 🙂

Dalam blog post harini saya nak ceritakan tentang makanan-makanan terbaik di Langkawi (sebelum ni saya tulis blog post tentang aktiviti-aktiviti terbaik di Langkawi)

Kalau bercuti di Langkawi, bukan sekadar aktiviti terbaik dan menarik, tapi makanan pun menarik juga. Dalam masa seminggu saya berada di sana, saya cuba beberapa restoran dan cafe. Inilah pilihan saya yang korang semua “wajib cuba” semasa di Langkawi.

Tak perlu saya taip panjang sangat, bolehlah layan video terbaru saya dan Traveloka di bawah ni

Best Food in Langkawi – Traveloka Travel Guide

Kesimpulan

nasi dagang pak malau langkawiAntara semua makanan saya cuba, yang paling best bagi saya adalah Pak Malau Nasi Dagang. Nikmatnya bila makan sambil layan view sawah padi dan gunung-ganang. Terbaik boh!

 

roti canai black pepper langkawiDan lagi satu yang menarik sekali adalah “Roti Canai Black Pepper”. Satu makanan menarik dan unik. Macam kebab tapi guna roti canai. Intinya kambing dan sayur. Last sekali banjir dgn kuah black pepper, sos cili dan mayonnaise. Lain macam kan… Kalau pergi Langkawi, kena datang cuba, tapi jangan lambat, cepat sold out sini..

 

Saya pasti di Langkawi korang semua boleh layan dan nikmat makanan best, dan korang semua akan suka sangat bercuti di sana!

Dan juga jangan lupa  kalau korang semua nak cari hotel terbaik dan murah di Langkawi, pergi ke website Traveloka di sini cheap hotels

Kalau nak stay di hotel sama dengan saya stay haritu, bolehlah klik di sini Bella Vista Waterfront Langkawi