Hai gais, korang nak makan angin sambil makan-makan? Kalau korang tengah cari activiti healing, yang penuh good vibes, matahari terbenam cantik, dan makanan sambil tengok view yang lawa gila, saya ada cadangan best untuk korang β Dr. G Cruise kat Royal Langkawi Yacht Club. π’
Just nak bagitahu yang cruise ni chill habis! Saya bernasib baik sebab cuaca elok je sepanjang perjalanan. Dapat enjoy sepuasnya! Dr. G Cruise ni ada dua jenis trip β Day Trip atau Sunset Trip. Saya try yang Sunset Trip, dan serius, dari mula sampai la balik memang feel habis π Lagi satu, cruise ni konsepnya Halal, jadi semua orang boleh join dan enjoy makan tanpa risau! π€©
Ni senarai aktiviti yang saya buat masa naik cruise ni:
1. Buffet On Board π½οΈ
Semestinya, apa la guna Mat Salleh Cari Makan pergi berjalan kalau tak makan sekali kan. Tapi kali ni upgrade sikit sebab makan sambil layan view dari tengah laut. Korang kena cuba buffet on board ni. Ada makanan tempatan sampai makanan antarabangsa. Repeat sampai kenyang!
2. Sea Jacuzzi π
Haaa, inilah bahagian best β Sea Jacuzzi! Macam jacuzzi dalam tengah laut. Korang boleh rendam, relax, atau buat-buat jadi duyung. Percayalah, pengalaman unik yang korang takkan lupa!
3. Paddle Boarding ππ»ββοΈ
Untuk yang suka cabaran, ada paddle boarding. Ambil paddle board ni dan terjun dalam air. Kayuh sampai pancit atau relax tengok ombak tenang bawah kaki.
4. Karaoke π€
Masa untuk keluarkan bakat penyanyi dalam diri korang! Karaoke on board membolehkan korang nyanyi lagu kegemaran dengan latar belakang laut. Tips pro: sesi karaoke semasa matahari terbenam memang best! Time la nak bukak lagu Titanic. hehe
5. Dataran Lang View ποΈ
Dataran Lang View macam tengok gambar poskad in real life. Ambil gambar, nikmati pemandangan, dan biarkan kecantikan Langkawi memukau korang. Surga untuk pencinta alam!
6. Sunset View π
Yang paling best disimpan untuk yang terakhir β Sunset View. Matahari tenggelam sambil korang berada di atas dek, menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Ia satu pemandangan yang takkan korang lupakan.
Sama ada korang dalam mood untuk tarikh romantis, bulan madu, atau hanya lepak dengan keluarga dan kawan-kawan, cruise ni memang pengalaman top saya di Langkawi. β ππ»
Nak join juga aktiviti ni? Check website diorang kat www.drgcruiselangkawi.com atau follow diorang kat media sosial untuk maklumat lanjut. π₯°π Percayalah, korang tak nak terlepas pengalaman indah kat Langkawi ni! So, bawa sunscreen, baju mandi, dan tenaga yang cukup nak main air laut β Dr. G Cruise tengah menanti korang. π’π΄β¨
Lokasi:
πDr. G Cruise
Ground Floor, Royal Langkawi Yacht Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
π² Website: www.drgcruiselangkawi.comΒ
π² Facebook: https://www.facebook.com/drgcruiselangkawi
π² Instagram: @drgcruise.my
π² TikTok: https://www.tiktok.com/@drgcruiselgk