Resepi Nasi Kerabu Sedap

Nasi Kerabu merupakan hidangan yang terkenal di seluruh Kelantan. Tak sah makan nasi kerabu tanpa budu. Selepas melawat perusahaan Budu Cap Ketereh di Rantau Panjang, Kelantan, Rhys singgah ke Kampung Pulau Belacan untuk mempelajari lebih lanjut proses pembuatan Nasi Kerabu pula.

Tonton video Proses Pembuatan Budu Cap Ketereh

Nasi Kerabu Kg. Pulau Belacan: https://goo.gl/maps/Nxm3RFqQYsBe1uQw7

Senarai Harga:
Nasi Kerabu Ayam Bakar: RM 4.00
Nasi Kerabu Daging Bakar: RM 5.00
Nasi Kerabu Kambing Bakar: RM 8.00

Bakar Akok Dengan Sabut Kelapa

Negeri Kelantan memang terkenal dengan kepelbagaian kuih muih yang sangat enak. Antara kuih yang terkenal di Kelantan adalah kuih akok. Ramuannya sama sahaja dengan bahulu, yang berbeza adalah nisbah antara ramuan tersebut sahaja.

Akok merupakan sejenis kuih yang berasaskan telur, santan dan tepung. Dibancuh bersama gula melaka dan daun pandan, akok dimasak secara tradisonal menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Sabut kelapa tersebut apabila dibakar menghasilkan asap yang beraroma menghasilkan kuih akok yang lebih wangi dan sedap.

Sedia maklum, kepelbagaian hidangan tradisional orang Melayu sememangnya bertunjangkan tumbuhan pokok kelapa. Menggunakan santan sebagai ramuan utama, sabut biji kelapa tersebut dijadikan pula bahan bakar. Tiada pembaziran dalam proses memasak kuih akok ini.

Saya ke gerai kuih Kak Nab, yang terletak berhadapan stesen minyak Petron, Kampung Kepulau, Tumpat untuk mempelajari proses pembuatan kuih akok.

Rhys Masak Nasi Dagang

Nasi dagang merupakan hidangan yang sangat terkenal di Pantai Timur. Hidangan yang diperbuat dari campuran beras dan pulut beserta gulai ikan tongkol kebiasaanya dihidangkan sebagai sarapan

Asal usul hidangan ini membuktikan kepentingan bandar pelabuhan di Pantai Timur seperti Kuala Terengganu satu ketika dahulu. Hidangan ini dicipta untuk dijual kepada pedagang yang berlayar jauh dari atau ke pelabuhan tersebut

Di Medan Selera Batu Burok, Kuala Terengganu terletak sebuah gerai makan yang cukup terkenal dengan keenakan Nasi Dagangnya iaitu Sudut Selera Kak Pah. Kak Pah sudah menjual nasi dagangnya hampir 30 tahun dan disukai bukan sahaja penduduk setempat, tapi juga pelancong dalam dan luar negara. Keenakan nasi dagang Kak Pah bukan sahaja memukau rakyat tempatan, tapi juga warga kota London ketika beliau mempamerkan hasil pembuatan dan rasa nasi dagang di Trafalgar Square, London

Saya tidak ingin terlepas peluang belajar proses masak hidangan ini dari Kak Pah dan seawal 3 pagi sudah tiba untuk membantu Kak Pah menyediakan Nasi Dagang.