Big Fish Small Fish – Ikan Besar ke Ikan Kecil ?

Selalu kalau saya buat Q&A, mesti ada yang tanya.

β€œRhys, mana Fish & Chip yang sedap dekat London”

Jawapannya, jangan tanya saya. πŸ˜‚ Sebab saya dah tak tinggal sana lagi. Tapi, kalau korang nak makan Fish & Chip yang best dan ada pelbagai option di Singapura atau Malaysia, saya tahu dekat mana. 😎 Korang boleh pergi ke πŸ“ Big Fish Small Fish.

Big Fish Small Fish, Bugis Junction

Mereka ada banyak cawangan di Singapura dan Malaysia tapi kali ni saya pergi ke cawangan mereka di Bugis Junction, Singapura. Ada macam-macam pilihan ikan dekat sini. 🐟🐟🐟 Yang uniknya, korang boleh pilih sendiri nak ikan apa dan flavour apa. Semestinya Halal! Jom tengok apa saya makan! πŸ€—

Meriah la dekat sini. Vibe pun best.  πŸ‘πŸ»

Mix & Match Pasta

Haaa. Ini lah dia πŸ”₯ Mix & Match Pasta. Yang ni korang boleh mix & match sendiri

1️⃣ Pertama, pilih protein – Dory, Hoki, Seabass, Haddock, Seafood and Chicken

2️⃣ Kedua, pilih flavour pasta – Aglio Olio, Cream, Pomodoro, Tomato Cream

Rasa pasta tu macam ada masam-masam sikit dan rempah pun secukup rasa. Yang penting, puas hati sebab mengenyangkan bila digandingkan sekali dengan ikan tu. 🀀

Best of Both Worlds Platter

Seterusnya, saya cuba pula πŸ”₯ Best of Both Worlds Platter. Tak cukup satu, korang boleh cuba dua jenis ikan dengan platter ni. Sesuai kalau datang berdua. Tapi, untuk saya, mestilah semua ni saya punya.😝 Hehe… Seperti biasa, korang boleh custom sendiri ikan, dips, bases dan flavour mengikut selera masing-masing. πŸ’―

Signature Fish & Chips

Terakhir sekali, walaupun kita dah try hidangan lain yang awesome, πŸ”₯ Signature Fish & Chips ni janganlah dilupakan. Hidangan ini sesuai untuk satu orang makan. Bagi saya, yang lain dari yang lain di sini adalah chips dia yang sangat crispy tu. Memang terus hancur je dalam mulut. Tak terkata la sedap dia! πŸ’₯🀩

Selain daripada tu, mereka ada banyak lagi pilihan menu yang menarik seperti:
– Curry Chicken Pasta
– Battered Dory Pomodoro Pasta
– Brioche Rolls (eg: Classic Cheesy Chicken Roll, Classic Fish Roll, Korean Fried Fish Roll)
– Old School Grilled Chicken
– Grilled Snow Cod with Pilaf Rice

Jadi apa lagi? Korang boleh ajak family dan kawan datang makan sini dan try berbagai versi dan style fish & chips korang sendiri. πŸ˜‹ Jangan lupa, bukan setakat di Singapura je ada, di Malaysia pun ada. Jadi, boleh pergi ke lokasi cawangan berdekatan dengan anda. πŸ‘πŸ»

Lokasi

🐟 BIG FISH SMALL FISH – Singapore Outlets

πŸ“ Bugis Junction (HALAL CERTIFIED), 200 Victoria St, #04-05, Singapore 188021

πŸ“ Tampines Mall (HALAL CERTIFIED), 4 Tampines Central 5 #B1-K3, Singapore 529510

πŸ“ JCube (HALAL CERTIFIED), 2 Jurong East Central 1 #03-07/08, Singapore 609731

πŸ“ Suntec City Mall (HALAL Certificate is in progress), No 3 Temasek Boulevard #02-606/607, Singapore 038983

🐟 BIG FISH SMALL FISH – Malaysia Outlets

πŸ“ LG2.39, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

πŸ“ Unit LG 221C, One Utama 1 (HALAL CERTIFIED), Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

πŸ“ LG236, Lower Ground Floor, IOI City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya Sepang, Selangor, Malaysia

πŸ“² Website: https://www.bigfishsmallfish.com/
πŸ“² Facebook: https://www.facebook.com/sgbigfishsmallfish/
πŸ“² Instagram: @bigfishsmallfishsg