Mat Salleh Cari Makan di Astro Naura CH109

Mungkin ramai orang tak tahu, tapi sejak 2017 saya ada buat video makan-makan di seluruh Malaysia untuk YouTube.

Dari selatan ke utara kami dah buat lebih dari 100 video dan kebanyakkan tentang makanan-makan tradisional Malaysia. Video-video ni juga dihasilkan bawah nama siri “Mat Salleh Cari Makan” (yang ambil nama dari blog saya ni hehe)

Walaupun masa buat video memang niat untuk terbitkan di YouTube sahaja, sekarang video-video tu akan tayang di Astro Naura 🀩

Bermula 10hb Mac 2021 boleh tonton “Mat Salleh Cari Makan” di Astro Naura CH109.

Rasa speechless tau, sebab pada masa mulanya buat video memang buat untuk fun sebagai hobi sahaja – tak sangka satu hari nanti akan tayang di TV hehe

Nah, boleh tengok trailer kat bawah ni πŸ’