Tempat-tempat terbaik di Langkawi – Top Things to do in Langkawi

tempat menarik langkawi

Langkawi atau juga dikenali sebagai “Permata Kedah”, sebuah kumpulan 99 pulau yang terletak dalam negeri Kedah.  Langkawi adalah destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia, dan juga salah satu destinasi “favourite” saya juga 🙂

Saya baru sahaja balik dari seminggu di sana, dan kali ini boleh kata salah satu pengalaman terbaik sekali sejak saya pindah ke Malaysia.

Sebelum ni, saya pernah pergi Langkawi 2 kali, dan biasanya bila saya pergi sana saya relax santai di tepi pantai. Tapi baru2 lain punya cerita, sebab kali ni “packed” dengan pelbagai jenis aktiviti dan banyak pengalaman baru.

Sebenaranya Langkawi ada aktiviti untuk semua orang, kalau orang nak lepak tepi pantai boleh, kalau orang nak shopping boleh (produk yang paling popular sana minyak gamat kan haha), kalau orang nak aktiviti “adventure” pun boleh. Banyak sangat benda nak buat sebenarnya saya rasa seminggu masih tak cukup!

Kalau nak tahu semua aktiviti2 yang saya buat di sana, tak perlu saya taip panjang sangat, bolehlah layan video terbaru saya dan Traveloka di bawah ni

Top Things to do in Langkawi – Traveloka Travel Guide

Kesimpulan

jetski tour aktiviti langkawi
Best gila jetski island hopping

Antara semua aktiviti saya buat, yang paling best adalah jetski. Bukan selalu dapat peluang untuk main2 dengan jetski sepanjang hari sambil meneroka pulau2 dan pantai2. Best doh! Kalau korang pergi sana, saya serius rekomen aktiviti tu.

 

sunset di langkawi
Sunset terbaik di Pulau Paradise 101

Tapi kalau korang nak aktiviti yang kurang “adventurous” jangan lupa check out Pulau Paradise 101. Perghh rasa macam billionaire beb bila lepak di private island tu sambil layan sunset haha.

 

Saya pasti di Langkawi korang semua boleh cari aktiviti best, dan korang semua akan suka sangat bercuti di sana!

Dan juga jangan lupa  kalau korang semua nak cari hotel terbaik di Langkawi, pergi ke website Traveloka atau tengok hotels in Langkawi

Rhys William

Author: Rhys William

Hai nama saya Rhys William. Blog ni pasal bila saya jalan2 di Malaysia dan bila saya nak cari makanan yang sedap :-)

One thought on “Tempat-tempat terbaik di Langkawi – Top Things to do in Langkawi”

Leave a Reply